Assalamualaikum wbt
selamat hari raya haji kawan-kawan... mama beraya ngan muiz & aqilah je...baba ada confrence kt oregon...huk huk...nasib baik ada arina ( anak dara bujang trang tang tang ) mai rumah..masakkan nasi briyani, dalca..bawakkan nasi himpit kuih kacang...yeayyy...rasa la jgk mcm hari raya kan ...
raya kali ni tk mampu dah mengajak orang datang rumah makan-makan...sembang-sembang mcm dulu...tk mampu nak berdiri lama-lama kt dapur masak itu ini...tk mampu nak kemas rumah (sebab rumah dah penuh dgn kotak-kotak yg akan disumbat dalam kontena balik mlysia hjung thn ni.. (kedengaran mcm alasan je kan? hihihi..)
malam raya tkleh nak tido.. (semenjak darling tkde, memang mama susah nak tido) tambahan pulak perut dah besar..pusing sana tk kena..pusing sini tk kena... jadi malam raya pkul 3 baru tido...pkul 6 bangun solat subuh ( skrg sbuh kt sini pkul 5.50) lepas solat subuh kedengaran ada dua orang kanak-kanak dah start bersembang dalam bilik mereka..aduhaiiiii... dah bangun la tuuuuuuu...tolonggg...mama baru berangan nak sambung tido sekejap lepas solat subuh...penat..ngantuk,...tp ckp la kt diorang " main elok2 ek..mama nak penat..nak rehat" diorang faham tp kacau jgk...emmm...tk jadi jgk tido...
skrg ni pkul 1.18 pg...pg raya ke dua.. td dah tido...pkul 11.30 malam bangun.. (sebab blum solat isyak..lepas tidokan kanak-kanak...mama sekali tertido..penat sgt) tgh tunggu darling sampai...katanya dalam pkul 2 pg...td call ckp baru sampai airport denver...pastu siap ckp nak makan nasi.. ( haaa....pkul 2 pg nak makan nasikkkk) apa taknyaaa..kt confrence mana ada orang sediakan nasi...hahaha duk makan burger.sandwich dan seumpamanya sahaja..( 3 hari tk jumpa nasikkkk) .kesiannn...ok la..sambil tunggu dia sampai...panaskan lauk pauk...boleh sembang-sembang kt blog ni...
mata dah ngantukk..aci tk kalau mama tidoo dulu..jahat takk...hihihih
jumpa lg...selamat hari raya semua...
tinta mama
1.22 AM
fort collins colorado ( berbaki 3 bulan sahaja lg utk buat entry dari colorado)