Thursday, May 31, 2012

malas masak....

salam tghri utk semua....assalamualaikum....

penat tak masak,,hari2 kena masak..pagi petang masak..masak masak masak...huhuhu tapi nak ke taknak kena jugak masak sebab kalu tak masak nak makan kat mana...tkde kedai makan halal kat sini..adalah sebiji dua tp kedai orang belah timur tgh..makanan kebab ala2 arab gitu ada la..tp tk minat la..dulu ada satu kedai thailand dekat ngan rumah,memang sedap.masakan thailand..macam citarasa kita orang malaysia la...tp owner restoran tuh dah balik thailand.. skrg restoran tu dah tak halal huhuhu...kdg2 saya tak masak pon utk makan malam hahaha ada satu malam tuh..saya cuma tanak pulut jer...seumur hidup tak penah saya tanak atau kukus pulut..sejak dtg us nih la saya belajar meneroka semua keja2 yang mustahil bagi saya hihhihihi...nak tgok pulut saya dan menu makan malam saya di satu malam yang hening itu hehehe...


pulut kuning special dari mama utk baba tersayang sebagai dinner hahaaha pulut ni di makan dengan ayam kerutub...macam ni rupa ayam kerutub saya..

penuh dengan kuah hahah senang utk di cicah hihhihi

mmmm apa2 jela kan..asal dpt makan..nasib baik suami saya tak kisah jer..makan jer apa yang ada..hehee alhmdulillah senang keje...ayam tu menu utk tghari..saya dah buat banyak2 senang keje...

Wednesday, May 30, 2012

duhai anak...

Assalamualaikum...

selamat petang utk warga usa..dan selamat pagi untuk warga malaysia..:) 
nak tgok apa yang berlaku tghri tadi....

mama dah kemas2 bilik diorang...bantal semua dah susun
semua sahabat2 kecil..teman2 tido diorang dah terususn rapi,
lepas tu mama kemas bilik mama pulak..dlm masa 15 minit..mama jenguk balik bilik diorang...

aik..mana pegi semua bantal..

ini ghupe nyer keje diorang huhuhu
siap tido lagi heheehe

apa nak di kata kan...ini lah anak2..nak di marah..kecik lg..masih tak ngerti apa2..so mama..senyum jelah..pasni kemas balik..pahtu sepah2 balik..kemas sepah kemas sepah..itu dah biasa hehehe

Tuesday, May 29, 2012

adik2 iowa

ASSALAMUALAIKUM...

saja nak merakam ucapan terima kasih pada adik2 dari iowa...fiqah,dayah,ijan dan hanisah kerana sudi menyinggah semasadlm perjalanan ke california...masa perjalanan diorang balik pun ada jodoh lg kami nak berjumpa..muiz sampai nangis2 nak ikut kakak2 nih balik huhu sian muiz..
senama pagi sebelum pergi hehehe

nti kalu rasa boring2 jemput dtg lg yer hehehe

Wednesday, May 23, 2012

SPAM!!!!!!

assalamualaikum....
sahabat2 yang saya sayangi semuaa...blog saya nih dah kena spam tau..huhuhu so kdg2 tkleh nak buka kdg2 boleh..itupun kena usaha banyak kali huhuhu
sape2 ada cdgn nak wak cmana yer..huhu rasa nak nangis...ini jela tempat saya bercerita..adik beradik nak tgok gambo anak2 buah diorang..sebenarnya FB ada..boleh jer nak masukkan gambar untuk tatapan orang kat mlsyia yang rindukan kami hihhihi tp saya tak suka sgt masuk gambar dlm fb..terlalu umum rasanyer...sikit2 tu boleh la...jadi blog nih jelah temapt saya hilangkan rasa bosan,bercerita,kongsi pengalaman,kongsi ilmu dan sebagainya...doakan yer moga blog nih akan selamat dari hantu2 SPAM yang merayau2 tuh hehehe :)

nak try post nih..kalu berjaya maksudnya blog saya masih ok...hehehe amin..bismillahhirrohmanirrohim...

Sunday, May 20, 2012

peringatan buat mama....


Assalamualaikum....penatnya malam nih...apa lg kalu budak2 meragam,bergaduh,berebut sana sini...jeles la...abg buat adik,lepas tu adik buat abg..gaduhhh...mmmmm sabar jela kan...duduk 24 jam ngan anak2 ni memang kena kuat sgt sabar...nak share ngan kawan2 ,ibu2 kat luar sana...jom baca...( special buat saya la hehehe ) 

nih masa muiz umo 2 thun..aqilah dlm 7 bulan..kalo tak silap la hehehe

Ibu bapa pasti ada masanya merasa geram dan hilang sabar dengan kerenah anak kecil yang kadang-kadang menangis, meragam dan sebagainya. Pastinya kita sebagai ibu bapa tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi yang terganggu.

Mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah dan perlu diperhalusi setiap perlakuan kita kepada mereka. Mereka adalah amanah Allah kepada kita dan wajib dididik dengan sebaiknya.

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?

1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.

Anak-anak anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Sayangi dan didiklah mereka dengan sebaiknya, supaya mereka menjadi saham-saham kita di akhirat nanti

Friday, May 18, 2012

kerabu cilantro....

assalamualaikum....

hari nih nak kongsi resepi yang sgt best..super duper sedappp hehehe kat tekak saya la..kat tekak orang lain belum tentu kan..tp boleh cuba dan memang berkhasiat...guna daun cilantro ( atau bahasa kita daun ketumbar...kalu tak silap la hahaha...daun ketumbar nih kan sahabat2 banyak khasiat...bagi sape2 yang ada gout ( betul ke dok ntah eja hahaha) sila rebus dan minum airnya..utk penyakit kencing manis.batu karang buah pinggang..insya Allah kita hanya berusaha kan...ataupun kelate panggil daun sup..yeke..bakali la..

Kerabu cilantro

bahan2

daun cilantro (ketumbar) sebanyak mana yang mungkin..lg banyak lg best  ( pada saya la sebab saya sukaaaaa sgt bau dia yang mmmmmm....:)
tomato ( potong nipis2...)
kacang tanah( digoreng tanpa minyak dan tumbuk kasar ( nak blend boleh tp jgn halus sgt)
udang kering ( digoreng tanpa minyak sampai garing dan tumbuk kasar
asam limau nipis...kuantiti terpulang sebanyak mana kuantiti daun cilantro..
sos ikan ( utk masin kan kita punya kerabu... 
cili padi ( terpulang nak banyak mana)di potong halus...jgn tumbuk yer takut nti tahap kepedasan tak terjangka hihihi

sorry yer tkleh nak ckp kuantiti sebab main belasah yang penting sedappp...

campur jer semua tuh..haaaa senang je kan...daun cilantro tuh potong la kecik2 dulu...jgn pulak di masukkan sekali ngan akar2..hahahaa...kerabu nih tk payah masuk garam..dia akan masin dengan sos ikan...dan masam dengan asam limau...ummmmphhh bestnyerrrr....air limau nipis kena banyak la sebab itu yang akan menguahkan( betul ke ayat nih hahahaha) nak kasi kuah banyak kan...kalu rasa masam sgt tambah sikit air ( air masak tau, jgn buh air kopi hahahha ) kalu tawar tambah sos ikan ( jgn buh sos cili pulak hahaaha )

gambar kerabu saya belum di masukkan dlm laptop masih dlm kamera...tak jumpa kabel kat mana hahaha..jadi saya masukkan gambar nih dari rumah kawan kat sinila..kak za greely colorado...yang berjaya menyiapkan kerabu ini dengan jayanya hehehehe....resepi asal dari kak maz yang duk wisconsin..diturunkan kepada kak Qees dan tersebarlah ke seluruh malsyian di fort collins hehehe

gambo nih kredit to abe ji...ambik dari fb dia hahaha..lepas tgok gambo nih la tido tk lena mandi tk kenyang makan tak basah..lepas tu hari2 msti pekena daun nih..mmmm memang sedap...daun dia nih..buat ulam pon sedap...

tu dia...kerabu tuh yangdlm bekas hijau kekuningan tuh...yang kat sebelah tu timun cina aka watermelon ..jgn tersilap ihihihihih

sekian...

Monday, May 7, 2012

saya rindu...

Assalamualaikum...

takde apa yang diucapkan...saat ini terlalu merindui DARUL QURAN, kemanisan ukhwah yang terpancar indah dari tulusnya hati yang suci...bi'ah dan ketekunan bertadarusan yang amat memberikan ketenangan dan kedamaian...tutur kata dan ajaran muallim muallimah yang sentiasa kekal diingatan...saat ini.ketika ini baru dirasakan betapa beratnya tanggungjwab seorang HAMLATUL QURAN... ampuni kami ya Allah andai kami tidak mampu menggalasnay dengan baik...berikanlah kami kekuatan untuk terus bermujahadah keranaMU...amen..saya rindu tempat ini..saya rindu mereka semuaaa...saya rindu ketenangan dan kedamaian itu...

dulu my darling keje kat upsi..masa tu best nyer rasa..boleh la saya keje kat DQ...jarak dari upsi ke DQ lebih kurang setengah jam jer...dekat sgt...tp bila pindah ke UKM...musnah harapan..huhu Allah dah tentukan segalanya..

jom kita menjamu mata menyaksikan indahnya bumi DARUL QURAN KUALA KUBU BHARU SELANGOR...

ni kat depan pintu masuk..ini gambar lama..sekarang nih tak tau dah ghupe pintu depan DQ mcm mana...huhu
masjid kami dikelilingi bukit yang menyejukkan mata..kehijauan...kabus yang sungguh indah
panorama yang menyentuh kalbuku...rinduu
INI PAKAIAN RASMI KAMI SEPANJANG 3 TAHUN DI DARUL QURAN...SUNGGUH TENANG BERPAKAIAN SEBEGINI...
nih ambik dari tenet..hehehe comel

ini dlm perpustakaan, boleh nampak air tasik dari tepi tingkap tuh..indahnya..

kebanyakan gambar nih saya ambik dari intenet..semua gambo2 simpanan saya berada dlm album di malysia huhuhu nti nak kena pos nampak gayanyerr....masa 12 tahun dulu kan takde kamera digital..guna kamera biasa pastu cuci huhuhu ....

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..