Thursday, August 11, 2011

ramadhan terakhirnya..


Saat ini..sekali lagi hatiku menyatakan kerinduanku padanya..

Sepatutnya kami menjejakkan kaki ke US sebelum Ramadhan tahun lepas..dan kami sepatutnya berpuasa di US tahun lepas, namun taqdir Allah mengatasi segalanya..visa kami sangkut selama 6 bulan..maka ramadhan tahun lepas,Aku dan anak2 berada di kampung berpuasa sebulan di sana..yayyyy betapa seronok nyer..( dah lama tak puasa lama2 cmni kat kg) abg terpaksa balik ke UKM utk menyambung kerja... sebulan berpuasa bersama keluarga tercinta merupakan kenangan indah buatku terutama bersama nenekku...sebulan ku berpuasa bersama nenekku, bersama nenekku ke bazaar ramadhan mencari kuih muih utk juadah berbuka kami..berbuka bersama..bersahur bersama..kadang2 nenekku tidak menjamah nasi pun waktu bersahur.( tak lalu katanya..)Aku terhibur melihat gelagat nenekku..satu gelagat yang aneh yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini...,iaitu dia akan mengikut sesiapa sahaja yang ingin berjalan-jalan ke mana sahaja...dia seolah2 ingin bersama anak cucunya sepanjang masa..namun kami akur pada kehendaknya..dia bahagia dan kami adik beradik bahagia..:) masya Allah.alangkah indahnya saat itu..

Penghujung bulan januari,akhirnya visa ku lulus dan kami sekeluarga terpaksa bersiap utk ke US..kami sempat balik kg berjumpa dengan mek ayah mok dan adik bradik...dua hariku dirumahku..nenekku adalah orang yang paling gembira bersama kami...akhirnya sampai sat kami kembali ke KL..pada hari terakhir..airmuka nenekku tidak ceria..dia hanya tersenyum hambar tidak seperti biasa..setelah bersalam dengan semua..tiba2 nenekku berjalan masuk ke rumahnya sebelum sempat ku bersalam dengannya..(tidak seperti biasa dia akan tunggu di tangga menemani hingga kami naik kereta dan akan melambai  tangan ke arah kami) Aku memanggilnya dan berjalan ke arahnya..bersalam dan memeluknya...( minta maaf ye mok..halalkan makan minum..insya Allah emah akan balik dan kita akan jumpa lagi) tak tahu kenapa dia senyap dan tidak berkata apa2..betul2 aneh..namun dia hanya tersenyum...manisnya senyuman itu..

Dan tanggal 31 januari,kami melangkahkan kaki ke US..impian abg utk ke US akhirnya tercapai..( bukan Impianku..) terasa berat hati nak melangkah pergi...pemergian kami diiringi tangisan kami adik beradik..nak jalan jauh kan..mcm2 boleh berlaku..masih teringt2 pesanan abg iparku abg din ( apa2 berlaku mah harus tawakal dan redha) aku hanya tersenyum..

hampir dua minggu kami di US..tepat jam 2 pagi waktu US..aku menerima perkhabaran sedih dari mlysia..subhanallah..betapa hebatnya Ketentuan Allah..aku hanya mampu menangis..:(

Rupanya Allah telah menetapkan sesuatu di sebalik masalah visa kami ke US..ramadhan tahun  lepas adalah ramadhan terakhirku bersama nenekku...kali terakhir bersamanya berjalan ke bazar Ramadhan.kali terakhir bersahur dan berbuka bersamanya...Rupanya Allah ingin memberiku sedikit waktu2 terakhir bersamanya..rupanya pesanan abg iparku bukanlah omongan kosong...semuanya taqdir..

Terima kasih ya Allah..memberiku peluang yang indah bersama nenekku utk saat2 akhirnya...tempatkanlah dia disyurgaMu ya Allah..bahagiakanlah dia di sana sebagaimana dia telah membahagiakan kami semua...

AL-FATIHAH UTK ARWAH MOK...
kami semua sedang menunggu giliran kami menyusulimu wahai nenekku yang tercinta.. 

tinta mama
3.00 am
fort colllins

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..