Saturday, August 31, 2013

abg punya aktivit

Assalamualaikum wbt

salam sejahtera untuk semua...santai di hari mggu bersama anak-anak jer..encik darling tkde...katanya nak ke tempat jual biri-biri....dengan kawan baik dia dari Oman...nak beli biri-biri dan sembelih sendiri..katanya kawan dia tu..dengan cara mcm nih jauh lebih murah dari beli kat kedai siap...mmm bagus jugak tu...keluar tadi pkul 9.30 pagi..alih-alih pkul 12.30 tadi call dah ada kat Denver pulak...katanya kandang biri-biri tutup sebab hari ni sabtu..huuhuhu...tinggal la kami bertiga lagi..kalau ke Denver sohih dah balik petang karang...
 
igt tak harituh saya cerita kena tinggal 3 hari dua malam kan? dia pergi mountain ngan geng arab dia...jom kita tgok aktiviti diorang...
 
ini rumah yang diorang sewa..besar rumah nya..tapi tkde la mahal sebab cuti summer dah hbis...
 




inilah group halaqah deme tuhh...


cantik kan...pulau ke apa ..Nampak mcm pulau...lake je kot..

cantikkkkk

naik benda alah nihh...
pastu turun kena luncur ikut benda alah nih..
.nasib baik saya tkde..kalu tknak saya naik..gayattttt



jalan nak masuk tempat tuu..berbatu batan..bergunug ganang...

 
  ok...inilah kumpulan halaqah al-quran diorang..saya happy sgt Allah buka kan hati dia untuk  masuk group nih..tiap2 mggu belajar ngaji..tasmi'..hafazan..mcm2 lagi la,....


tinta mama..
mood : teringin nak pergi..abg kata in sha Allah..satu hari nti kita pegi sama2 hihhi sonok2

 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..