Thursday, February 28, 2013

ubahsuai...

assalamualaikum

akhir2 ini saya mempunyai minat yang terbaru...hihihi iaitu terasa berminat untuk melihat dan mengkaji benda di bawah nih...rekaan toilet yang mungkin boleh di buat di rumah kat bangi nanti..angan-angan cik siti hihihi..panjang umur dan murah rezeki in sha Allah :) saya tidak menyukai bathtub (yang dalam macam kolam tuh)sebenarnya..(macam yang ada kat rumah sekarang nih) tapi saya mengimpikan sebuah bilik air (walaupun kecil) tetapi terpisah antara ruang basah dan kering..maksud saya tempat mandi dan sinki...cuba kita tgok kat bawah nih..


cantik kan..bilik air airnya takde la sebesar mana tapi ruang terpisah antara sinki dan tmpt mandi...pemisah dia cermin ..cantik dan kemas..





wahhh cantik ...kecik je tempat mandi..ckup la kan..bukan nak tidur pon dlm tuh hihihih

cantikkkk,.warna kegemaran saya..kecik tapi ckup teratur..

lagi satu...warna dia cantik hehe

ini kecik je kan..sesuai utk bilik air tetamu...


 
entah pape kan..masuk gambar toilet dlm blog hihihhi...apapon inilah unik nyer blog nih..mcm2 ada hihhih...





Monday, February 25, 2013

jom beramal

assalamualaikum...
 
 
 
selamat petang..sesungguhnya lama blog ni tidak diupdate...bukan takde masa untuk ini..tapi sesungguhnya masih banyak benda lain yang lagi penting dari ini hehee...saya berdoa dan mengharapkan agar terus istiqamah dlm menulis walaupon hanya satu patah perkataan...doakan saya yer sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...sedikit utk renungan dipetang yang bahagia...
 
 
 
 
moga Allah menjadikan hati kita bersih dan suci...sesungguhnya tiadalah dendam dan kebencian melainkan ianya hanya dunia semata-mata...ingat lah akhirat tempat tujuan kita...menuju kita kepadanya langkah demi langkah mendekatinya...semakin lama semakin hampir kita kepadanya...apa lah sangat sedih utk dunia..apalah sangat dendan untuk manusia di dunia...kerana smua ini hanya sementara...:)
 
 
tinta mama

Wednesday, February 13, 2013

suatu pagi yang hening

Assalamualaikum
 
morning!!! jom minum kopi panas..mmmm kopi panas di pagi yg sejukk..sgt best kan..nikmat..Alhamdulillah...salah satu sebab saya suka bangun pagi adalah kerana KOPI..saya memang peminat tegar kopi panas...
 
 
 
rindukan Malaysia...suasana pagi di kg..sangat syahdu....titisan embun yang menyegarkan..kat sini pon ada jugak embun pagi..tapi suasana berbeza dengan embun pagi di kg...
 
 
 
ayam berkokok.....memang tk dengar kokokan ayam la kat fort Collins nih huhuhuh
 
 
 
 
cantik kan ayam nih...hihihi
 
(semua picture kat atas adalah ehsan pak cik google)
 
moga Allah panjangkan umur saya dan family agar satu hari yang indah nanti kami akan dipertemukan semula...2 tahun yang berlalu amat memilukan tanpa kalian..dan semoga 2 tahun yang akan datang akan bergerak dengan cepatnya...
 
 
 
 
 
 
 

Friday, February 8, 2013

february

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum..
 
it's February!!!!!!
 


apa ada dlm bulan nih...entah la..yg saya tahu dah February 2013...dah dekat nak balik malasyia hahahaha...
 
lagi satu my hubby akan masuk ke angka (4) bulan nih hehehe..dah separuh abad umur...
 
Dua hari lepas Muiz balik sekolah..lepas peluk mama,buka kasut jaket semua..tiba-tiba "happy valentine mama!!!!" hahahaha....ini msti keje cikgu mengajar nih..kat sini smua budak2 sambut valentine....hari kasih sayang,,hari utk mengukuhkan persahabatan antara teman-teman di sekolah...nti kena sediakan goodies dekat kawan2 kat sekolah tnda kasih sayang..itu jelah sambutannya...Ustaz Azhar kata HARAM sambut hari valentine...tapi kalu Muiz sekadar ucap kat mama dan baba ok kot..hihihihi...in sha Allah..semua bergantung pada niat kita kan..tapi saya ckp jugak kat Muiz..kita orang muslim tk sambut valentine..budak sebesar Muiz mana la dia paham...dia yg betul..mama tk pernah betul hehehe...
 

Tuesday, February 5, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim...
 
sesuatu yg Allah tetapkan kepada kita semuanya ada hikmah...jgn bertanya kenapa???..dan jangan berkata "kalaulah" kerana itu boleh menyebabkan hati kita terpesong dari menerima taqdir...berhati-hati dlm menjaga hati...:)
 
Saya bersyukur Allah menghantar kami ke sini (usa)...bukan kerana (sebab utamanya) boleh shopping kerana murahnya barang-barang branded,murahnya hnbag coach,corelle dan sebagainya...tapi kerana di sini Allah temukan suami saya dengan tok guru al-Quran yang sangat hebat....Alhmdulillah..doa saya Allah makbulkan...suatu masa dahulu,ayah saya mengimpikan seorang menantu (bakal suami saya) seorang hafiz (kerana saya satu-satunya hamlatul Quran dlm keluarga) namun taqdir mengatasi segalanya...namun disebalik taqdir itu..Allah menyelit dan memberikan perlahan-lahan apa yang kita harapkan...sebab itu saya katakana..terima taqdir dengan redha,In sha Allah..dicelah2 itu terkumpul dan tersembunyi ribuan rahmat dan kemuliaan... 
 
doakan suami saya moga diberikan kekuatan utk terus istiqamah dengan pembelajaran al-Quran,halaqah dan sebagainya...
 
suami tercinta bersama tok guru (ustaz Fathullah)
 
 
sebenarnya gambar ini adalah waktu perpisahan kerana ustaz fathullah ini sudah tamat pengajian masternya dan akan kembali ke negaranya..namun suatu hari nanti akan balik ke sini balik in sha Allah utk phd nya...sekarang suami saya menyambung pengajian al-qurannya dengan seorang lagi imam masjid (ustaz Ahamd)...ustaz Ahmad merupakan seorang pengahafal al-quran sewaktu umur 12 tahun lg..Masya Allah..jauh nyer kan dengan kita...di mana kita waktu umur 12 tahun? mmm...apapun bersyukur kerana kita masih dikurniakan umur yang panjang ....jadi gunakan sebaik mungkin..kita masih ada peluang :)
 

Friday, February 1, 2013

malaysia...

Assalamualaikum
 

saya dah ada kat malaysiaaaaa yeayyyy!!!!

hihihi.....

tkpela tak leh nk balik mlysia pon..boleh rasa suasana dan iklim tropika kat sini pon jadik la hehehe...
2 mggu lepas..disebabkan dah janji ngan anak2 nak bawak diorang tgok rama-rama..jadi pergilah kami ke butterfly pavilion..broomfield..lebih setengah jam lg nak sampai ke Bandar Denver...kami ambik pass tahunan...sekali ngan children museum dan butterfly pavilion nih..hanya $136 sahaja..sgt murah...
 
so apa yang kami jumpa kat sana..jom kita intai...

mestila ada rama-rama

ohhh dia tgh makan tghri

pokok2 asia

ahhhhh asiaaa



rama2


daun nih ada kat sekolah saya dulu..tk tau nama apa



ni sape yer..kenal tak hihhihi
 

butterfly nih kan..bila kita lama kat dlm tuh..dia akan jinak ngan kita..siap boleh main2..hinggap kat hidung.muka..eeeeeee geliiii

poko nih kan ada kat rumah saya zaman2 dulu..skrg nih dah tkde,,dah kena cantas..huhu

pokokkk bunga malsyiaaaa...tak tau nama apa








kenal tak bunga apa nihhh...


bunga kebangsaan Negara kita

cantikkkk..macam kolam ikan kat rumahh

lagi bunga kebangsaan kitaaa

wahhhhh

ish..mata dia takutnyerrr..dia pandang saya semacam jer tau..dia kenal kot orang asiaa hihihih




taraaaaaaa nak terbang mcam butterfly...



 

 

 
 
 
malaysiaaaaaaa
 
 
bestkan..tgok dan rasa suasana negara kita di Negara orang..sgt teruja...suami saya gelakkan saya sebab :
 
1- tak berhenti jerit sebab terlalu teruja
2-tak berhenti ambik gambar
3- tak layan dia dan anak2 sebab duk ghalik tgok pokok pokok yang sememangnya saya suka ( pokok Negara kita kan..)
 
hahahaa..so dia jalan ngan anak2 saya jalan sorang pegang kamera...hahaha...panas tau mcam kat mlysia...masuk je dlm tuh kamera jadi kelabu asap sebab pertukaran cuaca...sonok nyerrr...sonok sonok...rindu mlysiaaaaa
 
jumpa lagi
 
sayang dari mama
 
 


kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..