Thursday, May 2, 2013

rindu menjelma lg..

Assalamualaikum wbt
 
 
 
salam senyum buat semua...malam nih anak-anak tidur awal..jadi ada masa ckit nak godek-godek blog...senyap sunyi rumah bila diorang tidur..dan saya boleh dengar jiran sebelah duk bersembang..owhh..makna diorang pon boleh dengar riuh rendah rumah kitorang..macam gempa bumi setiap hari..huhuhu...ampunnn..hahaha nak buat cmana..Allah kurniakan saya anak-anak yang sangat cerdik dan petah berkata-kata..tak reti dan tk pernah duk diam...bisinggg memanjang rumah saya nih..diorang tido baru lah terlinga saya nih aman dan tenang ckit..
 
di tengah kesunyian nih kan..tiba-tiba teringat la pulak kat kg..semua orang cbuk nak balik kg..mengundi..sonok nyerrrr..dan saya sangat jelesss...huhuhu saya sempat mengundi sekali jer 5 thun lepas..masa tuh baru kawen beberapa bulan...hihihi...saya yang paling seronok..sebab apa?? boleh balik kg...saya memang hantu balik kg...masa di ukm..kdg2 hjung mggu pon ambik tiket bas balik kelate..huhhu..tgh2 malam atas bas baru call ayah nak suh gi ambik kat stesen bas esok nyerr..ngada-ngada kan..?kami hubngan family sgt rapat...ini dah kawen nih di bawa lari jauh..thun nih dah masuk thun ke 3 tk balik..huhu nak nangis sokmo rasa..teringat...kdg2 bila call ayah..sokmo di tnya soalan.."bila nak balik" huhu sian ayah..dah rindu sgt kot...( opsss..saya memang rapat ngan ayah :)
 
disebabkan rindu nih..saya nak menayangkan wajah2 yang saya rindui
 
inilah mek dah ayah saya..ini masa kakak saya kawen..( masa kakak saya kawen nih..saya tgh mengandungkan aqilah...hihihi..langkah bendul)

ini kami adik beradik yang ramai..termasuk anak-anak buah dan abg-abg ipar..yang paling kiri tuh adik yg ke 8..skrg duk uia...yang paling kanan abg ipar..tuan kastam...suami kakak saya yang pakai tdung hitam..Nampak kepala jerr..hihihkakak sulung pakai tdung biru air tuh..suami dia pakai kopiah...budak2 kecik tuh smua anak2 dia kecuali muiz...

bersama ayah,adik bawah saya (yg perempuan) dan satu-satunya abg kandung yang saya ada...(yg tgh peluk badan)

satu-satunya adik lelaki saya...hensem tak? hihihi sekarang jqof dekat Sarawak...(blum kawen) ish mcm nak promote jer hihhihi..mgkin sudah ada calon nyer...tapi apasal pulak gamabr tgh pegang bunga / kih kih kih..(pok yie..sorry yer..curi gambar dalam fb pok yie hik hik hik)

kami berempat..nih masa kenduri kawen adik bawah saya tuh..( baju hijau) adik saya nih kawen 2 thun slepas saya kawen..tup tup sekarang dia dah ada 3 anak..huhu tk bleh jadi nih...hihihi

gambar nih ada adik bongsu saya..yang tudung kecik tuh..dah banyak kali pesan suruh labuhkan ckit tudung...blum terbuka hatinya barangkali :)

ni adik kedua bongsu..gambar nih saya copy dari fb dia hihhihi...




rumah kampong yang sangat aman dan mendamaikan..rindunya pada Tanah tumpah air ku ini...biar pon orang semua duk kata seronoknyerr buleh duduk usa..seronok jugak..tapi kalu diberi pilihan..saya memilih tempat ini..hihihi..namun saya tkde pilihan..tempat saya di sini..usa..syurga saya disisi suami tercinta :)

dan ini ...huk huk huk arwah nenek...arwah nenek saya meninggal semasa saya kat sini...masa tuh saya masih homesick..baru jer sampai usa 3 mggu...bayangkan perasaan saya ketika itu huhuh..moga Allah menepatkan arwah bersama orang-orang yang beriman amen..al-fatihah


gambar ni diambil seminggu sebelum arwah meninggalkan kami..adik saya sempat membawa arwah nenek makan ice cream di pantai,...bawak arwah nenek jalan2.makan angin..alhmdulillah...arwah pergi dengan tenang...umurnya ketika itu 89 ...:(

saya berdoa sekali lagi..dan doakan saya yer..moga Allah panjangkan umur saya dan family dan kami akan dpt berjumpa lagi...amen..:)

tinta mama






No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..