Tuesday, April 19, 2011

Allah sentiasa bersamamu...

Dengan asma Allah yang maha agung


 Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan tapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya....
begitulah dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..
Jika rasa kecewa pandanglah ke sungai,Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang....
Jika rasa sedih pandanglah ke langit,Maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...
Jika engkau pernah dikecewakan,bukan bermaksud Allah tidak menyayangimu..tapi Allah hanya ingin memberikan yang terbaik kepadamu...Jika engkau pernah rasa sakit kerana disakiti seseorang,bukan bermakna Allah membencimu namun Allah ingin menganugerahkan seribu kekuatan dalam dirimu...agar menjadi insan yang kuat dan tidak lemah dalam percaturan hidup yang hanya sementara...

Yakin dan berdoalah..mohon segalanya hanya kepada yang berhak,alirkan air matamu hanya kepada yang berhak,halakan tangisanmu hanya kepada yang berhak..mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kepadamu sesuatu yang tidak engkau jangkakan..kerana Allah itu maha berkuasa dan maha luas kekuasaanNya..Yakinlah dengan janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janjiNya..

tinta mama
4.40am

Monday, April 18, 2011

rinduku bertaut...

Dengan Asma Allah yang maha agung...



kerinduan ini menyapa lg..
.rindunya kepada gelak tawa adik beradikku...
rindunyer kepada sepasang mata redup ibuku dan sesuci wajah ayahku...

kerinduan menyapa lagi..
ya Allah..bilakah saat indah sebuah pertemuan akan Kau anugerahkan kepadaku....
betapa kerdilnya aku ya Allah..
terlalu lemah dengan ujianMu..
kuatkan aku ya Allah...

rindunya daku pada seraut wajah nenekku yang telah pergi jauh...
ya Allah..berkati lah semua insan2 yang aku sayangi ini...
tempatkanlah roh nenekku bersama org yang beriman..
bahagiakanlah nenekku disampingMu..

tinta mama 2.30am
fort collins...

Friday, April 15, 2011

gelagat mereka berdua

DENGAN NAMA ALAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

ya Allah..inilah keje aqilah duk bawah meja

mama duk masak diorang masak jugak sama2 hehehe

muiz kalu tak menyakat aqilah,tok sedap duduk huhu


keje aqilah menggeledah segala benda..

ini pun sama..mmm pening kepala

sebahagian daripada toy askar berdua..

semua kempunan nak keluar tp cuaca sejukkkk sgt menghalang..huhu siannyerr

inilah kegiatan harian mereka,memanjat,melompat bergaduh dan mcm2 lg aktiviti yg canggih2..




Thursday, April 14, 2011

adik ilah lg.







pulut berinti

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang



pagi ni rasa nak makan pulut..try intai2 internet..jumpa la resepi pulut berinti..mmm..nampak mcm best..try masak..ni first time tau..hihihi dulu2 masa duk malysia nak makan je bleh suruh org kedai masak..ataupun balik kg suruh mak masak atau beli kat kedai pok cik usin yg selalu ada kueh muih waktu pg..mm bestnyer andaiku berada di malaysia bumi bertuah kelahiranku...hehehe...kat sini semuaaaaaaaaa kena buat sendiri huhuhu...ujiannn sungguhhh utk saya yg malas masak hahaha....

 haa..inilah rupanya pulut berinti yang dah masak...best jugak hehehe...jom kita sama2 konsi rahsia mcm mana nak bikin pulut berinti...


bahan2.
  • beras pulut (mestilah ada kalu tok tak bleh panggil pulut berinti)hahaha
  • santan
  • gula melaka
  • daun pandan
  • kelapa parut
  • garam
  • gula
  • air
  • tepung jagung
caranya senang saja tauuu...gini :

Untuk pulut :

Beras pulut kena rendam dengan air dan biarkan selama 3 jam paling kurang...kemudian kukus beras pulut tu selama 20 minit..keluarkan dan gaulkan dengan santan kemudian kukus lagi selama 20-30 minit sampai pulut tu dah betul2 masak dan lembut....ketepikan pulut yg dah masak best tu hehehe

Untuk inti :

Masakkan gula melaka (sekadar utk cairkannya..campur dengan sdikit air..) kemudian masukkan daun pandan dan kelapa parut..kemudian msukkan garam dan gula secukup rasa dan last masukkan tepung supaya keras ckit adunan tu..hehheehe

dah siapppp...boleh makan pulut tu cicah ngan inti kelapa manis...sebab tu dipanggil pulut berinti...selamat mencuba...











Wednesday, April 13, 2011

kenangan konvo ukm..fakulti pendidikan


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG


dengan umi bashirah fariha...sekarang ngajar di sarawak.



dengan syakirah syafie..sekarang di melaka

bersama nabilah sekarang di sabah

bersama amy sekarang dijohor

bersama farah sekarang di serdang selangor

kami 6 sahabat selamanya insya Allah

cewah..gaya mama muiz


Inilah kami di ukm,bersahabat selamanya insya Allah...dunia akhirat ameen






kurinduiii...

dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
mek tercinta....

ayah tercinta...

kami adik beradik..sama kan...hehehe

kami adik beradik...



comelku



Tuesday, April 12, 2011

malam oh malam


selamat malam..skrg kat us pkul 11.49 mlm...anak2 ku masih bertenaga dan bersemangat bermain..hubby takde..gi lab..study dan sebagainya..huhuhuh...aku????????? beginilah aku..termenung rindukan malaysia dan rakyatnya...ya Allah..dah sebulan seminggu aku kat bumi US...tp masih kuat rindunya aku kat family malaysia..huhu...sekarang waktu mlm.....aku suka malam..kihkih tau kenapa?????sebab esok akan bermula hari baru..dan semakin berkuranglah hari2 yg membosankan aku utk duk US ni..dan bertambah dekat aku untuk balik malaysiaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!yahooooooooooo...com..hihihi apa nak buat ye supaya aku seronok tinggal kat sini???entah ler...mati kutu,buntu dan tak bermut aku dibuatnyer...nak masak takde semangat sebab apa...cili kat sini pedasss...( ada cili yg tak pedas tp belum jumpa kikiH)huhu bahan basah tak fresh...semua frozen...( ayam ikan sotong udang) semuanya air batu...nak memasak kena keluarkan dan biarkn 10 jm bru bleh masak..hahaha...adoii...tk seronok laa...tp kena hadapinya dengan tabah...mcm mana nak tabahh ye????mmmm...aku tak sekuat orang2 yg kuat...imanku lemah kot sebab tak bleh redha lg bahawasanya Allah dah taqdirkan aku duk bumi US...kuatkanlah imanku ya Allah...
lambatnyerrr nk pagi...dah pagi??...yeye..bertambah sehari aku kat sini...hehehehhehe

nk balikkkkkk!!!!!!!!!!!!

Monday, April 11, 2011

selesanya sayaa...

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA  PENGASIH DAN PENYAYANG

 aqilah yg paling selesa atas flight masa nk dtg us..hhehehe




mcm2 ragam

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIH

abaikan barang2 yg sepah2 kat belakang tuh..hihihihih tgh kemas nak balik KL..sepah2 umah tok ayoh..



cewahhh..aqilah berposing...tp iman tgok tmpat lain....huhuhu

aqilah..jgn sentuh bontot anak dara ore tuh!!!! hekhek

iman tok bleh duduk lg..hehehe kena pegang takut jatuh..pegang2 jgn tak pegang kihkih

entah apa la yg dibincangkan dua beradik nih...hehehee hanya mereka yg tau...kehkeh
sepupu yg sama usia...semasa saya lahirkan aqilah,adik saya ah tgh sarat tunggu maasa nak bersalin...umur aqilah 3 mggu maka lahirlah anak sulung ah iaitu IMAN..sepupu yg jadi mcm kembar...NUR AQILAH KHALIDAH dan NURUL IMAN HAFIDZAH..mcm kembar kan...cuma bezanyer IMAN lagi cerah kulit daripada AQILAH..hihihhhihi..suka tgok gelagat mereka berdua...tp sayangnyer mereka berdua tidak dpt membesar bersama2...aqilah dah tinggal IMAN jauh...jumpa nti 4 thn lg ye IMAN...hehhe masa tu AQILAH dan IMAN dah besar...dah bleh jadi kawan..main masak2 sama2 ye.heheh

Feel abe muiz...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA MENGASIHANI

g

manisnyerrrr senyumannnn..hahahah..tapiii bila anak nangissss..masya Allah...
hahahaahahah!!!!

hahaha buruknyerrr

lagi tok comellll...

hilang kemanisan...

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..