Friday, May 18, 2012

kerabu cilantro....

assalamualaikum....

hari nih nak kongsi resepi yang sgt best..super duper sedappp hehehe kat tekak saya la..kat tekak orang lain belum tentu kan..tp boleh cuba dan memang berkhasiat...guna daun cilantro ( atau bahasa kita daun ketumbar...kalu tak silap la hahaha...daun ketumbar nih kan sahabat2 banyak khasiat...bagi sape2 yang ada gout ( betul ke dok ntah eja hahaha) sila rebus dan minum airnya..utk penyakit kencing manis.batu karang buah pinggang..insya Allah kita hanya berusaha kan...ataupun kelate panggil daun sup..yeke..bakali la..

Kerabu cilantro

bahan2

daun cilantro (ketumbar) sebanyak mana yang mungkin..lg banyak lg best  ( pada saya la sebab saya sukaaaaa sgt bau dia yang mmmmmm....:)
tomato ( potong nipis2...)
kacang tanah( digoreng tanpa minyak dan tumbuk kasar ( nak blend boleh tp jgn halus sgt)
udang kering ( digoreng tanpa minyak sampai garing dan tumbuk kasar
asam limau nipis...kuantiti terpulang sebanyak mana kuantiti daun cilantro..
sos ikan ( utk masin kan kita punya kerabu... 
cili padi ( terpulang nak banyak mana)di potong halus...jgn tumbuk yer takut nti tahap kepedasan tak terjangka hihihi

sorry yer tkleh nak ckp kuantiti sebab main belasah yang penting sedappp...

campur jer semua tuh..haaaa senang je kan...daun cilantro tuh potong la kecik2 dulu...jgn pulak di masukkan sekali ngan akar2..hahahaa...kerabu nih tk payah masuk garam..dia akan masin dengan sos ikan...dan masam dengan asam limau...ummmmphhh bestnyerrrr....air limau nipis kena banyak la sebab itu yang akan menguahkan( betul ke ayat nih hahahaha) nak kasi kuah banyak kan...kalu rasa masam sgt tambah sikit air ( air masak tau, jgn buh air kopi hahahha ) kalu tawar tambah sos ikan ( jgn buh sos cili pulak hahaaha )

gambar kerabu saya belum di masukkan dlm laptop masih dlm kamera...tak jumpa kabel kat mana hahaha..jadi saya masukkan gambar nih dari rumah kawan kat sinila..kak za greely colorado...yang berjaya menyiapkan kerabu ini dengan jayanya hehehehe....resepi asal dari kak maz yang duk wisconsin..diturunkan kepada kak Qees dan tersebarlah ke seluruh malsyian di fort collins hehehe

gambo nih kredit to abe ji...ambik dari fb dia hahaha..lepas tgok gambo nih la tido tk lena mandi tk kenyang makan tak basah..lepas tu hari2 msti pekena daun nih..mmmm memang sedap...daun dia nih..buat ulam pon sedap...

tu dia...kerabu tuh yangdlm bekas hijau kekuningan tuh...yang kat sebelah tu timun cina aka watermelon ..jgn tersilap ihihihihih

sekian...

1 comment:

  1. boleh cuba nanti ni. zaki suka la kerabu. saya tak minat. segala ulam-ulam tak minat :p

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..