Saturday, January 7, 2012

study study esok exam hahaha



dua budak nih sibuk baca buku..aqilah tok sempat nak pakai seluar pon...abe muiz dah panggil utk study hahahaha..inilah keje dua ore budak nih kat umah...abe muiz siap pegang aqilah...takut aqilah lari hihihi...nk suruh aqilah dgr cerita yg dia baca la tuh..ada2 ajelah..

khusyuk nyer abe muiz...





hahahaha rupanya inilah buku yg diorang duk baca hahaha..mama ambik gmbo pon terbalik hik hik hik

Friday, January 6, 2012

utk kak joh...

dari jendela rumahku heheehe tempat ku termenung tatkala merindui kalian hik hik

ini di depan rumah ku...

model2 yang disediakan utk mok jah nyerrr hehehee

masya Allah..seolah2 mereka sedang berbicara

dibuai angin nan lalu..membawa khbr kerinduanku

indah nian...sejuk mata memandang

satu ketika disenjakala...saatku merindui kalian huhu


entri ini special ku persembahkan utk kakakku yg suka sgt pada pokok tanpa dedaun...hehehe musim fall ( autum) dan winter gini la pokok nyer yer kakakku yg dicintai,disayangi dan dirindui :) kalo ada rezeki buleh la mai sini tgok sndiri..kalu tk dpt mai amerika..buleh gi korea pon dah di kira ok..betul dok kakakku ??? hehehehe
miss u soooo muchhh....:(
bila agaknyer kita buleh bersua lg...rindunyer pada semua adik beradik..mek ayah..arwah mok...huhuhu walaupun semua orang ckp seronok duk us....tp bagiku bersama keluarga di kg lg seronok...huhuhu sabar2...panjang umur kita jumpa yer...

nak balikkkkkkkkkk!!!!!!!!!

Thursday, January 5, 2012

aqilah dan bestfriend nyerr


hai babyyyyyy...are u okayyy??

talk to baby...

dodoi baby...

Kiss babyy...mmmmuaaahhh...hek hek

inilah kawan baik aqilah..nak ke mana2 msti kena bawak..nak tido msti kena ada kat sebelah..kalo tkdok bising la huhuhu...



dua inilah kawan aqilah...






Tuesday, January 3, 2012

Assalamualaikum...

kali ini cerita mengenai tetamu lg...kami mendapat kunjungan dari kawan dari lincoln nebraska..owh..sebelum ni dah dapat kunjungan dari dua orang anak dara juga dari nebraska..raihan dan hasanah..


terima kasih raihan dan hasanah kerana sudi menyinggah ke teratak kami..hehehe

minggu lepas menyusul pula family nadiah dan zaki juga dari lincoln nebraska..seronoknya dapat melayan tetamu..dapat tgok safiyah yang comel dan syakir yang gebu hehehe..

3 mak dara berposing dlm snow...
eh eh abe ji kak ria pon ada jugakkk hehehhe
syakir yang gebu...suka menengok nyerrr...

safiyahhh...suka sungguh dia dengan big elmo tuh hehehe ghalik menengok nyer



terima kasih semuaaa kerana sudi menyinggah ke pondok buruk kami hehehehe insya Allah panjang umo murah rezeki kita jumpa di lincoln pulak..hehee :)

Tetamu jauh..

Dengan Asma Allah yang maha agung

Dah lama rumah 16f nih takde kunjungan dari tetamu jauh...bulan 7 haritu es satu keluarga datang menyinggah..walaupun hanya 3 hari 2 malam..ckup untuk menghilangkan rasa rindu pada es yang dah lama tak jumpa..kali terakhir jumpa tahun 2004 kalo tak silap la..masa tu sama2 ditahun akhir DQ..





terima kasih es dan hazrul kerana sudi menyinggah..insya Allah lawatan balas akan menyusul seandainya kami dimurahkan rezeki hehehe...








kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..