Sunday, September 21, 2014

"orang putih"

Assalamualaikum wbt

dah lama saya tk menulis...sibuk?? tkdela sangat.. :) penat?? mungkin sedikit...membawa baby yg di dalam ke sana ke mari..2 month to go..doakan saya.....melayan 2 lg "baby" di luar yang sangat aktif....dan melayan sorang daddy kepada "baby"..hihihi

petang ni rasa bosan di rumah..bawak 2 "baby" ke library CSU..sekali sekala bawa mereka jumpa kawan2 baru.....sekali sekala bawa mereka main dengan toys baru di library..yang mungkin mama tk mampu untuk membelinya.. hihihih sekali sekala biarkan mereka di jaga oleh org putih supaya padat bahasa inggerisnya

"orang putih" sejak kecil saya tk suka dengan org putih...kedengarannya mcm jahat..seolah2 mereka ahli neraka...namun tkdir Allah..hantar saya ke sini..negara org putih..

hampir 4 thn kami berkelana di bumi amerika...biarpun ayah dan mak saya tidak begitu menyukainya (pada firasat saya) kenapa??? amerika jahat..bunuh org islam...amerika jahat!!! bagi duit kt yahudi zionis bunuh org islam...dan mcm2 lagi.. setiap kali call tiada pesanan lain meniti di telinga saya.. " jgn lupa baca quran, solat.. ajar anak2 baca quran.. jangan jadi mcm org putih." pesanan ayah saya :)

namun ramai yg tidak tahu..siapakah org putih sebenarnya... hampir 4 thn memerhati,meneliti dan mengkaji...apa yg saya boleh jelaskan..sebenarnya orang putih yang disangkakan jahat (mungkin sebilangannya betul) mereka la yang banyak mengamalkan nilai2 islam yang murni..
: bab jaga anak2..super beb..
:bab pergaulan dengan jiran2..masha Allah
:bab percakapan ...mereka lg menjaga hati kita berbanding kita
:bab menghormati orang..mereka menang..
bab bisnes ... customer is always right : ( bab ni paling saya suka hihihhi)
:menghormati orang tua....
dan banyak lg,,,

tapi mereka tetap orang putih.. :) saya ambil nilai2 murni mereka yang sebenarnya mereka cedok dari islam... 

di barat , banyak nilai2 islam yg amalkan oleh orang2 bukan islam... tp di timur banyak mereka tinggalkan nilai2 murni islam tp mereka gah berbangga " aku orang islam!!!"  islam hanya pada nama barangkali...kesian...

hanya berbaki tidak lebih 4 bulan lg buntuk berada di sini.,.terasa kesayuan dan kepiluan...nak meninggalkan bumi colorado...bumi yang mana mengajar saya erti kehidupan... erti persahabatan..erti kerinduan dan yang paling besar ERTI KESABARAN...

 


tinta mama
4.35 PM
morgan library CSU..
 

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..