Thursday, October 11, 2012

mama setia di sini..

Bismillahhirrohmanirrohim...
 
salam semua...
 
petang nih mama sekali lg menjadi penuggu setia anak2 ke playschool mereka..dua jam bukanlah satu masa yg panjang kan..ada sorang kawan kat sini ckp..masa dia hntr anak ke plyschool nih.dia borg.tk tahu nak buat apa...aik??? saya tertanya2..inikan library...macam2 ada..malas baca buku..boleh buka intenet..dia kata ah boring main intenet..kat rumah pon ada intnet..haishhhhhhhh!!!! heran saya..so saya kata kalu boring sgt..bilang jelah berapa bijik bilangan buku yg ada kat library nih hihiii..jgn marah yer kawan syg...bagi mama la kan..2 jam nih sekejap jer..keje mam lpas hntr putera puteri masuk kelas..sudah smestinya log on komputer..masukkan ID my darling..ihhihi layarilah intenet.saya amat heran dgn org yg kata dah boring main intenet..dia buka intent utk apa jer sbenarnya..FB jr ke? online game?? ke trjah orang?? apa lg..macam2 kan...so. banyak benda dlm nih..tk termampu nak ditulis..terlampau banyak..mama suka intenet nih..sebab ...banyak sebab..mula2 sekali mama akan online FB hihihi..buka jer tp muka nih tkdelah mengadap FB tuh. biarkan macam tuh jer..kot2 la ada adik beradik nak sampaikan berita pentng ker atau kecemasan ker..lepas tuh buka page lain...aktivitinya;;;
 
* mama boleh baca blog
*update blog..(semestinya hihihi)
*mama boleh baca tazkirah utk petang hari...
*mama boleh baca buku online..
*mama boleh dgr ceramah(tp dlm morgan library tk boleh la..) tktau lg cara nak guna bedna yg letak kat telinga tuh hahaha
*mama akan buka blog sebanyak yg mungkin utk menggali dan menimba ilmu...
*mama akan buka blog masakan utk menimba ilmu masakan..
* cari sedikit pengisian utk msa depan..igt nak smbung master balik nti..itu arahan tuan mohor besar my darling..so dia suruh wak kajian dari sekarang hahahaha..kelakar kan..saya ckp..apa la baba nih,kan lama lagi..2 thn lebih lg nak balik mesia..lepas tuh baru nak apply..belum tahu lg bila dapat..kan kan kan..tau dia kata apa..tkpela lama pon..buat dulu kajian siap2...dpt masuk msster nti senang citer,,dah nak siap dah kajian kita hhaahaha mama gelak jer..dia kata orang ckp betul2 dia gelak..aah la kan..betul jugak..skit2 la..cari idea apa nak buat..mmmm oklah..supervisor dah ada depan mata...hihihi..
 
ish dah nak hbis kelas anak la..nti lain kali nak sambung bebel lagi...tdi smpt ziarah blog nadiah.tgok nadiah buat pizza..aduhhh dah lama tk buat..itu favorite muiz...tima kasih nadiah..entry yg memberikan mama idea utk anak2...nti nak balik buat pizzzzzzza...mmm  kalu rajin la..kalu malas buat zzzzzzz jer :) jumpa lg..as salam

 
 
mama :)

 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..