Tuesday, February 25, 2014

cekodok mama budak baru belajar


Assalamualaikum...

 Apa khbr smua!!!! harini mood saya rajin...muiz sekolah..aqilah je duk kendong Minnie mouse dia sana sini..main sorang2...mama?? ada masa la nak bebel ckit kat sini..masak dah ke utk lunch? dok lg...hihihi tgh tunggu ayam lembut ckit....awal2 tk gaduh masak..masuk pkul 11 pg baru kalut nak masak...nak kena fikir lg nak masak apa...kdg2 stress gok masak sokmo...tk baik kan...memula duk sini dulu stress la..asyik fikir menu jer..sampai tkde masa nak fikir enjoy diri sndiri hhihi...saya nih bukan pndai masak asal nyerr...mai sini la merubah segalanya...
 
satu benda yg saya memang tk pndai (dulu la) nak buat cekodok bawang/ikan bilis yang gebu tnpa guna serbuk penaik...belajar punya belajr memang tk jadi...pastu kan harituh saya ada jumpa satu reseipi guna air panas menggelegak...msuk dalm gndum tuh..pastu goreng la...Alhmdulillah..akhirnya terurai la satu msalah yang menimpa saya selama ni..lepas nih tgh2 malam kalau ada orang request nak makan simple boleh la masak cekodok nih..seronok nyerrrr...
 
nak tgok tak?? hehe ini dia...
 
 
 
gebu sgt...anak2 pon suka..cicah dengan sos popia tuh...

 
 
aqilah mcm biasalah smua benda dia cicah ngan mayonise..dia kata sos merah untuk abag muiz saja..pelik3..mama tok lalu nak makan kalu cicah mayonise..dia selamba je makan dengan banyak pulak tuh...

 
resepi dia saya copy dari Sini

Bahan-bahan :2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas
sedikit air paip, jika perlu
sedikit hirisan bawang merah
sedikit ikan bilis, ditumbuk
sedikit garam
2 cawan minyak, untuk menggoreng

caranya..

1. Satukan tepung, garam, bawang dan bilis ke dalam sebuah mangkuk.
2. Tuangkan air panas dan gaul hingga basah. Jika kurang basah, tambah sedikit air paip.
3. Adunan menjadi seakan berketul dan 1/2 masak.
4. Bulat-bulatkan adunan kecil-kecil.
5. Panaskan minyak dan masukkan cucur. Goreng hingga kekuningan.
6. Angkat dan toskan.
 
bulan 2 dah nak hbis kan...mggu depan nak masuk bulan 3 dah...cepat masa berlalu...dah dekat nbalik mlysia..rasa sayang dan sedih pulak nak tinggalkan bumi Colorado..huhuhhu...tkpe...ada banyak bulan lg...nikmati dan jalan sepuasnya.. :D
 
 
tinta mama
10.25PM
 
p/s : masa untuk siapkan barang2 nak masak...harap2 balik mlysia nti semangat kerajinan masak ni kekal ....jgn asyik nak order tomyam jer (macam sblum mai USA dulu) hhihihi
 
 

Friday, February 21, 2014

kuih apam beras senyum manis

Assalamualaikum wbt
 
salam senyum....setelah lama tk senyum kt blog nih..maka harini  saya kembali.....mcm mana eh nak suh rajin update blog...huhuhu...kembali nya saya adalah untuk menunaikan permintaan sahabat-sahabat mcm mana nak buat kuih apam beras...sebenarnya dah 3 thn lepas lg saya ambik resepi nih..dah tk tau dah kt mana link dia...kalu ada link senang kan..boleh share je link dia kt FB...saya ni jenis bila ambik resepi..tulis cntik2 tepek la dekat mgnet peti ais..lekat la kat situ..kdg2 ada org yg terlebih rajin duk kutip magnet tuh..maka hilang la resepi mama...nasib baik dah banyak igt...
 
Apam beras ni kan,kalau google banyakkkk sgt resepi..ada yg pakai eno pon ada..kt sini saya tktau nak cari eno kt mana..pastu takut pulak bahaya kat budak2...bahaya ke ek?? jadi cari resepi yg senang2 nak buat...
 

 
 
resepi dia mcm ni jer
 
 
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil yis (terpulang la yis nama apa...kt mlysia popular mauripan kan..)
(satukan bahan2 kering di atas)
 
2 cawan nasi...*
1 1/2 cawan gula putih...(resepi asal guna 1 cawan gula putih 1 cawan gula perang)*
2 1/2 air (untuk blander nasi nti)*
 
kelapa parut
sedikit garam
(gaulkan seckup rasa)
 
caranya...
 
 ( blender yg bertanda * sampai nasi tu betul2 hancur..kalau ada blender kitchenaid lg power,..memang hancur betol hihih... )
 
pastu masukkan bahan2 kering (tepong)dlm bahan2 yg diblender tadi..perapla dalam lebih kurang 4 atau 5 jam...pastu kukus la dalam beks silicon bentuk ikut suka...bekas tu kena beli la,.,,saya tk jumpa pulak silicon jadi saya guna bekas yg mcm dalam gmbr kt bawah ni..beli kt walmart...hihih 89sen dpt 4 bekas...kikikiki
 
selalunya kalau utk breakfast saya akan perap sblum tidur..bangun2 dah boleh kukus...kalau utk minum petang..masa tgh masak untuk makan tgahri..siapkan  terus adunan ni..dalam pkul 4 boleh la kukus.,..sedang elokla....
 
kejadian sblum kukus


kejadian selepas kukus...
 
kalau nak dia senyum mani lebar...kukus guna api kuat...kalau nak dia senyum ckit jer..guna api perlahan...kukus dalam 15 minit ja...ckup la.
 
pastu kalau nak kasi mcm2 colour cntik..lepas dah diperap 5 jam tuh.bahagi la pada bebrapa bahagian..kalau 3 colour..3 bekas la...masukkan food colouring...(saya guna sirap...pandan paste...yg kuning je guna food colouring...) boleh cmpur2 colour tuh..kasi chantekk... terpulang pada kreativiti masing2...

masa nak makan gaulkan dengan kelapa tuh..sdappp...

 
 
selamat mencuba...
 
tinta mama
12.57PM...
 
p/s : dah tgh malam niiiiiiii....semua org dah tidur..bunyi angin kuat kt luar tuh...mama dah tertidur tadi dlam perjalanan balik dari dnver...pastu masa tidurkan anak2..tertidur lg sekali,..kuatnyerrr tido...tu yg makin membolatt.,...huhuh...sudahnya masa org lain tidur..kita pulak terkebil2 tkleh nak tdo.. :)

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..