Friday, March 1, 2013

40 sudah..

Assalamualaikum


selamat petang...N3 basi..tkpela..24 feb lepas..alhmdulillah Allah genapkan darling saya tahun ke 40 hidup dan menghirup udara Allah..dah 40 yer? saya? hihihih saya baru masuk 30..jgn terkejut..sekarang umur kami berjarak 10 tahun...best kan..saya memang suka orang tua2 hik hik..igt lg nenek saya pesan..kalu nak cari suami,jgn cari yang sama baya..atau yg lagi muda dari kita..kelak nti kita akan jadi Nampak lebih tua dari suami...sebab apa? kita kan perempuan..bersalin...penat bekerja dan mcam2 lagi..hurmmmm...bagi saya semua ni mitos orang tua2..walaupon ada jugak kebenaran...apapon smua nih taqdir...kalu dah jodoh dgn orang muda 10 tahun dari kita..nak buat cmana kan..dah jodoh...
namun begitu..walaupun saya dan suami berjarak hampir 10 tahun..semua orang ckp kami mcm sebaya..kah kah kah..!!!.adakah saya Nampak tua? atau adakah suami saya "awet muda" Nampak nya topic nih harus saya pkirkan dan ambik tindakan sewajarnya hik hik hik....


taraaaa...inilah special utk suami..tea time kami di petang 24 feb 2013...sebijik kek kecil..air teh berlimau dan pisang goring...tkdelah banyak sgt menu sebab suami saya tk suka banyak2..dia cepat kenyang hahaha..kalu buat kuih banyak2 pon...mesti dia makan skit jer...

kek nih walaupun Nampak sedikit comot sebab masa nak deko tuh sekejap jer..duk tunggu masa anak2 tido...dan banyakkkk sgt bunga...(abg muiz suka makan bunga tuh) colour pulak ofkos la hijau dan putih..warna peberet saya hihihi

namun begitu tiada upacara potong kek beria-ria..bergambar reramai dengan kek dan sebagainya..sebab apa?? mama bawak kuar kek jer..terus muiz nak makan..nangis sebab lambat potong..hanya gambar nih jer yg sempat ambik hihihi


birthday boy hihihhi..( boy la sangat) kat sebelah tuh anak teruna dah nangis dah sebab dah tk sabar nak makan kek..


happy birthday baba....walaupon dah 40...jgn risau..itu hnya la angka...yang tk membawa makna apa2 bagi mama...yang penting kita harus beringat...setiap tahun bertambah umur maka semakin hampir kita dengan kematian..:)

WE LOVE YOU BABA...:)

 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..