Wednesday, June 27, 2012

fire di colorado..

Bismillah hirrohma nirrohim

Assalamualaikum sahabat2...



doakan kami semua selamat di sini...cuaca tersgt panas di colorado...pkul 7 petang pon masih tak dpt nak kluar lagi sebab panassss....huhuhu...tahun lepas takde la sepanas ini...betapa dunia ini sudah dipenghujungnya...mula2 start fire kat fort collins...dekat hutan horsetooth...dekat jugak la dengan CSU tp  alhamdulillah api tak sampai ke rumah kami kat sini..tapi asap nyer subhanallah...tak boleh buka tingkap rumah...penuh kat luar sana..itu beberapa mggu yang lepas...sekarang dia menyerang pulak colorado spring....yang kat fort collins pon masih tak hbis lg asap nyerr...subhanallah...betapa Allah itu maha berkuasa...tiada siapa mampu menghalang....ujian Allah itu penghapus dosa...doakanlah utk keselamatan kami di colorado....moga Kami akan dilindungi di bawah lembayung kasih sayang Allah....

p/s : gambar atas tuh yang kat colorado spring...takutnyer tgok ...alhamdulillah hari ni Allah bagi mereka hujan...fort collins pon nampak macam nak hujan jugak ptg nih...Allah dah mula menegur hambanya...itu tandanya Allah sayang kan kita...terima kasih Allah...lindungi kami semua...

Tuesday, June 19, 2012

barang naik,,

assalamualaikum...

dah lama tk update blog...tk punya ckup masa,+ malas nak berebut laptop ngan abg muiz hehee...harini saya nak copy paste satu statment yang saya baca dekat fb... bagi saya menarik dan tertarik hehee...
statment nih di tulis kat wall abg senior saya masa kat DQ...abg nisar..sekarang dah Dr nisar..lecture kat USIM..

Dulu semasa di UK, bila lagi seminggu nak masuk gaji/elaun, kalau duit masih berbaki £50 masih boleh bertahan InsyaAllah.. Macam2 boleh dibeli dengan jumlah itu. Contohnya; Beras (basmati) 5kg=£5-6, ayam seekor=£2, minyak kereta 1/2 tank=£20, susu anak 700g=£7, lampin baby 40pcs=£7.. Baki siap boleh belanja di car boot lagi.. Really miss that moments.. Namun, sekarang, lagi seminggu nak masuk gaji, kalau ada baki duit RM100-200 pon rasa macam 'bernafas dalam lumpur'.. Orang utara kata jenuh 'pedo' untuk berbelanja..

betul la...kat us nih pon kalu duit berbaki $50 pon msih ckup utk menampung hidup seminggu...( utk seminggu la..tk ckup jugak  kalu utk sebulan...poningg hihih ) tapi kalu kat malaysia dengar citer mahal nyer harga barang2..tk tau setakat mana mahal nyer tuh..sebab kita cuma mendengar khabar..belum tahu rupanya mcm mana...takut pulak nak balik malaysia...berat benar ker kenaikan harga barang....

inilah kehidupan kan...susah ke senang...kena hadapi...hanya sementara jer..akhirat yang kekal abadi...apa nak di risaukan pada benda yang sementara kan,.:)

p/s : tak kira la..barang mahal ke apa...saya tetap merindui mlysia tercinta...hehehhe tk sabar nyer nak balik...lama lagi..2 thun stgh huk huk

Sunday, June 10, 2012

anak2 mama

Dengan Asma Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani...

alhamdulillah hari ni..tinta mama boleh berjalan lg hehehe..hari ni mama free ckit...baba bawak abg Muiz gi Masjid solat zohor,pastu terus bawa gi Computer Lab wak keje2...tgok atas prestasi la..kalu prestasi abg Muiz ok..lama la ckit kt sana ngan baba,kalu prestasi tak berapa elok maka awal la balik nyer jap lg hehehe...abgMuiz takde mama boleh buat mama punya Homework...lusa nak hantar kat cikgu...(macam budak sekolah ) hihihihi..duk layan aqilah nih..macam2 tak kena bila abg dia takde...


muka boring bila abg muiz tkde...

kalu abg Ada boleh ajar aqilah baca iqra...
anak2 soleh dan solehah..kadang2 gaduh kadang ok...:)

Friday, June 8, 2012

mama tired....

Dengan Nama Allah yang maha Agung


terima kasih ya Allah..masih memberi peluang utk mama menggerakkan tinta kecil ini....lately...teramat letih,terlalu banyak keje,anak2 makin aktif, (aqilah bila tgok mama duduk tersadai kat sofa,dia akan dtg dekat dan ckp " mama tired? " hehehehe) why am i so tired? itu pelajaran pertama yang saya belajar dari kelas pertama saya..teacher mcm tau2 pulak saya nih memang sentisa tired...hehehe semalam hari pertama saya ke kolej...suami kesian tgok saya boring duk rumah..jadi dia daftarkan saya ke kolej ambik ENGLISH SECOND LANGUAGE....terima kasih abg...( tapi yuran saya bayar sendiri hihihihihihi taknak la nyusahkan abg...dia dah sanggup nak jaga anak2 masa saya gi kelas pon dah ckup baik..syukur sgt2 hehehe alhamdulillah...kelas saya 2 kali seminggu.. 5 ptg - 6.50 ptg...dekat jer ngan rumah..kolej komuniti )adult learning...dlm kelas nih ada 7 orang jer..saya rasa saya paling muda ( persan sikit hihihihi) mak cik la ramai...kelakar pulak melihat gelagat orang tua belajar...kelas nih best..ada mcm2 games,tkde la duduk tersadai atas kusi jer...teacher Chris baik...sporting....syum manjang...apa taknyer..nak di marah kan..orang tua2 dah student nyer hihihih sabo jer dia melayan kami yang tengah baru nak belajar nih....

bila masuk sekolah,saya mula merindui kawan2 masa belajar dulu...

masa tahun akhir,saya ngandungkan abg Muiz....gi mana2 jer kalu ada program fakulti msti abg Muiz akan mengikut sama..baba pulak masa tu lecture sama  fakulti ngan saya...jadi kami akan sentiasa bersama2 setiap masa hehehe...


pegi mana2 projek fakulti memang Muiz akan menjadi kegemaran ramai ( sebab saya sorang jer yang bawa anak hihihih)

rindu nyer saya pada mereka semua..balik nti nak kena buat perjumpaan besar2 besaran..tp tau la boleh kumpul semua ke tak sebab masing2 dah di hantar posting merata2..saya sorang jer yang belum posting hehehe baba kata tak payah posting ngajar..balik nti sambung belajar lg heheheh saya suka saya suka...heheheh saya suka belajar...

Monday, June 4, 2012

tenang...

assalamualaikum...






Al-Quran merupakan terapi terbaik bagi meraih ketenangan. Allah s.w.t. telah berjanji dengan firmannya:
 “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan tenteram.”
Ar-Ra’ad : 28
Banyakkanlah membaca Al-Quran sambil memerhatikan  makna ayat-ayatnya.
Sesungguhnya pada ayat-ayat Al-Quran itu penyembuh dan rahmat bagi orang-orang beriman. Al-Israa’ : 82
Jadikanlah Al-Quran sebagai sumber pencarian ketenangan dalam melayari kehidupanmu seharian. Carilah penawar zahir dan batinmu dengan Al-Quran.

jom kawan2,sahabat2 kita berdamping dengan Al-Quran...jadikan Al-Quran sebagai teman...

Saturday, June 2, 2012

aqilah sayang....

assalamualaikum...

Aqilah tak leh baca pon blog nih hehehe tapi mitak maaf ngan aqilah jugak ...mggu lepas 26 mei adalah genap umo aqilah 2 tahun...mama igt nak buat satu N3 special utk aqilah sayang...tapi mama terlalu sibuk  ...super duper busy hahaha.. dan campur" tk igt" :)

UTK NUR AQILAH KHALIDA...PUTERIKU SAYANG

nur aqilah khalidah..
satu nama...
yang begitu indah, begitu rupawan
Begitu lincah, begitu ceria
Kau hadir menyempurnakan hidupku
Kau datang membawa semangat baru
Walau kadang tangismu membawa kecemasan,
keaktifanmu memeningkan kepala,
Tapi tawamu memecahkan kesunyianku
Kuhujani kau dengan cinta
Kuhangatkan kau dengan peluk dan kasih sayang
Terima kasih buah hatiku
Kau telah berikan warna dalam hidupku
Kebahagiaan seperti ini
Kebahagiaan memilikimu….

i love you baby.....


2 month
8 month
1 year
2 year

MOGA JADI ANAK SOLEHAH YER BABY.....AMIN...

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..