Thursday, August 11, 2011

ramadhan terakhirnya..


Saat ini..sekali lagi hatiku menyatakan kerinduanku padanya..

Sepatutnya kami menjejakkan kaki ke US sebelum Ramadhan tahun lepas..dan kami sepatutnya berpuasa di US tahun lepas, namun taqdir Allah mengatasi segalanya..visa kami sangkut selama 6 bulan..maka ramadhan tahun lepas,Aku dan anak2 berada di kampung berpuasa sebulan di sana..yayyyy betapa seronok nyer..( dah lama tak puasa lama2 cmni kat kg) abg terpaksa balik ke UKM utk menyambung kerja... sebulan berpuasa bersama keluarga tercinta merupakan kenangan indah buatku terutama bersama nenekku...sebulan ku berpuasa bersama nenekku, bersama nenekku ke bazaar ramadhan mencari kuih muih utk juadah berbuka kami..berbuka bersama..bersahur bersama..kadang2 nenekku tidak menjamah nasi pun waktu bersahur.( tak lalu katanya..)Aku terhibur melihat gelagat nenekku..satu gelagat yang aneh yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini...,iaitu dia akan mengikut sesiapa sahaja yang ingin berjalan-jalan ke mana sahaja...dia seolah2 ingin bersama anak cucunya sepanjang masa..namun kami akur pada kehendaknya..dia bahagia dan kami adik beradik bahagia..:) masya Allah.alangkah indahnya saat itu..

Penghujung bulan januari,akhirnya visa ku lulus dan kami sekeluarga terpaksa bersiap utk ke US..kami sempat balik kg berjumpa dengan mek ayah mok dan adik bradik...dua hariku dirumahku..nenekku adalah orang yang paling gembira bersama kami...akhirnya sampai sat kami kembali ke KL..pada hari terakhir..airmuka nenekku tidak ceria..dia hanya tersenyum hambar tidak seperti biasa..setelah bersalam dengan semua..tiba2 nenekku berjalan masuk ke rumahnya sebelum sempat ku bersalam dengannya..(tidak seperti biasa dia akan tunggu di tangga menemani hingga kami naik kereta dan akan melambai  tangan ke arah kami) Aku memanggilnya dan berjalan ke arahnya..bersalam dan memeluknya...( minta maaf ye mok..halalkan makan minum..insya Allah emah akan balik dan kita akan jumpa lagi) tak tahu kenapa dia senyap dan tidak berkata apa2..betul2 aneh..namun dia hanya tersenyum...manisnya senyuman itu..

Dan tanggal 31 januari,kami melangkahkan kaki ke US..impian abg utk ke US akhirnya tercapai..( bukan Impianku..) terasa berat hati nak melangkah pergi...pemergian kami diiringi tangisan kami adik beradik..nak jalan jauh kan..mcm2 boleh berlaku..masih teringt2 pesanan abg iparku abg din ( apa2 berlaku mah harus tawakal dan redha) aku hanya tersenyum..

hampir dua minggu kami di US..tepat jam 2 pagi waktu US..aku menerima perkhabaran sedih dari mlysia..subhanallah..betapa hebatnya Ketentuan Allah..aku hanya mampu menangis..:(

Rupanya Allah telah menetapkan sesuatu di sebalik masalah visa kami ke US..ramadhan tahun  lepas adalah ramadhan terakhirku bersama nenekku...kali terakhir bersamanya berjalan ke bazar Ramadhan.kali terakhir bersahur dan berbuka bersamanya...Rupanya Allah ingin memberiku sedikit waktu2 terakhir bersamanya..rupanya pesanan abg iparku bukanlah omongan kosong...semuanya taqdir..

Terima kasih ya Allah..memberiku peluang yang indah bersama nenekku utk saat2 akhirnya...tempatkanlah dia disyurgaMu ya Allah..bahagiakanlah dia di sana sebagaimana dia telah membahagiakan kami semua...

AL-FATIHAH UTK ARWAH MOK...
kami semua sedang menunggu giliran kami menyusulimu wahai nenekku yang tercinta.. 

tinta mama
3.00 am
fort colllins

Tuesday, August 9, 2011

syafaat anak yang meninggal semasa kecil...



 Dengan Asma Allah yang maha agung 


Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yg masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya "Apakah yg telah berlaku yg membuat tuan bertaubat dr kehidupan yg terdahulu?" Beliau menjawab, "Ketika dahulu saya seorang askar. Terlalu ketagih dengan arak. Sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang wanita hamba yg amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sgt syg kpd saya. Apb telah mula berjalan sedikit-sedikit, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah. Sentiasa dia bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yg mana apb saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tgn saya dan membuangnya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa. Ketika berusia 2 tahun, maka dia meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya. Sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah byk minum arak. Solat isya' pun belum ditunaikan. Dalam keadaan mabuk terus tidur.

Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dr kepala mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke padang Mahsyar. Ketika berjalan ke padang mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yg terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dgn laju. Dikuasai oleh perasaan takut yg amat sgt saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya berjumpa dgn seorang tua yg berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya. Saya meminta , "tolonglah tuan, ular itu telah mengejar saya!" Dia menjawab "Aku sgt lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hdpn nnt kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dr ular itu".

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat merbahaya lagi. Walaupun api neraka itu sgt dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pd ular itu saya hampir terjatuh ke dalam parit api neraka itu. Ketika itu saya mendengar satu suara yg agak kuat. "Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)". Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, "Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!. Mendengar kata-kata saya itu, org tua itu menangis sambil berkata, "Apakah yg aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sgt lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, hadapan sedikit ada lagi satu bukit dimana ada amanah orang2 islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yg akn menjadi asbab keselamatan kamu dr ular itu".

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular pun mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu byk tingkap yang terbuka. Tirai dr sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dr emas, dihiasi dgn permata yaqut & mutiara. Apb saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, "Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkn di kalangan kamu ada sesiapa yg merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya". Dgn serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak spt bulan purnama keluar dr dlm bukit itu. Tetapi saya dlm keadaan gelisah krn ular itu semakin menghampiri saya. Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, "Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!". Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya terjatuh pada anak perempuan saya yg telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, "Demi Allah! Itu adalah ayahku!" Dengan serta merta dia terjun pantas seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun lekas-lekas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yg terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya. Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, "Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AL-QURAN)yg diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yg telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang fasik--derhaka.[Hadeed: 16]'

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, "Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?" dia menjawab, "Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian". Saya bertanya, "Anakku, apakah musibah ular itu?" dia menjawab, "Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yg banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!". Saya bertanya lagi, "Siapakah orang tua yang warak itu?" Dia menjawab, "Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan." Saya bertanya, "Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?" Dia menjawab, "Kami semua anak-anak orang islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu".

Saturday, August 6, 2011

terima kasih semua...

Dengan Asma Allah yang maha agung



Terima kasih semua sahabat and sanak sdara di malaysia dan us yang memberikan ucapan dan doa sempena hari lahirku yang ke 29...sudah hampir 30-an diriku ini..tanpa sedar...begitu cepat masa berlalu..begitu pantas masa meninggalkan kita..banyak manakah kebaikan yang telah saya lakukan selama 29 tahun ini? entah..masya Allah..sepatutnya 29 tahun meniti usia sudah banyak kebaikan yang ditaburkan,sudah banyak sodaqah jariah yang diinfaqkan dan sudah banyak ayat Quran yang dihafal dan tetap diingat..malangnyer hanya sebesar zarah amalan kebaikan yang dibuat,hanya sebesar zarah infaq yang dilakukan dan sudah banyak ayat Quran yang sudah mula dilupakan..masya Allah...dengan hadirkan tarikh keramat kelahiran kali ini...menginsafkan diriku supaya lebih peka pada semua ini..

Berikanlah aku kekuatan ya Allah...kuatkanlah hambamu ini kesabaran...jadikanlah hambaMu ini anak yang soleh,jadikanlah hamba Isteri yang solehah,jadikanlah hamba Ibu yang penyayang dan penyabar dalam mendidik anak2..dan jadikanlah hamba pengikut yang setia pada junjungan besar Nabi Muhammad saw.dan hamba yang taat pada semua perintahMu ya Allah..

Selamat hari lahir utk diriku..:) Terima Kasih ya Allah kerana memberikan hamba nikmat umur..semoga dengan bertambahnya umur akan bertambahnya amalan hamba...ameen :)

Terima kasih kepada  abe ji and kak ria satu keluarga kerana menaja majlis hari lahirku hihihi :)

tinta mama
3.45 am
fort collins

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..