Thursday, September 19, 2013

anak oh anak

Assalamualaikum wbt

nak share berita nih..sayu hati saya...igt dulu masa mula2 kena jadi suri rumah..mengamuk dan memberontak hati saya...bila lama2 rasa suka dan bahagia datang bila tgok anak2 membesar di depan mata...harini..bila baca berita ni saya bersyukur sangat...sesungguhnya apa yang Allah tentukan itu semuanya ada hikmahnya...bukanlah semua taska tuh tak baik...tapi seelok2 nya kalau boleh jaga sndiri..jaga sndirila yer..:)


KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.
Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.

Foto

"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

tinta mama
p/s : sepatutnya kalau dah muntah darah tuh..cepat2 bagitau parents...itukan luar biasa..muntah darah tuuu..bukan muntah biasa2...semua benda kena inform...org yg jaga taska biar betol...heran saya..apapon Allah lebih mengetahui..semua yang Allah tentukan ada hikmahnya..takziah untuk kedua ibu bapa anak itu...moga cekal dan tabah dan sabar..anak kalian menanti kalian di syurga :)

Monday, September 16, 2013

mama punya cerita


Assalamualaikum wbt..

lama tk bersua muka di alam blog nih..hehhee...masa ada jer..bukan cbuk pon..cuma tk berkesempatan nak focus hehehe
 
2 hari lepas..birthday ayah saya...happy birthday ayah sayang...insan terpenting dalam hidup saya selepas suami...ayah dah tua dah..dulu masih gagah...skrg dah mula sakit2 lutut..tapi masih aktif ke masjid dan masih aktif sebagai bendahari masjid...moga Allah memberkati ayah..doakan moga ayah saya diberi kesihatan yang baik..panjang umur hjung thn depan boleh jumpa..in shaa Allah...
 
 
hari nih..Alhmdulillah..encik darling saya dah lepas prelim phd dia..syukurrrrr....dia yg pergi prelim..saya kat rumah yg tk senang duduk..risau la..lulus ke tak..haishh kalu tk lulus mcm mana la..mesti lambat la nak boleh balik..itu sebab nya hihihhihi..Alhmdulillah..Allah permudhkan urusan.. ada lagi dua step...proposal defense dan desertation defense...mmm doakan encik darling saya yer...
tahniah baba...
 
petang nih saya berkesorangan..darling saya lepas balik defense prelim tadi..makan..solat terus bawak anak-anak pergi library..anak2 dah boring tahap gaban...dia ajak saya ikut..boring gamak nyer duk menunggu anak2 main..tapi saya tknak la..banyak benda boleh saya buat masa anak-anak tkde..kemas rumah,masak kuih biskut...lipat kain...dan tulis entry nih hehehe....terima kasih encik darling saya kerana memberikan saya ruang untuk berkesorangan sekali sekala...
 
hmmmm..apa lg ek...saya sgt rindukan mek ayah saya..hjung thn nih in sha Allah kami akan menerima ahli keluarga baru...adik teruna saya nak kawenn..sedih la tk dpt balik tp tkpela..benda baik elok dipercepatkan...tkkan nak menunggu pulak kan...tahniah mek ayah..bakal menerima satu-satunya menantu perempuan dalam family....hehehe..dah ada 5 menantu lelaki...yg ke 6 nih perempuan..sonok la mek...senyum manjang..happy je kalu tipon...hihihih
 
jumpa lagi..nak pergi siap makan malam..sblum deme semua balik...
 
 
 
tinta mama
mood : rindu kg halaman..duk sorang..pastu sambil masak dengar lagu 80an 90an..huhu

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..