Sunday, November 3, 2013

hallowen....

Assalamualaikum wbt


apa khbr semua ? alhmdulillah...October sudah melangkah kakinya meninggalkan kita...Allah..terasa cepat masa berlalu...rasa mcm baru semalam menjejakkan kaki ke tahun 2013...sudah dibulan november kita rupanya..October mungkin bukan bulan yang special andai kami di Malaysia..adalah sekadar birthday adik2,,anak2 sedara..namun kehadiran October bagi kami semenjak di usa ni ada beberapa perkara yang baru

  • birthday afif..(bestfriend Muiz)
  • musim luruh yang sgt dinantikan sebab cantikkk...
  • hallowen
 menyebut hallowen...ingin berkongsi ilmu yang copy and paste dari page ni saifulislam....

kenapa hallowen tidak dibenarkan sambutannya....


PERGAULAN BEBAS
 
Sambutan Halloween sama ada di jalanan atau di parti-parti yang dianjurkan, sangat sinonim dengan amalan pergaulan bebas. Bercampur aduk di antara lelaki dan perempuan dalam suasana liar, malah keliru di antara lelaki dan perempuan kerana kostum yang pelbagai, sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Malah Halloween sangat sinonim dengan pertambahan kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah dan seks seperti rogol. Biar pun jenayah ini mengalami normalisasi akibat budaya Barat yang bertolak ansur malah menerima seks bebas ini, bagaimana pula dengan Islam, al-Quran, kubur, Akhirat, Syurga, Neraka dan Allah Subhanahu wa Ta’aala itu sendiri? Soalnya sejauh manakah sensitiviti kita terhadap hal tersebut? “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan)” [al-Israa' 13: 32] Halloween adalah pakej lengkap untuk anak muda mendekatkan diri kepada zina.

MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM
 
“Trick or treat?!” sergah anak-anak muda di pintu rumah. Tuan rumah mempunyai dua pilihan. Sama ada melayan ‘hantu-hantu’ yang datang ke muka pintu (treat), atau disumpah dengan sial di dalam sejarah atau helah mengena yang dikenakan mengikut kreativiti mereka (trick). Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini amat mengganggu ketenteraman awam. Orang tua dan bayi kecil adalah golongan yang paling terjejas. Tambahan pula dengan penyertaan mercun, Halloween sangat mengganggu malah bisa juga memudaratkan orang lain. Ia bertentangan dengan definisi Muslim yang disebut oleh Rasulullah sallallaahu `alayhi wa sallam: “Seorang Muslim itu ialah seseorang yang para Muslim lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya” [Muttafaq 'alayhi] Muslim mengambil berat dan membantu jiran tetangga. Muslim tidak menyusah dan mengganggu mereka.

PEMBAZIRAN

 Matlamat baiknya tiada. Belanja meraikan Halloween membabitkan wang dan masa. Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula pembaziran. Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai? Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, mengapa Halloween jadi pilihan? “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [al-Israa' 17: 26-27] Ada banyak bentuk pembaziran lain yang menjadikan kita saudara Syaitan. Tetapi membazirkan wang dan masa untuk Halloween, adalah acara rasmi menjadi saudara Syaitan dengan sokongan kostum dan kegilaan laku.

 LAGHA

Apa sahaja perbuatan yang tidak dapat dijustifikasikan motifnya secara positif pada neraca agama, adalah lagha. Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha itu adalah salah satu daripada jalan penting untuk seorang insan beriman mengecap kejayaan di dunia dan di Akhirat. “Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia” [al-Mu'minun 23: 1-3] Usaha seorang Mukmin mencegah dirinya daripada terbabit dengan sambutan Halloween adalah sebahagian daripada sikapnya yang perlu berterusan pada mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Jelas sekali keupayaan mengawal diri agar kehidupan terisi dengan manfaat, kebajikan dan kebaikan, adalah sikap-sikap manusia berjaya, dan selayaknya golongan yang berjaya itu didahului oleh Mukmin yang sudah sedia menerimanya sebagai sebahagian daripada tujuan hidup. -

 
tinta mama
colorado
 
p/s : saya ada anak..hanya 5 tahun umurnya..masih pre school..apalah sgt yang mereka faham kalau kita kata hallowen ni haram..tkleh sambut...mggu lepas ada field trip ke farm..kutip pumpkin katanya...tkpela...last week..ada hallowen party kat sekolah dia..tahun lepas saya pakaikan dia baju simpel yg tertulis ayat2 spooky...ok la..tkde costume ngarut2 macm orang lain...mgkin thn leps dia masih kecik..masih belum memahami apa2...tapi apa yang berlaku pada thn ini...memang la saya ada belikan dia baju hallowen yang ada gambar spooky face...tapi bila baca artikel hallowen rasa takut pulak nak pakaikan dekat dia..pagi khamis tuh..saya pakaikan dia baju biasa jer..darling saya hntr dia pergi sekolah mcm biasa..dan saya menungggu darling balik  dari ngantar dia sebab dah janji nak gi shopping...bila darling saya balik..dia kata Muiz menuntut baju hallowen...masa darling saya hntr masuk kelas...dia berjalan la ke kereta nak balik..tiba2 muiz keluar dari kelas dan berlari ke arah baba dia...apa yg dia kata " baba, my friend got hallowen costume..where is my costume?" huwaaaaaaaa...nak nangis saya dengar darling cerita mcm tuh...sedih tau...saya boleh bayangkan kesedihan muiz..budak2 kan..so darling saya balik..saya bagilah baju simpel yg kami beli murah2..(nsib baik ada) pergi balik ke sekolah hntrkan dekat muiz..kesian kat dia..pkul 12 dia bali rumah..dia cerita mcm kat saya..donica wear princess costume...jacob wear koboi costume...ada yang pakai baju hantu..nampak muka mcm sdih la sebab dia hanya pakai baju biasa2jer...so saya cerita la dekat darling saya apa yang dia cerita kat saya..thn depan kami bersepakat mggu hallowen kami nak bawak dia jauh dari colorado...jadi tkdelah dia rasa terpinggir dari kawan2 yang pakai mcm2...hntu la..ngarut2 semua tuh...in sha Allah bulan 10 thn depan kalau pnjang umur kita pergi road trip ye abg muiz....road trip last di united state....bulan 12 in sha Allah dah nak balik mlysia..doakan kami yer...:)

2 comments:

  1. Assalamuailaikum,,,,ciksu nak buat coretan sedikit ,,ehemmm

    Alhamdulilah syukur nikmat dengan didikan kakak ipar dan abg berikan pada anak-anak masih berpegang teguh pada ajaran agama islam ,semoga berterusan sampai akhir hayat,,,

    p/s: contoh untuk bakal anak2 nanti....aminnnn

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..