Showing posts with label macam2 hal... Show all posts
Showing posts with label macam2 hal... Show all posts

Sunday, December 23, 2012

fb oh fb..

Assalamualaikum 

tergerak hati untuk berkongsi sedikit pendapat tentang apa yg saya nampak dekat fb harituh ...ada seorang kawan post benda nih 

            lepas tuh aa la seorang Allah tu komen macam nih " not all isteri bangun at 10 ya. some don't even have time to sleep because they have to work and help to support the family. kerja kat opis kene buat, kerja kat rumah pun kene buat. isteri dulu (zaman nenek), mostly full time housewife. Zaman sekarang, ramai yang kene tolong cari rezki sebab kos hidup yang tinggi (especially in places like KL and Penang). When a guy marries, he not only gets a wife, he also gets a friend, ibu to his kids, teman susah dan senang. So, oklah hantaran banyak tu kan?

dan banyak lg komen yang semacam perli kata2 ustaz..saya nak bagi komen kat wall dia..saya takut ada berkecil hati,.sebab dah berlaku..kita cuma nak menyampaikan kebenaran tapi ada yang salah faham dan tk bleh terima maka kecik ati,dan sebagainya...

saya cuma nak kata..." apa2 hal..memberi pendapat dan komen..gunalah wahyu dan keimanan..jgn la berdasarkan akal semata2..." :)  saya setuju ngan kata2 ustaz..jadikan ini motivasi utk kita sebagai isteri...lagi2 suri rumah macam saya..kalu anda bekerja..tk payah terasa hati sebab isteri bekerja memang tk akan bangun pkul 10 pagi...,hantaran mahal itu kalu semata2 nak menunjuk pada orang kita banyak duit tkde gunanya..hntran murah lagi besar keberkatannya..lepas dah kawen nak bagi isteri beribu2 sehari pon bagilah...:) hanya sekadar pendapat...sekian

Friday, June 10, 2011

kete in us




hahaha..inilah rupa kete kesayangan kami kat us...beli ngan harga$1000...kalu duit mlysia lbih kurang rm3200 kot...ford winstar nama dia..tahun 2000...tapi lepas beli banyak kena servis....tp tkpelah...utk guna 4 thn jah...lepas jual balik..itupun kalu ada yg nak beli hahaha..kete antik nih..walaupun buruk kami sayang hahahaha...dah banyak jasa..bawak aqilah gi cucuk kt klinik...gi beli barang kat wallmart..dan banyak lagi..mmmm itu lah seadanya..hidup kat us ni semua kena sederhana...takleh nak berangan2 mcm2..balik malysia nti baru buleh berangan2...hehehe

Wednesday, May 25, 2011

4 bulan

Dengan Asma Allah yang maha agung

 
 
dah dekat 4 bulan duk uS...namun terasa macam dah 4 thun..hahahaha!!! gelak2...rindunyerr nak kelik malaysia.rindunyer ko mek ayoh dan semua adik bradik...huhuhu namun terpaksa juga akur dan senyum walaupun pahit dalam kerinduan ..haahah senyum2...senyum lagiiii hahahaa gelak dan gembira hahaa!!! Ya Allah..percepatkanlah proses 4 tahun  ni...hehehe boleh ke doa camtu hukhukhuk..apapun sentiasa kena redha dan senyum selalu..mek ayoh!!! rindunyerrrr....adik beradikku !!! rindunyerrr..doakan diri ini sentiasa kuat dan sentiasa boleh tersenyum ...hehehehe:)

tinta mama
1.45am
16f aggie village
fort collins colorado us


Friday, April 15, 2011

gelagat mereka berdua

DENGAN NAMA ALAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

ya Allah..inilah keje aqilah duk bawah meja

mama duk masak diorang masak jugak sama2 hehehe

muiz kalu tak menyakat aqilah,tok sedap duduk huhu


keje aqilah menggeledah segala benda..

ini pun sama..mmm pening kepala

sebahagian daripada toy askar berdua..

semua kempunan nak keluar tp cuaca sejukkkk sgt menghalang..huhu siannyerr

inilah kegiatan harian mereka,memanjat,melompat bergaduh dan mcm2 lg aktiviti yg canggih2..




kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..