Tuesday, April 30, 2013

bersyukur

Assalamualaikum wbt..
 
 

sihat semua? sahabat2 semua happy? gembira? bahagia ? alhmdulillah..nikmati hidup ini seadanya..tatkala gembira..bersyukur..tatkala ujian melanda maka bersabarlah...
 
mggu dan hari2 yang menggembirakan mama...:) sebab :
 
  • aqilah dah lepas potty training..alhmdulillah...saya ajar dia guna tandas nih smggu jer..cepat betul. igt lg masa ajar abg muiz dulu..3 bulan pon kdg2 ada lg terlepas huhu
  • mggu ni mggu terakhir saya mengasuh anak angkat tuh hihhihi..lepas ni boleh la berjalan2 sesuka hati tak kira hari apa..pkul berapa..yeezaaa..alhmdulillah
  • awal bulan depan boleh sambung balik kelas English..dah lama tinggal..rasa macam baru pulak nak belajar..alhmdulillah..
 

 
nak share satu artikel nih ngan kawan2...saya ambik dri  sini dan kakak nih ambik dari blog isteri ustaz Zaharuddin..(kalu tk silap saya la :) kalu silap ampunn maaf )
 
 
 
SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan
lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.” Teringat pesan ayah di suatu petang... “Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia
merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci
dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.” Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya.
Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata. “Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang
keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.” Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Illahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku.. Engkau terbaik untuk diri ini.”
 

 
 



tinta mama



Wednesday, April 10, 2013

shaklee pulakk

Assalamualaikum wbt
 
 
salam sejahtera..winter kali ini agak menderita ckit...huhuh..start dengan eczema di bahagia badan..kemudian diikuti eczema di muka...sangat menguji keimanan...gatal-gatal badan boleh lagi tahan sebab kita tkdela masa nak menggaru...tapi bila dah sampai dekat muka..Allahu Akbar...sangat menguji kesabaran..sakit itu penghapus dosa kan..mungkin zaman2 dulu muka saya nih pernah membuatkan orang sakit hati..kecewa dan sebagainya..mungkin itulah Allah bagi ujian ini ..kan kan kan...mmm hanya orang2 tertentu sahaja yang boleh memberikan jawapan hihhihi..minta maaf seandainya itu betul2 berlaku huhuhuh

inilah ghupe nyerrr

Nampak takk??? bawah daguu..dua2 belah pipi dekat dgn bibir mulut tuh...tk nak letak gambar besar nti jelas Nampak buruk nyer hahahaaha maluuuuu
 

.jadi disebabkan inilah mulai bulan ini..hidup saya dipenuhi jadual bervitamin hihihi..saya memang jenis yang tidak suka hidup berjadual..patuh pada arahan makan ubat..saya jenis yang sambil lewa..tapi bila dah start kena makan suplemen..kena teratur...saya adalah minta nasihat dari adik junior saya masa kat darul quran dulu..sekarang dia ahli farmasi kat kota bharu...dia syorkan saya makan suplemen Shaklee nih...dia bagi beberapa nama vitamin yang elok untuk eczema..untuk kulit...mmm saya pon sempatlah menggoogle..mencari maklumat...rajin la pulak...tiba2 rasa berminat nak cuba...hari nih masuk mggu ke 2 la makan suplemen nih...rasa cmana?? entah..hahaaha..suplemen bukan ubat..dan kesan berbeza bagi setiap individu..so saya tk kisah la..cuba dulu kan..bukan nak berkempen tau..saja nak kongsi cerita...kalu kat mlysia nak beli kena cari ejen dia kan..dia tkde jual kat kedai-kedai biasa..tapi kat sini saya beli online jer..tak jadi ahli pon tetap boleh di beli tapi harga mahal ckit la..saya tk jadi ahli pon...nak try dulu..tgokla kalu dah rasa makin ok mgkin balik mlysia nti kot hihihhii angan-angan la tuh...:)
 
inilah yang dah start guna
 
yang pertama sedang makan untuk cuci hati...
 
 
           
 
nak buang toksid-toksid kotor dan ganas tuh dari dalam...lepas nih baru nak makan benda kat bawah nih...
 
 
 
 
pastu ada lagi satu dalam perjalanan,baru diorder..yang nih memang untuk eczema..nama dia GLA complex
 
nah ini ghupe dia...
 
        
 
bagi sape2 nak try boleh la..ini makanan tambahan jer..bukan ubatan tau...hihihi harga dia lebih kurang USA vs MALAYSIA...kalu dicampur tax dan shipping...lebih kurang sama...mahal ke??? mmm saya takde jawapan..bagi saya mahal ckit tkpe yang kesihatan...betul takkk?? setuju?? tak setuju?? mmm terpulang :) halal?? in sha Allah..halal jakim pon ada..halal USA pon ada..so tawakal je la kan...
 
 
p/s : sapa nak kulit cantik tu boleh try yer...boleh cari ejen2 terlatih kat mlysia sana nun...saya tolong kempen jer..saya bukan ejen..hihihi...saya ejen makan jer...kui kui..
 
sayang smua :)
   
 tinta mama

Monday, April 8, 2013

ramadhan....

Assalamualaikum wbt
 
 
 
 
salam semua...kekadang menghilangkan diri..tk tau ke mana hehehe...orang kata bila hidup diberkati maka kita akan mempunyai ckup masa..Allah dah bagi 24 jam sehari..dah lebih dari ckup untuk buat semua benda kan...itulah berkat..tapi akhir2 nih saya mcm tk punya ckup masa..sedar2 dah malam..eh..masa untuk tidurkan anak2...masuk bilik mama yang tidur dulu..bukan anak yang tidur dulu hihihi...sedar2 dah pagi...huhuhu..itu la kan..terlalu banyak keje...siapa kata suri rumah tk keje...itu silap besar :)
 
 
pejam celik pejam celik dah nak hampir setengah tahun 2013...
 
 
 
 
dah nak puasa dah...dah hbis ke puasa ganti semua???? :) saya dalam proses..ada 3 hari..masa bulan ramdhan tahun lepas (setiap kali ramadhan di Colorado) niat nak abiskan puasa ganti di musim winter sebab subuh lewat dan maghrib awal (seawal pkul 5) best kan puasa pendek..tapi niat hanya tinggal niat...di musim sejuk...tkleh nak kluar main2..jalan2..duk rumah jer..asyik laparrrr memanjang...huhuhu...abisnya thun lepas summer baru ganti..tahun nih alhmdulillah..musim spring dah nak abis ganti..ok la skit dari puasa summer..jom hbiskan puasa ganti!!!  :)
 
 
moga kita sentiasa diberkati amen :)
 
tinta mama :)

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..