Monday, September 17, 2012

mengimbau kenangan

assalamualaikum...

salam tgh malam..anak2 dah tido..mama boleh la ngadap2 laptop sekejap...malam nih tiba rasa nak ngimbau kenangan belajar ESL...saya tiba2 rindu pada mereka semua..semester nih saya off...jadual saya bertembung ngan jadual abg..jadi mestilah kena dahulukan abg kan..tkkan saya pulak yg penting he he :) saya nih belajar suka2 jer..isi masa terluang... belajar english di negeri org putih lagi senang sebenarnya dari belajar english di negeri sendiri...kenapa saya berhujah begini...sebab kat sini,kita belajar dan praktikal cakap...tiap2 hari kelas msti kena ckp..salah takpe..cikgu memang takkan gelakkan..kawan2 pon sama2 baru nak belajar...baru tahu kenapa masa sekolah dulu susahnya bahasa org putih nih...susah sebab kita tak nak cakap..kenapa tak nak ckp??? sebab persekitaran tak menggalakkan.."sat gi aku ckp salah..diorang gelakkan aku. malu lah " ayat inilah yg menyebabkan ramai antara kita tk pndai english sampai bila2..jgn malu...salah tkpe..tak mati nyer hi hi hi

jom kita berkenalan ngan kawan2 sekelas ngan saya..sebenarnya saya org ke 3 termuda dlm kelas..hehehe...ada yg dah pangkat mak pon ada..apa taknya..umur dah sebaya mak saya..aduhh,,dah bercucu bercicit pon ada..punya smgt org nak belajar kan...patut di contohi...

inilah yang paling muda...yassini nama dia..agama Islam...asal dari afrika...kawen ngan american...umur baru 25...


yg ke 2 muda adalah si jejaka tuh..28 umur nya..dia adalah teacher saya hi hi hi....dan yg ke 3 muda adalah saya...yg lain2 dah umur 50 lebih....ada sorang 40 an....

mak cik arica  nih tgh bercerita...nenek dah pon...


yg nih mak cik lampang..dari thailand...umur dia 52...smgt nyer mak cik..hehe

inilah kami dlm kelas..7 orang nila yg setia sgt dtg kelas..ada lagi sebenarnya..tp yg lain tuh suka ponteng...akhir kelas tinggal ber 7 her huuhu...yg depan tuh pakai baju merah mak cik rossa..kawan baik saya..org mexico...yg nampak mcm budak sikit tuh adalah anak kepada mak cik sebelah saya...ada 2 je jejaka idaman...hehehe...jejaka yg tersenyum manis hnsem tuh teacher chris yang sgt baik ati....sporting..

moga Allah akan temukan saya dengan orang yang baik2...walaupun mereka bukan seagama tapi mereka menghormati agama kita..teacher saya tahu ramadhan....hormat org puasa...alhmdulillah...sgt berharap dpt jumpa lagi dgn mereka semua nih..insya Allah takde aral semester spring boleh sambung lagi...

SANGAT MERINDUI MEREKA SEMUA...........:( terutama mak cik lampang ngan mak cik rossa..) saya panggil diorang mak cik..diorang bukan paham kan..hahahah...kalu diorang paham mesti diorang marah kan ..(ingat aku nih tua sgt ker? )hahaha....





No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..