Tuesday, January 28, 2014

mama tgh rajin

Assalamualaikum wbt..
hi semua, moga semua sihat dalam lindungan Allah..lama saya tk update blog..membiarkan rumah maya ini dimasuki labah-labah..dan terus membiarkan labah-labah itu menebarkan dan membina rumah mereka di dalam rumah maya saya ini? oh tidak..please..update la..say something ..hihhihi..sibuk? takdelah sesibuk mana..mgkin sibuk ckit melayan anak-anak yang semakin membesar,semakin kreatif dan semakin banyak ragamnya....sibuk membuat checklist barang utk dikumpulkan sepanjang tempoh tk sampai setahun lg sebelum meninggalkan bumi united state...sibuk melihat dan mengkaji state mana lg yg blum kami jenguk kat sini..(cita-citanya nak menjelajah semua state di usa (Hawaii dan Alaska tak termasuklah...jauh sgt) itupon andai nya tercapai..kalau tk tercapai..setakat 80% pon dah ok la...melihat dan merenung ciptaan Allah...aktiviti tetap  kami setiap kali road trip adalah mencari Islamic center dan university di setiap state yang kami singgah.. buat masa ni blum lagi teringin nak menjelajah hard rock café yang ada disetiap state huhhu...(agak hairan dan pelik kenapa yer semua orang bila berjalan mesti nak cari hard rock café) rasanya tk penting kot..hihihi...
antara salah satu sebab lagi mungkin semakin rajin menjelajah blog mencari resepi baru..sampai tkde masa nak update blog sendiri hihihih...tau tak apa yang saya jumpa...sebelum nih saya memang tk reti nak buat kuih nih..saya pon dah lupa nama dia apa...dulu banyak kali buat tapi tk pernah jadi..lembik la..bila goreng jadi tk cantik...pastu buang dalam tong sampah sebab keras macam kayu..macam2 tragedy berlaku bila saya nak try buat kuih nih..kuih keria kot nama dia (kalau tk silap) kalau Kelantan dipanggil kuih badak (yeke) sila betulkan kalau salah..tapi kali nih saya buat kuih keria kentang..sangat senang dan sedapp..jom ..nak tgok tak..hihhihi kebetulan kami dpt kentang percuma satu bag besar.( lebih kurang 70 biji atau lebih) tiga hari berturut2 buat kuih ni utk minum petang..( bukan apa..kentang tuh dah lama sgt..takut buruk sayang pulak nak dibuang) smpai hari ke 3 muiz kata "i don't want this anymore mama" hahahha... ( dalam hati mama..esok dah tk boleh buat dah pon..kentang dah hbis ) hahaha
kalau tk cantik jgn ckp aap2 yer..sebab saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan,,,


inilah hasilnya..resepinya sgt mudah...
300 gram ubi kentang..(rebus dulu..pastu baru saya timbang)masa rebus masukkan garam..
60-70 gram tpung gndum (kalau lembik jgn ditambah gandum takut nti jadi keras)
dua tu jelah..gaulkan..dan bentukkan bulat2 macam donut nih goreng sampai masak..doh nih sedikit lembik tapi jgn risau ..basahkan tangan dengan minyak..masa nak bentukkan tuh..in sha Allah boleh bentukkan dengan cantik..
untuk gula,.
1/4 cawan gula..dan 2 sudu air.. masukkan dalam periuk..cairkan sampai nampak gula tu bertali dan pekat...masukkan kuih nih..gaul sampai semua sebati dan terus tutup api..teruskan gaul sampai dia jadi macam gmbr di atas nih..

mudah kan..hihihi tapi tak banyak la dpt..dalam 9 ketul atau kurang..lupa nak kira hihihhi...kalau family ramai kena gandakan kepada dua la...

Alhamdulillah anak-anak saya memang makan..tapi masa nak bagi diorang makan..saya ketuk2 skit kuih supaya gulaaaaaa yang banyakkkk tuuu jatuh..jadi diorang tkdelah terlebih gula..nti mama jugak yg susah..hyperaktif...

tgokkk..suka nya diorangg...




sampai jumpa lagi...:)


tinta mama
10.02 AM

p/s : malam nih darling saya yang baik ati tuu dah bagi warning..malam nih tido awal katanya...dah banyak malam asyik tido pkul 12 setengah dan ke atas..huhu hasilnya pkul 2 atau pkul 3 petang saya akan tertido atas kerusi (ruang tamu)masa tgah layan main ngan anak2..huhuu..jadi bila saya tido..dialah yang kena layan budak2 nih 100% dan yang bestnya dia akan pastikan anak-anak tk ganggu mama diorang tidooo..bestkan..best la bagi kita..bagi dia tk best la sebab tkleh buat keje hahaaha...tkpe..malam nih dah janji nak tido pkul 11...kita tgok esok tertido kat ruang tamu lg ke tak..hihihih

salam sayang untuk semua.. :)


Wednesday, January 8, 2014

tempat pertama

Assalamualaikum wbt
 
 
hi! salam sejahtera...moga semua sihat2 belaka..hari nih mood happy walaupon sgt penat melayan kerenah kanak-kanak riang di rumah nih..makin besar peel makin comel...makin kuat bergaduh,tapi kdg2 nampak makin ngam diorang berdua..hehehe boleh main sama2...sekejap nangis sekejap gelak...mama pon tk faham..orang yg ada anak akan faham..tapi org yg tkde anak,atau blum ada anak...satu hari nanti kalian akan faham..penat tapi gembira...
 
apa yg happy nyerrr?? oh lupa pulak.. ya Allah..syukur pada Allah...cuba baca saya copy paste inbox yg saya terima... jeng jeng jeng...
 
 

Assalamualaikum Tahniah, gambar comel dan ceria anak anda telah pun berjaya memenangi peraduan Ceria Bersama Manjakuhappy 2013 sebagai Pemenang Utama. Anda telah pun memenangi voucher sebanyak RM300.

 
haaa..tu dia..duk diam2 jer dpt rm300...dah guna dah voucher harituh..hbis dah..minta maaf yer..tk dpt la nak kongsi hihhihi....dpt dua pasang baju raya abg muiz dan 2 kopiah..dan dua pasang baju raya utk aqilah..aikkk..awal nya beli baju raya..hihhii faham2 jela kan..duduk jauh..time ada org nak dtg sini..terusla mengirim..kebetulan ada ummi sorang kakak kat sini nak mai usa...makan angin..so apa lg...kirim la..
 
terima kasih Allah..terima kasih manjaku collection...tahun lepas pakaian raya abg muiz dan aqilah memang saya beli online dari manjaku happy ni..baju dia memang sgt cantik..puas hati membeli...harga pon berpatutan...hjung thn harituh saya dpt email dari manjaku...minta hntr gmbr utk masuk pertandingan manjaku happy...nih first time tau..sblum nih tk pernah ambik kisah pasal apa2 pertndingan pon...tapi kali ni rasa mcm nak masukkk jer..kenapa entah hehehe...rupanya Allah nak bagi rezeki kat budak2 berdua nih...Alhamdulillah...
 
gmbr yang masuk nyer adalah gmbr nih...
 
 
 baju yg dipakai abg muiz dan aqilah tu dari manjaku collection la..cantik kan...saya suka kain dia...cotton apa entah nama dia utk baju aqilah tuh...aqilah memang suka baju kurung...utk baju muiz kalau tk silap saya namanya kurta...mcm baju ala2 Punjabi skit...comel...hihihhi....anak2 akan pakai apa yg mama suka..akan main mainan apa yg mama suka hihihih...most of them la..tklah smua toys beli ikut angin mama..kejam la namanya kan...tapi kalau baju kebanyakan nya ikut angin mama...hihihi...
 
dah dpt dah baju raya diorang,,tunggu bulan 3nti sampai la ke usa baju tuu,,nti saya kongsikan gmbr nyer kat sini..cantikkkk semuanya...jom kita jenguk2 web dia ...http://manjakuhappy.com/
 
tinta mama
10.55 PM
mood : tenang buat keje bila anak-anak tido.. :)
 


kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..