salam senyum buat sahabat-sahabat..:)
di petang yg dingin...tersadai lg mama di bangunan ilmu CSU...menunggu putra-puteri ....tgok diorang boring dan tkde benda nak dibuat kt rumah..harap2di sini ada lah aktivit yg boleh menghiburkan mereka...
nak share dengan sahabat-sahabat satu kisah teladan yang boleh beri pengajaran pada kita..saya ambik nih dari group kat fb..
SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"
Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak mu ridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya...
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'
Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
Jadikan Saya Sebuah Televisyen
"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

cerita ni sgt berkesan di hati saya..saya nak nangisss..betapa kita sebagai ibubapa terlalu lalai..sama jugak seperti saya..kekdang terlalu leka,selalu berada di dapur,,mengadap muka di komputer dan sebagainya..kadang2 anak-anak panggil...:"mama..can you play with us" "mama.look at this..i did it" mama,i'm talking to you" oh anak..betapa anak-anak rindukan belaian ibubapa..lebih2 lagi anak2 yg masih kecil..kekadang mama leka..maafkan mama...tapi setakat alhmdulillah..tk pernah lagi leka dengan TV...:) layan lah anak dengan sebaiknya..tinggalkan keje kita andai anak2 panggil..tumpukan perhatian kepada mereka...mungkin satu hari anak-anak akan tulis esei nak jadi FB,nak jadi laptop..nak jadi iphone..
tinta mama
morgan library csu..
5.56 PM
No comments:
Post a Comment