Tuesday, April 12, 2011

malam oh malam


selamat malam..skrg kat us pkul 11.49 mlm...anak2 ku masih bertenaga dan bersemangat bermain..hubby takde..gi lab..study dan sebagainya..huhuhuh...aku????????? beginilah aku..termenung rindukan malaysia dan rakyatnya...ya Allah..dah sebulan seminggu aku kat bumi US...tp masih kuat rindunya aku kat family malaysia..huhu...sekarang waktu mlm.....aku suka malam..kihkih tau kenapa?????sebab esok akan bermula hari baru..dan semakin berkuranglah hari2 yg membosankan aku utk duk US ni..dan bertambah dekat aku untuk balik malaysiaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!yahooooooooooo...com..hihihi apa nak buat ye supaya aku seronok tinggal kat sini???entah ler...mati kutu,buntu dan tak bermut aku dibuatnyer...nak masak takde semangat sebab apa...cili kat sini pedasss...( ada cili yg tak pedas tp belum jumpa kikiH)huhu bahan basah tak fresh...semua frozen...( ayam ikan sotong udang) semuanya air batu...nak memasak kena keluarkan dan biarkn 10 jm bru bleh masak..hahaha...adoii...tk seronok laa...tp kena hadapinya dengan tabah...mcm mana nak tabahh ye????mmmm...aku tak sekuat orang2 yg kuat...imanku lemah kot sebab tak bleh redha lg bahawasanya Allah dah taqdirkan aku duk bumi US...kuatkanlah imanku ya Allah...
lambatnyerrr nk pagi...dah pagi??...yeye..bertambah sehari aku kat sini...hehehehhehe

nk balikkkkkk!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..