Tuesday, August 28, 2012

pre school...


Assalamualaikum...

hari nih hari ke 2 abg muiz ke sekolah..semalam prestasi nampak ok...balik terus baring depan muka pintu..tired katanya..sian anak mama...utk hari ke 2 nih...bangun tido tadi badan mcm panas..dia mcm tok larat nak bangun...tk mo mandi...badmood...hahaha..ini mesti kes tknak gi school...lama jugak memujuk..akhir mama berjaya walaupun agak lewat mandinya...




sekolah nya penuh dgn toys...suka la abg muiz..

tempat duduk abg..dah ckp kat cikgu suruh tukar muhammad kepada muiz..risau muiz confius nama sendiri..

dah la dlm classroom tu have a lots of toys...depan tuh pulak ada big playground...suka la dia..

ada kitchen besar..tp mama dah pesan kat abg..tkleh main..that's for girl .tp nampak tak yg main tuh semuanya boys hahaha alamak cikgu kat belakang tuh nampak separuh jer..sorry cikgu...cikgu abg muiz master in early child...ngajar pre school pon kena ada master phd bagai...


hntr abg muiz gi school bukan apa..nak ajar biar dia pndai berkawan,how to sharing. dgr dan patuh arahan.....harap2 lepas nih dia boleh bawak diri..tkdela pampet sgt ngan mama ngan baba...insya Allah...


Thursday, August 23, 2012

salam aidilfiri

 ASSALAMUALAIKUM

salam aidilfitri kepada semua sahabat2...maaf andai ada terkasar bicara..tahun nih kali ke 2 raya di colorado...antara rumah yg wajib kami kunjungi di pagi raya ialah rumah ini...saya bersama tuan rumahnya...tuan rumah nya dua beradik...yg kakak rumahnya di greely..dan adik nya rumah di longmont...( lebih kurang 40 minit dari rumah saya) best kan..dua beradik duk US..dekat pulak tuh hehe...rezeki...rumah kami ziarah ini rumah adiknya..kak malin..kami dah macam adik beradik..dah tk rasa asing beraya di colorado sebab ada mereka yang dah dianggap sebagai family..alhamdulillah..



yang adik ( kak malin) yang free hair tuh..kakak nya kak mas pakai tudung...boy baju melayu biru anak murid kesayangan saya..adam..anak kak mas...muiz sgt sayang dekat adam..sampai je kat depan rumah..terus dia keluar kete masuk rumah carik adam...hehe...tk sempat tunggu mama baba...hilang gitu jer..aqilah tk lekang dari botol susunya...muiz kena pegang tangan sebab asyik nak meraba dlm seluar...dah tk pakai diaper...dia rasa mcm pelik kot hehehe...kat sebelah my darling tuh.,.abg idi..suaminya kak malin..yang sebelah abg idi ( gambar bawah) suami kak mas...abg jantan..mereka ini adalah sekapal dengan saya..( kelantan) sebab tu kami rapat hehehe...kecuali abg jantan ( org perak) namun dah jadi mcm ore kelate..:)

alhamdulillah..igt raya tahun depan nak balik..tp darling kata dia kena prelim next summer...( raya jatuh dlm cuti summer) lepas prelim proposal defend pulak..so saya rasa takde harapan nak balik raya..huhuhu...tkpela..tunggu raya 2015...huk huk..betapa rindunya pada kg halaman..pada mak ayah.adik beradik hanya Allah yang tahu..namun apakan daya...saya punya tanggungjawab lagi besar di sini...

p/s : doakan saya kuat menempuhi dugaan di perantauan...syukran

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..