Sunday, December 18, 2011

keranaku isterimu...




Allah menciptakanku sebagai seorang wanita, Allah menciptakanku untuk menjadi seorang yang istimewa. Allah menciptakan bahuku cukup kuat untuk menopang dunia,namun, bahuku cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Allah memberikanku kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

Allah memberikanku sebuah kekerasan supaya aku  tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluargaku dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

Allah memjadikan diriku peka untuk mencintai anak2 dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak2 bersikap sangat menyakiti hatiku ( masih budak2 biasala)

Allah memberikan aku kekuatan untuk mendukung suamiku dalam kegagalannya dan melengkapinya dengan tulang rusuk suamiku untuk melindungi hatinya."

Allah memberikanku kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang2 menguji kekuatanku dan ketetapan hatiku untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

Dan akhirnya, Allah memberikanku air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus milikku untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

wahai suami...Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Ya Allah..satukanlah kami disyurgaMu sebagaimana kami disatukan dengan izinMu di dunia ini...amin..

Monday, October 17, 2011

keberkatan rezeki

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”

( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Sunday, October 9, 2011

rempah ratus

Dengan Nama Allah yang maha agung...

nak share ngan sape2 yg bermasalah mcm saya dlm masa nak masak dan nak beli barang2 utk masak hahahaha...kat usa nih smua bahasa ore putih...saya ni dah la kurang mengenal jenis rempah ratus apatah lagi nak tahu bahasa omputih nyer huhuh so kita sama2 belajar yer hehehehe :) insya Allah lepas ni bila2 nak gi denver boleh la beli barang complete ckit utk masak da boleh masak sodap2 hihihihi...jom kita tgok dan belajar mengenal....

spices
1. Kulit kayu manis – Cinnamon
2. Halba – Fenugreek (English), Fieno Greco (Italian), mayti, methe, methi (Indian)
3. Bunga Cengkih (Cloves)
4. Lada Hitam – Black Peppercorns
5. Lada Putih – White Peppercorns
6. Bunga Lawang – Star Arise
7. Buah Keras/kemiri – Candlenut
8. Jintan Manis – Fennel
9. Jintan Putih – Cumin
10. Ketumbar – Coriander Seeds
11. Onion Seed – Habbah Sauda (Arabic)
12. Buah Pelaga – Cardamom
Others (not in the picture) will be:
* Lengkuas – Galangal
* Asam Jawa – Tamarind
* Bijan – Sesame Seeds
* Daun limau purut – Kaffir Lime Leaf
* Serai – Lemongrass
* Tamarind – Asam Jawa

Friday, September 16, 2011

kuih bronok...( mata ikan)

Dengan Asma Allah yang maha agung



petang  nih anak2 nampak mcm ok...so terus fikir nak wak apo..hihihi..intai2 ternampak la sagu..haaa..dapat idea...kena intai resepi pulok..tkut tk jadi..so kena follow resepi intenet,,huhu..igt masa ngndungkan aqilah dulu..hari2 nk mkn kuih nih..gi beli kdai tp kdg2 tk kena ngn selera..ada yg tawar..ada yg lembek dan mcm2 lg..so skrg pndai wak sndiri..puah hati..jgn jeles hhihihi jom kita kongsi cmana nak buat...

bahan2 
1:       3 cawan air
2:      1 cawan sagu kecil
3:      3/4 cawan gula
4:      satu mangkuk kelapa parut
5:      sedikit garam
6:      beberapa titik sirap

cara2 nya..

1.   masakkan air bersama sirap sampai menggelegak (dlm bahasa KL mendidih..huhu ambo ore klate) 
2.   bila air tadi dah menggelegak,maka bolehlah di masukkan sagu..kacau sebati dalam10 minit kot..
3.   bila dah nampak mcm sebati sikit masukkan gula ( gula tk leh masuk awal sgt yer,,takut nti biji sagu tuh      tkleh hancur..okk..)
4.   kacau lg sampai gula hancur,,kacau lagi sampai nampak mcm likat dan pekat...
5.   bila dah pekat ( betul2 pekat yer) masukkan dalam loyang ( atau apa acuan yg diminati) 
6.   kukuslah lebih kurang dalam 20-30 minit...
7.   dah nampak mcm biji2 putih tuh dah hilang..makna dah maak la tuh..bolehla diangkat dan disejukkan..
8.   sejukkan kemudian potong dan digaulkan bersama kelapa parut tadi yng dah digaulkan bersama sedikit garam..

:) selamat mencuba

p/s : tersangat senang..ini first time ku buat dan sambil mendukung si kecil sekali sekala...huhu dan alhamdulillah..menjadi..hilang kempunan orang USA nak makan kuih nih...( kalu klate kita panggil cik abas guling) huhu

tinta mama
6.44pm
16f aggie village 
colorado..

(anak2 ku tido maka bolehlah berseronok ngan blog..kejap je..jap lg bangunlah askar tuh)dah tkleh pegang laptop dah..saba ajelah...it's hard work to take care of them..huhuh moga Allah kuatkanlah kesabaranku..

Sunday, September 11, 2011

contohilah dia...

Dengan Nama Allah yang maha agung...


yA Allah...jadikanlah hamba isteri yang taat dan ibu yang kuat,sabar dan tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga...


    FATIMAH AZ-ZAHRA' BINTU MUHAMMAD SAW...

'
 Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)


Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.

Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.

Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :

"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya

Sabar lah wahai para suami..

Ya Allah..berikanlah dan kurniakanlah suamiku kesabaran sepertimana sabar nya Rasulullah saw dan para sahabat Nabi saw...amen..
·
·UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad).
p/s : wahai para isteri...kalau boleh tahan diri dari membebel dan meleteri suami..wahai para suami..pandang dan renungilah wajah isteri anda..dialah teman,dialah isteri dan dialah segalanya bagi anda selepas ibu anda...perlakukan mereka dengan baik dan jujurlah..insya Allah...isteri tidak akan membebel  dan meleteri anda...

Thursday, August 11, 2011

ramadhan terakhirnya..


Saat ini..sekali lagi hatiku menyatakan kerinduanku padanya..

Sepatutnya kami menjejakkan kaki ke US sebelum Ramadhan tahun lepas..dan kami sepatutnya berpuasa di US tahun lepas, namun taqdir Allah mengatasi segalanya..visa kami sangkut selama 6 bulan..maka ramadhan tahun lepas,Aku dan anak2 berada di kampung berpuasa sebulan di sana..yayyyy betapa seronok nyer..( dah lama tak puasa lama2 cmni kat kg) abg terpaksa balik ke UKM utk menyambung kerja... sebulan berpuasa bersama keluarga tercinta merupakan kenangan indah buatku terutama bersama nenekku...sebulan ku berpuasa bersama nenekku, bersama nenekku ke bazaar ramadhan mencari kuih muih utk juadah berbuka kami..berbuka bersama..bersahur bersama..kadang2 nenekku tidak menjamah nasi pun waktu bersahur.( tak lalu katanya..)Aku terhibur melihat gelagat nenekku..satu gelagat yang aneh yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini...,iaitu dia akan mengikut sesiapa sahaja yang ingin berjalan-jalan ke mana sahaja...dia seolah2 ingin bersama anak cucunya sepanjang masa..namun kami akur pada kehendaknya..dia bahagia dan kami adik beradik bahagia..:) masya Allah.alangkah indahnya saat itu..

Penghujung bulan januari,akhirnya visa ku lulus dan kami sekeluarga terpaksa bersiap utk ke US..kami sempat balik kg berjumpa dengan mek ayah mok dan adik bradik...dua hariku dirumahku..nenekku adalah orang yang paling gembira bersama kami...akhirnya sampai sat kami kembali ke KL..pada hari terakhir..airmuka nenekku tidak ceria..dia hanya tersenyum hambar tidak seperti biasa..setelah bersalam dengan semua..tiba2 nenekku berjalan masuk ke rumahnya sebelum sempat ku bersalam dengannya..(tidak seperti biasa dia akan tunggu di tangga menemani hingga kami naik kereta dan akan melambai  tangan ke arah kami) Aku memanggilnya dan berjalan ke arahnya..bersalam dan memeluknya...( minta maaf ye mok..halalkan makan minum..insya Allah emah akan balik dan kita akan jumpa lagi) tak tahu kenapa dia senyap dan tidak berkata apa2..betul2 aneh..namun dia hanya tersenyum...manisnya senyuman itu..

Dan tanggal 31 januari,kami melangkahkan kaki ke US..impian abg utk ke US akhirnya tercapai..( bukan Impianku..) terasa berat hati nak melangkah pergi...pemergian kami diiringi tangisan kami adik beradik..nak jalan jauh kan..mcm2 boleh berlaku..masih teringt2 pesanan abg iparku abg din ( apa2 berlaku mah harus tawakal dan redha) aku hanya tersenyum..

hampir dua minggu kami di US..tepat jam 2 pagi waktu US..aku menerima perkhabaran sedih dari mlysia..subhanallah..betapa hebatnya Ketentuan Allah..aku hanya mampu menangis..:(

Rupanya Allah telah menetapkan sesuatu di sebalik masalah visa kami ke US..ramadhan tahun  lepas adalah ramadhan terakhirku bersama nenekku...kali terakhir bersamanya berjalan ke bazar Ramadhan.kali terakhir bersahur dan berbuka bersamanya...Rupanya Allah ingin memberiku sedikit waktu2 terakhir bersamanya..rupanya pesanan abg iparku bukanlah omongan kosong...semuanya taqdir..

Terima kasih ya Allah..memberiku peluang yang indah bersama nenekku utk saat2 akhirnya...tempatkanlah dia disyurgaMu ya Allah..bahagiakanlah dia di sana sebagaimana dia telah membahagiakan kami semua...

AL-FATIHAH UTK ARWAH MOK...
kami semua sedang menunggu giliran kami menyusulimu wahai nenekku yang tercinta.. 

tinta mama
3.00 am
fort colllins

Tuesday, August 9, 2011

syafaat anak yang meninggal semasa kecil...



 Dengan Asma Allah yang maha agung 


Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yg masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya "Apakah yg telah berlaku yg membuat tuan bertaubat dr kehidupan yg terdahulu?" Beliau menjawab, "Ketika dahulu saya seorang askar. Terlalu ketagih dengan arak. Sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang wanita hamba yg amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sgt syg kpd saya. Apb telah mula berjalan sedikit-sedikit, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah. Sentiasa dia bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yg mana apb saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tgn saya dan membuangnya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa. Ketika berusia 2 tahun, maka dia meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya. Sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah byk minum arak. Solat isya' pun belum ditunaikan. Dalam keadaan mabuk terus tidur.

Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dr kepala mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke padang Mahsyar. Ketika berjalan ke padang mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yg terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dgn laju. Dikuasai oleh perasaan takut yg amat sgt saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya berjumpa dgn seorang tua yg berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya. Saya meminta , "tolonglah tuan, ular itu telah mengejar saya!" Dia menjawab "Aku sgt lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hdpn nnt kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dr ular itu".

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat merbahaya lagi. Walaupun api neraka itu sgt dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pd ular itu saya hampir terjatuh ke dalam parit api neraka itu. Ketika itu saya mendengar satu suara yg agak kuat. "Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)". Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, "Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!. Mendengar kata-kata saya itu, org tua itu menangis sambil berkata, "Apakah yg aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sgt lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, hadapan sedikit ada lagi satu bukit dimana ada amanah orang2 islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yg akn menjadi asbab keselamatan kamu dr ular itu".

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular pun mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu byk tingkap yang terbuka. Tirai dr sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dr emas, dihiasi dgn permata yaqut & mutiara. Apb saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, "Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkn di kalangan kamu ada sesiapa yg merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya". Dgn serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak spt bulan purnama keluar dr dlm bukit itu. Tetapi saya dlm keadaan gelisah krn ular itu semakin menghampiri saya. Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, "Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!". Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya terjatuh pada anak perempuan saya yg telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, "Demi Allah! Itu adalah ayahku!" Dengan serta merta dia terjun pantas seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun lekas-lekas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yg terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya. Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, "Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AL-QURAN)yg diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yg telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang fasik--derhaka.[Hadeed: 16]'

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, "Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?" dia menjawab, "Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian". Saya bertanya, "Anakku, apakah musibah ular itu?" dia menjawab, "Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yg banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!". Saya bertanya lagi, "Siapakah orang tua yang warak itu?" Dia menjawab, "Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan." Saya bertanya, "Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?" Dia menjawab, "Kami semua anak-anak orang islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu".

Saturday, August 6, 2011

terima kasih semua...

Dengan Asma Allah yang maha agung



Terima kasih semua sahabat and sanak sdara di malaysia dan us yang memberikan ucapan dan doa sempena hari lahirku yang ke 29...sudah hampir 30-an diriku ini..tanpa sedar...begitu cepat masa berlalu..begitu pantas masa meninggalkan kita..banyak manakah kebaikan yang telah saya lakukan selama 29 tahun ini? entah..masya Allah..sepatutnya 29 tahun meniti usia sudah banyak kebaikan yang ditaburkan,sudah banyak sodaqah jariah yang diinfaqkan dan sudah banyak ayat Quran yang dihafal dan tetap diingat..malangnyer hanya sebesar zarah amalan kebaikan yang dibuat,hanya sebesar zarah infaq yang dilakukan dan sudah banyak ayat Quran yang sudah mula dilupakan..masya Allah...dengan hadirkan tarikh keramat kelahiran kali ini...menginsafkan diriku supaya lebih peka pada semua ini..

Berikanlah aku kekuatan ya Allah...kuatkanlah hambamu ini kesabaran...jadikanlah hambaMu ini anak yang soleh,jadikanlah hamba Isteri yang solehah,jadikanlah hamba Ibu yang penyayang dan penyabar dalam mendidik anak2..dan jadikanlah hamba pengikut yang setia pada junjungan besar Nabi Muhammad saw.dan hamba yang taat pada semua perintahMu ya Allah..

Selamat hari lahir utk diriku..:) Terima Kasih ya Allah kerana memberikan hamba nikmat umur..semoga dengan bertambahnya umur akan bertambahnya amalan hamba...ameen :)

Terima kasih kepada  abe ji and kak ria satu keluarga kerana menaja majlis hari lahirku hihihi :)

tinta mama
3.45 am
fort collins

Monday, July 18, 2011

hilangnya sebutir permata...





Dengan Asma Allah yang maha besar



air mukanya jernih sejernih hatinya...senyumannya manis semanis perjuangannya..riak wajah seorang isteri,bonda dan pejuang Islam yang akhirnya kembali kepada Allah dalam perjuangan Islam..masya Allah...betapa luhurnya hati insan ini...betapa agung pengorbanannya dalam menegakkan Islam..pemergiaannya hanya sekadar nama namun pahala amalannya terus mengalir hingga ke hari qiamat...obor perjuangannya tetap menyala...

Ya Allah...betapa terkejutnya mendengar kematiannya,wajahnya tidak pernah terlukis penderitaan yang ditanggung...tetap manis walau dlm kesakitan...mulianya hati insan ini...mampukan kita mengikuti jejak langkahnya..

semoga Allah menerimanya dalam dakapan kebahagiaan abadi...
ya Allah..tunaikanlah janjiMu pada insan ini yang sangat luhur dan ikhlas dalam menegakkan agamaMu..
ya Allah...kurniakanlah padanya kemanisan syurga yang engkau janjikan...
sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya..

ameen...

Wednesday, June 29, 2011

Monday, June 20, 2011

betapa indahnyer menjadi seorang muslimah

 Dengan Asma Allah

Petikan dari blog ummuafeera.blogspot.com...

Ustazah Yoyoh Yusrah...


Warafa’na laka zikrak (94:4)

Dan kami tinggikan sebutan namamu bagimu (94:4)


Itu janji Allah. Allah akan meninggikan nama-nama insan yang berjuang di medan dakwah ini. Sang Rasul diabadikan dalam setiap saat dan ketika. Namanya dilaungkan dalam azan dan fenomena azan ini berlaku setiap saat. Bilal misalnya diabadikan namanya juga sehingga kini. Setiap muazzin dipanggil dengan panggilan Bilal. Dan ramai lagi tokoh dakwah yang telah meninggalkan kita namun namanya harum mewangi ke seluruh pelusuk dunia.

Buat beberapa ketika saya merasai kemarau hati dalam dakwah dan tarbiah.Namun berita pemergian Ustazah Yoyoh Yusroh semalam memberi sentakan hebat. Air mata berjujuran jatuh saat akhawat menceritakan kisah perjuangannya. Hati basah kembali. Tiada yang mustahil buat diri ini dalam dakwah dan tarbiah.
Ustazah Yoyoh Yusroh adalah ahli politik hebat di Indonesia, merupakan ahli parlimen, tokoh penting dalam PKS. Memiliki 13 anak tidak sesekali membatasi perjuangan dakwah dan tarbiahnya.
Anak-anaknya adalah aset yang sangat bernilai. Putera sulungnya lahir pada 20 Disember 1985. Diberi nama Ahmad Umar Al Faruq. Anaknya yang paling bongsu berumur 8 tahun. Anak kedua A Izza Jundana, belajar di International University, Sarajevo, Bosnia. Puteri ketiga, Asmah Karimah, kuliah di Fakultas Pertanian UGM. Ustazah meninggal dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya ini.

Putera keempat, Huda Robbani lahir Oktober 1990, merupakan jaguh renang. Putera kelima, Shalahuddin Al Ayubi, lahir 13 April 1992. Putera keenam sampai ke lapan menimba ilmu di pesantren. Mereka ialah Jakfar Athoyar (lahir Mac 1993) di Gontor. Salma Salimah lahir April 1994, belajar di Ponpes Assyifa, Subang Jawa Barat. Muhammad Ayyasy lahir 13 April 1996 di Ponpes Al Hikmah. Ayyasy ini sudah menghafal Quran 30 juz. Putera kesebelas Abdulah Aminuddin, lahir 16 Januari 2000. Puteri kedua belas Helma Hamimah lahir Julai 2001. Puteri bongsunya Rahma Rahimah lahir Januari 2003.

Seorang ukhti menceritakan kisah ini semalam pada kami. Pada tahun 2009 Ustazah Yoyoh Yusroh, pernah bercerita. Ketika ke Palestin dia bertemu dengan dua wanita Ummu Mus'ab dan Ummu Hamzah. Dia ditanya oleh salah satu wanita Palestina itu.

"Berapa orang anak kamu?"
"Anak saya 13 orang", jawab Ustazah.

"Ohh..disini bilangan itu biasa-biasa sahaja. Karena anak kami rata-rata 14."

Pertanyaan kedua muncul. "Kamu hafal al-Qur’an?", tanya Ummu Mus'ab.

"Belum sampai 20 juz," jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun.

Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab.

Saat ukhti tersebut mengkhabarkan kisah ini, saya juga terdiam. Seakan-akan tiada alasan mengapa masih tidak menghafal AlQuran.

Kisah lain adalah kehebatan dia mentarbiah anak-anaknya. Setiap waktu solat, dia menyebut setiap satu nama anak-anaknya. Dan dia bangun tahajud, dua rakaat untuk setiap anak. Masya Allah!

Dalam satu majlis pada bulan Ogos 2009, beliau berbicara mengenai langkah menuju syurga dunia iaitu pernikahan. Subhanallah, luar biasa!

“Berbicara mengenai visi pernikahan, visi pernikahan itu adalah visi da'wah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi da'wah, apapun masalah yang tengah dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”

“Bagaimana dengan menunda pernikahan?”


“Ternyata apabila menunda pernikahan, maka akan menunda kelahiran dan kebangkitan umat, menunda pernikahan akan menghambat pertumbuhan atau penambahan umat-umat yang berkualitas. Bukankah Rasul senang dengan umat yang banyak dan berkualitas. Dan bukankah kita rindu dengan lahirnya kembali kepemimpinan Islam dan Islam menjadi soko guru seluruh alam ?”


“Bagaimana hubungan Ustadzah Yoyoh Yusroh dan suami?” Ustazah mengatakan, hubungan layaknya seorang da'i dan mad'u, ertinya suami-isteri harus saling mengingatkan saling menegur bila salah.

Moderator berkata, “Ustadzah adalah seorang wanita yang luar biasa, memiliki 13 orang anak, menjadi seorang anggota DPR RI.”

Jawab ustazah, “Saya merasa saya adalah seorang wanita biasa, cerminan saya adalah wanita-wanita palestina, 13 orang anak di Palestina adalah suatu hal yang biasa. Dalam keadaan yang tercekam, mereka dapat melahirkan banyak anak”.

Beliau pernah berkesempatan bertemu dengan wanita-wanita Palestina. Semasa taaruf, wanita-wanita Palestina memperkenalkan diri misalnya seperti, “Ana Ummu Maryam, ana hafidzah, ana muhandis". (Saya Ummu Maryam, saya seorang penghafal Al-Quran, saya seorang jurutera). Subhanallah!

“Kecondongan mereka akan dunia itu sedikit, sehingga mereka mudah untuk menghafal Al-Quran, mereka adalah wanita-wanita tangguh. Tak sedikit pun rasa sedih ketika anak-anaknya menjadi pejuang Allah dan menjadi seorang yang syahid. Mereka adalah wanita-wanita cerdas. Mereka adalah wanita-wanita yang dekat dengan Allah SWT. Persiapkanlah menjadi seorang istri dan ibu. Seorang wanita harus mempersiapkan menjadi ibu generasi, siap menjadi ibu sehat. Oleh karena itu perhatikanlah menu-menu makanan yang kita (wanita) makan. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang luar biasa dari seorang ibu yang luar biasa. Dari rahim inilah akan tumbuh embrio yang sehat dari seorang ibu yang sehat.”

“Pernikahan adalah suatu fitrah, ia bukanlah beban tapi kebutuhan. Dari rumah tangga muslim akan lahirlah khilafah fi ard. Dan satu kunci yang penting, kedekatan seorang hamba dengan Allah SWT. Ketika seorang hamba telah bertaqwa, Allah SWT akan memudahkan jalannya”.

Kadang kita rasa macam tak larat sangat. Penatlah dan macam-macam keluhan lagi. Fikirkan ustazah. 13 orang anak, pengasas AlQuran Centre Ummu Habibah, ahli parlimen, melanjutkan pengajian sehingga S2, seorang isteri, seorang murabbiah, seorang daiyah dan seorang hamba Allah yang telah berjuang sehingga akhir kehidupannya.

Kita juga mampu kan? Insya Allah, akan lahir lebih ramai lagi Ustazah Yoyoh Yusroh selepas ini.

Sunday, June 19, 2011

butter pancake(lempeng) and waffle

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH 

BUTTER PANCAKE & WAFFLE

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**

3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat 


dan siti letak mentega kacang dan honey kat tengah2..mmm sedapp..


picture belum semipat utk ditayangkan huhuhu ...next time  hihihihi

buah hatiku...heroku....

dengan Asma Allah yang maha agung...

duhai insan yang kucintai....

rasakan dihatimu secebis kasihku yang kian merinduimu..
biarpun kau tiada di mataku...
biarpun kau jauh dari sisiku..
engkau heroku...
engkaulah segalanya untukku..
...ku merinduimu....
semoga Allah memberikan kita peluang umur yang panjang...
untukku menyemai benih cinta dan menabur bakti padamu..
buat insan istimewa dihatiku...ayahhh...
SELAMAT HARI BAPA...

I LOVE U AYAH..MISSSS UUUU...

tinta mama
5.36 PM
aggie village
us

Monday, June 13, 2011

Goodwill

Dengan Asma Allah yang maha agung...

Terasa bertuah dapat menjejakkan kaki di Bumi US ini walaupun tak seronok sebab rindukan malaysia ( mek ayoh,adik beradik,anak2 sedara yang comel2..) huhu namun terpaksa menggagahkan dan menyesuaikan diri di sini..hanya untuk 3 tahun setengah lagi..yeyeye..dah dekat 5 bulan disini rupanya...
Ingin berkongsi dengan anak branak dan sahabat suatu benda yang tidak dijumpai di malaysia..
Goodwill adalah satu kedai yang menjual barangan terpakai yang disedekahkan oleh orang ramai...kedai ini tidak mengeluarkan sesen pun modal untuk membeli stok namun ia hanya menjual barang yang diberikan oleh orang sahaja...bestkan..orang kat sini memang mengamalkan amalan bersedeqah...sepatutnya kita kat malysia yang majoroti Islam mengamalkan amalan ini...barang2 yang disedeqahkan untuk dijual tu bukanlah barang2 yang buruk2 dan tak cantik..barangnya masih cantikkk...dan ada yang masih baru....
hebatkan...bukan goodwill sahaja malah ada lagi kedai2 lain yang menerima barangan yang hanya disedeqahkan dan dijual semula dengan harga yang murah...terlalu banyak orang nak bersedeqah sampai tak ckup kedai nak terima dan sebab itulah munculnya banayak kedai yang menerima sedeqah orang dan dijual kepada umum...huhuhu terpegun dengan amalan orang kat sini.walaupun mereka kafir tp amalan yang baik masih ada dalam diri mereka..kita sepatutnya jadikan contoh...

Antara barangan yang di beli kat goodwill..hanya beberapa dolar sahaja..

bantal yang kat belakang aqilah tuuuu,,masih cantikk dan empukkk ( abaikan mulut aqilah yang comot hahaha)

bola kesayangan muiz dan aqilah ( aqilah pun suka bola?? adoiiii...)

Baldi yang menjadi kegunaan utama kami di restroom ( abaikan si aqilah yang seksi tuuu heheeh)


 babaiii...kita jumpa lagi di siaran akan datang..tajukk keistimewaan USA...(walau macammana istimewa pun US nih.....saya tetap nak balikkkk..malaysia the bestttttt)
 

coach


Cantikkan beg di atas..ummm..teringinnyer nak memiliki... Antara keistimewaan us adalah beg coach jauh lebih murah dibandingkan malaysia..( coach adalah branded handbeg) duk US ni baru aku mengenali apa itu coach hahahaha...!!!harga separuh..kalu kat malaysia RM1400..kat US kita boleh dapat hanya dengan harga RM700-800 sahaja..semua ini adalah 100% original...kalu beli boleh pakai bertahun-tahun dijamin tidak akan mengalami kerosakan..best kan..setakat belum lagi mampu nak beli hikhikhik..tunjuk boleh la..ada rezeki lebih insya Allah..heheh boleh ye bang? hehehe abg kata bolehhhhhh!!! kuangkuangkuang...!!!

tinta dinihari...

Dengan Nama Allah yang maha agung dan amaha penyayang...

Dengan penuh kesopanan keyboard ni berjalan :)

Sedar tak sedar dah hampir 4 tahun diri yang kerdil ini bergelar isteri dan mama...
10 zulhijjah (20.12.2007) tanggal sah nya ikatan kami suami isteri...masih bergelar student lagi pada masa itu...semuanya telah ditetapkan oleh Allah yang kaya...tahun 3 di ukm bersama abg..saat yang indah :) kami hanya bertemu dihujung minggu....keperluan study ku yang memaksaku tinggal di hostel...( kolej Dato Onn dalam kenangan) abg menjadi tutor part time di OUM pada masa tu..alhamdulillah..berkat rezeki pernikahan...
April 2008 abg diterima sebagai tutor di UPSI...Allah itu mahaaa kaya dan pengasih kepada hambanya..memahami keperluan setiap hambanya...
Julai 2008 abg diterima masuk ke UKM sebagai pensyarah di fakulti yang sama dengan ku (fakulti pendidikan) berkat abg ulang alik menghantar dan mengambilku setiap hujung minggu..:)pada masa yang sama kami mendapat lagi anugerah Allah yang tidak terhingga..diri ini disahkan mengandung..Alhamdulillah..rezeki yang melimpah ruah dari Allah...
bermula Julai 2008 bermula lah kehidupan kami suami isteri di UKM...abg menghantarku ke mana sahaja ku ingin pergi..fuhhh..rasa macam puteri kihkih.....hehhe seronokkk..dulu selalu jalan kaki atau naik bas...letihhh tp hanya itu pilihan yang ada..berkat kesabaran..akhirnya Allah memudahkan perjalanan hidupku...tambahan pula semakin sarat mengandungkan baby sulungku...dengan perut yang besar dan penat namun study mesti diteruskan...asingment...presentation...perbincangan dan sebagainya tetap menjadi rutin utama namun tugas sebagai isteri tidak dilalaikan...
November 2008...adalah saat yang dinantikan..final exam terakhir di UKM...
December 2008 lahirlah Muhammad Abdul Muiz...
Mei 2010 pula lahir puteri kedua kami melengkapkan sepasang cahaya mata kami berdua..Nur Aqilah Khalida. ...
31 january 2011 kami berhijrah ke US untuk melengkapi keperluan study abg...meratau melihat keindahan alam ciptaan Allah...mencedok sebanyak yang mungkin ilmu Allah di muka bumi ini...
owh..perjalanan hidup yang telah diaturkan oleh Allah dengan begitu teliti dan amat teratur..terima kasih ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk meraih kebahagiaan sementara di dunia yang fana ini...
berkatilah hidup kami sekeluarga dan moga kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke syura ameennn...

tinta mama
3.30 AM waktu colorado...
us

Sunday, June 12, 2011

murtabak

Dengan Asma Allah yang maha agung...


Resepi Murtabak Ayam
Hidangan untuk 2 - 3 orang

Bahan A (Kulit Murtabak)
  • 5- 6 keping kulit popia
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti Murtabak)
  • 350 ubi kentang
  • 100g daging ayam cincang
  • 1/2 biji bawang besar kuning /holland
  • 3 sk serbuk kari babas
  • 1 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 sk garam (anggaran)
  • gula dan perasa
  • sedikit minyak
  • 2 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Kentang di buang kulit, dibersihkan dan di potong dadu kecil.
  2. Bawang besar di dadu kecil.
  3. Panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bawang besar sehingga wangi dan layu.
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan daging ayam cincang. Kacau rata.
  7. Bila daging agak masak masukkan kentang dan air.
  8. Kacau sebati, bila air separuh kering masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
  9. Kacau sehingga air agak kering.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
  12. Masukkan inti kentang tadi dan kacau sebati. Boleh tambah bawang besar yang dihiris nipis jika suka.
  13. Ambil sekeping kulit popia.
  14. Sudukan 2-3 sudu besar inti kentang ke atas kulit popia.
  15. Lipat menjadi segi 4 supaya semua inti tertutup di dalam kulit popia.
  16. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  17. Masukkan murtabak. Bila dah masak, balikkan.
  18. Angkat murtabak bila sudah masak.
  19. Teruskan langkah 13 sehingga inti habis.
  20. Sedap di makan bersama kari ayam/daging atau kuah cuka.

Friday, June 10, 2011

kete in us




hahaha..inilah rupa kete kesayangan kami kat us...beli ngan harga$1000...kalu duit mlysia lbih kurang rm3200 kot...ford winstar nama dia..tahun 2000...tapi lepas beli banyak kena servis....tp tkpelah...utk guna 4 thn jah...lepas jual balik..itupun kalu ada yg nak beli hahaha..kete antik nih..walaupun buruk kami sayang hahahaha...dah banyak jasa..bawak aqilah gi cucuk kt klinik...gi beli barang kat wallmart..dan banyak lagi..mmmm itu lah seadanya..hidup kat us ni semua kena sederhana...takleh nak berangan2 mcm2..balik malysia nti baru buleh berangan2...hehehe

Wednesday, May 25, 2011

rinduku...

Dengan nama Allah yang pengasih


pada saat ini..kerinduan mengundang lagi...rindunya pada seraut wajah nenekku...
wajah yang sudah tua dimakan usia..namun sentiasa dalam senyuman dan ceria....
tutur katanya lembut dan tidak pernah menyakitkan hati sesiapa pun......................
rindunyer ya Allah...
rindunyerrrrrrrrrrrrrr
semua ini sudah tinggal kenangan...aku tak mampu lg melihatnyer di alam nyata..hanya mampu melihat gambarnyer dan akan sentiasa merinduinyer sepanjang hayat hidupku...
dia nenek terbaik didunia..
dia insan terbaik dihatiku..
dia manusia terbaik bagi kami semua...
ya Allah..tempatkanlah roh nenekku (yah binti lembek) bersama golongan yang beriman
bahagiakanlah nenekku(yah binti lembek) disampingMu ya Allah...





kehidupan...

dengan nama Allah yang maha agung...


hari ini bukan semalam untuk bergelar manusia sempurna....
banyak yang perlu dikorbankan,banyak juga yang perlu dilepaskan...
sesekali langkah tersadung..rebah menyembah bumi...
sesekali melangkah gagah tersenyum megah....
dan semua ini memerlukan pengorbanan
menentukan kesabaran dan airmata...
selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul...
usah gusar pada anugerah Allah...
anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan...
dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan...

sesekali terasa penatnyer ya Allah dengan bermacam dugaan...namun sentiasa kena redha dan yakin dengan janji Allah..Allah itu maha kaya,maha agung dan maha segalanya..ya Allah..kuatkan lah hambamu yang bernama SITI FATIMAH AB RAHMAN...

mama
1.50am fort collins colorado

4 bulan

Dengan Asma Allah yang maha agung

 
 
dah dekat 4 bulan duk uS...namun terasa macam dah 4 thun..hahahaha!!! gelak2...rindunyerr nak kelik malaysia.rindunyer ko mek ayoh dan semua adik bradik...huhuhu namun terpaksa juga akur dan senyum walaupun pahit dalam kerinduan ..haahah senyum2...senyum lagiiii hahahaa gelak dan gembira hahaa!!! Ya Allah..percepatkanlah proses 4 tahun  ni...hehehe boleh ke doa camtu hukhukhuk..apapun sentiasa kena redha dan senyum selalu..mek ayoh!!! rindunyerrrr....adik beradikku !!! rindunyerrr..doakan diri ini sentiasa kuat dan sentiasa boleh tersenyum ...hehehehe:)

tinta mama
1.45am
16f aggie village
fort collins colorado us


Monday, May 16, 2011

aduhai anakku!!!!

Bismillahirrahmanirrahim

ya Allahhh...rasa nak tercabut jantung di dada melihat kejadian aneh di petang hari...pkul 6 ptg...betapa hebat dan gagahnyer muiz boleh dia tarik TV dan jatuh menghempap pahanya...hahahahah nak marah pun ada..nak tergelak pun ada..perasaan bercampur baur..yang pasti lepas tu mama muiz lemah lutut dan tak bleh bangun sebab terkejut yang teramat sangat...huhuhu...ya Allah..selamatkanlah anak2 ku daripada musibah yang tidka diingini...

muiz duk intai skrin tv..mana agaknyer,,bakpo ntk nampok hahahaha

aqilah terkial2 duk cari cerita barney..sakni ada tiba2 menyembah bumi hahaha




tv sujud syukur sebab muiz selamat

gelagat mereka

Dengan Asma Allah yang maha agung...

hehehe suka duk dlm beg...


aqilah nak balik malaysia yeyeyeeye!!!!

duk tgh2 main n hisap botol,,tiba2 tertidur kat depan TV

semua benda jadi toy utk mereka berdua huhuhu



Friday, May 6, 2011

pajeri nanas

dengan nama Allah yang maha agung


Bahan-bahan:
1 biji nanas ~ buang kulit nanas, potong empat dan hiris keping-keping.
5 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
2 sudu besar udang kering ~ ditumbuk
Sedikit rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang
3 sudu besar serbuk kari daging ~ dibancuh dgn air/santan utk dijadikan pes
1 biji kelapa ~ diambil santannya
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah tumis dan masukkan bahan yang telah ditumbuk.
3. Kacau hingga wangi dan masukkan rempah kari daging.
4. Kacau sekejap.
5. Masukkan nanas dan santan.
6. Biarkan mendidih, masukkan kerisik, garam dan gula.
7. Biar gula lebih sedikit sebab pajeri kenalah rasanya manis.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sunday, May 1, 2011

rocky mountain

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung...saya memulakan tinta ini...



kami first time sampai ke rocky mountain nih...kat fort collins takde snow..tp sampai je sini..masya Allah..snow rupenyerr,,sejukkkkkk...huhuhu nasib baik standbay baju tebal nih,,boleh tahan lah....ini belum lg naik atas..kami pergi separuh jalan je..pastu patah balik..hehehe...


bergambar pun bertiga je..muiz susah nak pegang..asyik duk berjalan ke sana ke mari...takpolah muiz..hang berjalanlah...belakang tu sungai..cantikkkkk masya Allah..teringat sungai kat mlysia..ada jambatan plak tuh..rasa macam duk sungai congkak..huhu rindunya kat malaysia tercinta...

hahaha..ada jugak la muiz walaupun tak duk diam...sempat jugak tangkap dia sekejap utk bergambar..sungai congkak kat belakang comellll wehhhh....aqilah sejuk tuh...



ini baru perkenalan ngan rocky mountain..kalu panjang umo murah rezeki bleh datang lg...

Tuesday, April 19, 2011

Allah sentiasa bersamamu...

Dengan asma Allah yang maha agung


 Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan tapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya....
begitulah dengan kehidupan manusia,riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..
Jika rasa kecewa pandanglah ke sungai,Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang....
Jika rasa sedih pandanglah ke langit,Maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...
Jika engkau pernah dikecewakan,bukan bermaksud Allah tidak menyayangimu..tapi Allah hanya ingin memberikan yang terbaik kepadamu...Jika engkau pernah rasa sakit kerana disakiti seseorang,bukan bermakna Allah membencimu namun Allah ingin menganugerahkan seribu kekuatan dalam dirimu...agar menjadi insan yang kuat dan tidak lemah dalam percaturan hidup yang hanya sementara...

Yakin dan berdoalah..mohon segalanya hanya kepada yang berhak,alirkan air matamu hanya kepada yang berhak,halakan tangisanmu hanya kepada yang berhak..mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kepadamu sesuatu yang tidak engkau jangkakan..kerana Allah itu maha berkuasa dan maha luas kekuasaanNya..Yakinlah dengan janji Allah..Allah tidak akan memungkiri janjiNya..

tinta mama
4.40am

Monday, April 18, 2011

rinduku bertaut...

Dengan Asma Allah yang maha agung...



kerinduan ini menyapa lg..
.rindunya kepada gelak tawa adik beradikku...
rindunyer kepada sepasang mata redup ibuku dan sesuci wajah ayahku...

kerinduan menyapa lagi..
ya Allah..bilakah saat indah sebuah pertemuan akan Kau anugerahkan kepadaku....
betapa kerdilnya aku ya Allah..
terlalu lemah dengan ujianMu..
kuatkan aku ya Allah...

rindunya daku pada seraut wajah nenekku yang telah pergi jauh...
ya Allah..berkati lah semua insan2 yang aku sayangi ini...
tempatkanlah roh nenekku bersama org yang beriman..
bahagiakanlah nenekku disampingMu..

tinta mama 2.30am
fort collins...

Friday, April 15, 2011

gelagat mereka berdua

DENGAN NAMA ALAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

ya Allah..inilah keje aqilah duk bawah meja

mama duk masak diorang masak jugak sama2 hehehe

muiz kalu tak menyakat aqilah,tok sedap duduk huhu


keje aqilah menggeledah segala benda..

ini pun sama..mmm pening kepala

sebahagian daripada toy askar berdua..

semua kempunan nak keluar tp cuaca sejukkkk sgt menghalang..huhu siannyerr

inilah kegiatan harian mereka,memanjat,melompat bergaduh dan mcm2 lg aktiviti yg canggih2..




kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..