Saturday, June 22, 2013

takziah

Assalamualaikum wbt


"Sesungguhnya hanya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kebangkitan, dan yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada beroleh kebaikan atau malapetaka), dan tiada jiwa yang menget...
ahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Meliputi Pengetahuan."

(Surah Luqman: 34)

takziah untuk keluarga sahabiah kita  (suamiyah binti Romli) yg meninggal akibat kemalangan di Jordan..Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 – 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan

sesungguhnya dari Nya kita dating dan kepada Nya kita akan kembali..

al-Fatihah

tinta mama
:( moga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman..amen)

Wednesday, June 19, 2013

di suatu petang yg indah

Assalamualaikum wbt

apa khbr semua ? mesti semua happy kan..saya nih tengah pening nak memikir cmana nak hiburkan budak2 berdua sepanjang summer nih..3 bulan tk sekolah...Muiz tiap2 pagi bangun mesti minta nak gi sekolah..aduhh..kesian tengok..rindu benar dia ngan cikgu and kawan2....

jadi tiap2 petang inilah keje baba..lepas hntar mama ke sekolah..baba dan anak2 akan menuju ke tempat-tempat yg macam nih la...

jom kita tgok apa diorang buat...



baba bawak diorang pegi main pasir hahaaha..budak jarang jumpa pasir..sesekali jumpa dibuatnya mcam air...mandi pasirrrrrr...hahaah balik rumah kena mama tonyoh habis satu badan...nak bersihkan rambut..badan...bukan senang...sabar jela..



 
 cuba tengok aqilah punya muka..kes bapak bawak la nih...comot bekas main pasir tadi terus masuk library macam tuh jer hahaaha...


lepas main pasir..bawak pegi library....fort Collins punya library...seronok la diorang...budak2 ni memang suka library....



 
sudut favorite budak2 nih....hehehe....abis basah baju...asyik duk minum air jerrr...


cantikkan library dia...ini ruangan untuk kanak2..banyak sangat buku...sonok budak2 nih baca buku...alhmdulillah..harap2 ada jugak la macam nih kat mlsysia...


summer nih kami ulang alik...time baba pergi buat keje kat LAB...mama duk umah main ngan diorang..time mama ada kelas..baba pulak melayan diorang...fair kan?? hihhihi

tinta mama
11.51 AM


Sunday, June 16, 2013

baba's day

Assalamualaikum wbt
 
 
 
selamat petang (usa) dan pagi ( Malaysia) moga sihat dan ceria semua kita hendaknya :)
 
selamat hari bapa kepada semua bapa2 di luar sana dan special untuk ayah saya...special jugak utk cik abang saya..love you all guys....tkde sempat nak buat kek ke apa sempena hari special nih..huhu...apapun saat bersama kalian (ayah dan suami)  adalah saat yang terindah dlm hidup ku :)
 
semalam lepas minum petang...dan nonton TV....tgok jam dah pukul 5 ptg...mmmm nak kena bagi nap budak2 nih walaupon dah lewat...saya macam biasa lah bila nonton tv mesti kena pakai spek mata...kalu tk migraine akan menyerang...jadi dek kerana kelam kabut nak bawak budak2 masuk bilik saya just tinggalkan spek mata atas TV ( walaupun saya tahu perbuatan tuh adalah perbuatan yang tidak disukai oleh suami saya ) hihhihi...lepas tidokan diorang saya bangun la nak solat asar dan finish kan kerja yang tertangguh...saya tengok spek mata saya dah tkde atas TV huhuhu...mmm tkpela..abaikan dulu..mesti suami saya simpan kot (atau disorokkan = denda)
 
tadi masa saya nak tengok movie..tercari2 la spek mata saya..ish2..tkdela di tempat yang biasa suami saya simpan..adoiii..malas la pulak nak menanya dia nti kena bebel hihihhi...kecuaian saya kan...so tengok tv tk pakai spek la...berpinar2 mata saya...sambil2 tuh berfikir-fikir la kat mana la dia sorok spek mata..tiba2 saya terfikir mungkin dia simpan dalam kotak spek mata...saya ambik beg sekolah saya..buka dan mmmmm spek mata saya duduk cantik jer dalam kotak tuh...:) dia senyap2 jer simpan kat situ..tau kenapa?? hehe khamis lepas saya pegi sekolah tk bawak spek..bawak kotak dia jer...sakit kepala la belajar dua jam tnpa spek..balik rumah menggatal tercerita la kat cik abang saya tuu..apa lg..kena ceramah la...sebab tuh dia pantang tengok saya letak suka2 ati jer kat mana spek tuh...hehehe terima kasih abang...:) love you...kerana tolong prihatin pada mama..hihhihi (saya memang selalu cuai terutama bab letak2 barang..pastu lupa kat mana..Huhuhu..budak kat rumah nih pntang tgok benda tuh..suka la buat toy...pretend jadi cikgu la..doctor la...guna la spek mama tuh..adoii..sabar jela kan..sebab tu suami saya anti sgt kalu letak spek merata-rata...lagi satu kalau apa2 hal berlaku kat spek tuh...nak kena tukar yang baru punya..punya la mahal gilerrr...kalu kat Malaysia boleh dpt rm500..kat sini usd 500 paling murah..belum lagi bayar untuk test mata lagi...punya la mahal...

 
my darling
 
 
 
 tinta mama
:)
 
 

Saturday, June 15, 2013

ambang Ramadhan

Assalamualaikum wbt
 
 
 
salam sejahtera :) kita dah berada di ambang ramadhan.....moga Allah kurniakan kita kesempatan dan panjang umur untuk bertemu Ramadhan kali ini amen...
 
 
 
 
 

Monday, June 3, 2013

hi....:)

Assalamualaikum wbt
 
 
 
 salam untuk semua...lama tk buka blog..sebenarnya mcm kena scam ke hack ke apa entah...tkleh nak buka..dia kata kena renew..kena bayar la..dah tamat tempoh la..mcm2...jadi saya biarkan lama...buka hari nih alhmdulillah berfungsi balik hihihih..kalu tk tamat la riwayat blog..hihihi...
 
saya nak say hi untuk sahabat2... :)
 
 
 
 
salam senyum dari mama...tktau nak update citer apa...cuma kena update jugak takut lama sgt nti blog nih akan mati hihihhi...

jumpa lg...

tinta mama


kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..