Assalamualaikum...
hati rasa terguris mendengar cerita dari seorang hamba Allah tentang kecurangan suami...bukan sekali dua..dah banyak hamba Allah meluahkan pada saya...ya Allah siapalah saya untuk dikatakan layak memberi nasihat...hanya sekadar berkongsi pendapat...ya Allah..saya hanya mempu mendoakan..dan terus berdoa moga Allah melindungi kita dan memberi kecekalan kepada kita semua dlm menghadapi mehnah dunia ...
Menerima berita kecurangan suami
memang sesuatu yang menghiris hati seseorang isteri, pedih hati
kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan akhirnya dikhianati, ditambah
pula dengan perasaan malu bila kecurangan itu sudah pun tersebar
dikalangan ahli keluarga dan rakan sendiri.. Berita mengejutkan ini
biasanya jarang dapat diterima dengan hati yang tenang oleh wanita.
Pastinya tiada isteri yang tidak emosi bila menerima berita sebegini.
Sebab itulah ada yang mengambil tindakan menyerang suami dipejabat malah
menyerang wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan suami.
Sekiranya perkara ini berlaku..berfikirlah dulu sebelum
bertindak..mungkin tip dibawah boleh dijadikan panduan.
Cuba Tenangkan Diri
Memang
susah hendak tenangkan diri...tapi cubalah fikirkan tentang keluarga
dan anak anda. Sebelum anda menyerang suami ada baiknya anda memberi
masa pada diri untuk berfikir tindakan yang paling sesuai untuk diambil.
Selain itu fikirlah tindakan yang akan diambil dan apa kesannya kepada
keluarga, pasangan dan anak anda.
Dialog dengan Diri Sendiri.
Ketika
anda mengambil masa untuk berfikir, Bercakaplah dengan diri anda
sendiri, Adakah anda ingin memperbaiki keadaan dengan memaafkan pasangan
anda dan meneruskan lagi perhubungan. Jika anda masih menyangi pasangan
anda, cubalah untuk mengendalikan emosi, selalunya dalan keadaan begini
kita akan bertindak dan juga akan bercakap mengikut emosi dan bukannya
mengikut fikiran yang waras.
Berhadapan Dengan Suami
Bila
emosi anda sudah reda dan fikiran kembali tenang baru barulah perkara
ini dibincangkan dengan pasangan. Waktu ini walaupun anda layak untuk
marah namun berilah peluang untuk pasangan bercakap, biarkan dia
mengungkapkan rasa kecewa, kemaafan, penyesalan dan sebagainya. Selepas
itu barulah giliran anda meluahkan semuanya.
Luahkan Pada Orang Yang Betul
Sewaktu
berhadapan dengan masalah kecurangan suami ramai wanita yang tersilap
langkah dalam menangani situasi ini. Sebaik cerita didengar mereka terus
meluahkan rasa emosi dengan orang lain dan bukannya dengan suami.
Mungkin dengan rakan ataupun ahli keluarga..Sepatutnya langkah yang
pertama harus anda buat adalah berhadapan dengan suami dan luahkan
perasaan anda, bukan dengan orang lain terutama dengan orang yang tiada
kena mengena dengan anda....masalah yang anda hadapi hanyalah masalah
anda berdua dan bukannya orang lain. Mungkin penglibatan nasihat dan
campurtangan orang ketiga akan membuatkan suasana menjadi lebih panas
dan masalah sukar diselesaikan, apatah lagi pihak ketiga itu memberi
nasihat dan pendapat yang salah.
Kawal Rasa ingin Tahu.
Berdasarkan
pengamatkan selalunya wanita yang menghadapi kecurangan suami ini tidak
dapat mengelak daripada perasaan ingin tahu, mereka ingin mengetahui
lebih lanjut mengenai wanita yang menjadi punca kecurangan suaminya dan
segala yang berkaitan dengannya. Tapi...untuk kebaikan diri dan
ketenangan hati ada baiknya anda tidak perlu mengambil tahu mengenainya
kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang perlu diketahui
hanyalah alasan mengapa suami melakukannya. Mungkin sukar untuk anda
memaafkan perbuatan suami yang melukakan hati anda namun jika anda masih
sayangkan perkahwinan anda maka kuatkan hati untuk menghadapinya
terutama jika suami mengakui kesalahannya.
saya cuba mencari beberapa doa/ayat al-Quran yg boleh dibaca dan diamalkan bagi menangani masalah ini..dan saya terjumpa video clip ini..moga bermanfaat..:)
No comments:
Post a Comment