Tuesday, November 13, 2012

sepetang di rocky mountain


Assalamualaikum..
di suatu petang.darling saya mengeluh.." penatnyer belajar" hehee saya tersenyum..yelah..dah tua baru nak belajar..biasala..kena slow2 la kan..kita tk boleh nak buat mcm orang muda....orang muda dia punya tenaga lain..memasuki fasa 40-an nih..banyak perubahan..perubahan mood,perubahan fizikal dan mcm2 lagi...ada satu pagi ...snow pagi tu..ada ke dia ajak nak ke rocky mountain..bijik mata saya terbeliak mendengar permintaan dia.."jom la" kesian pulak.."mungkin dia stress"..detik hati saya....pagi tu kami bangun pkul 9. pagi .dengan brkfast belum siap..pastu nak kena siapkan bekal utk makan kat sana..pastu kena kuar sblum zohor sebab nak jamak solat..( malas nak solat kat sana..sejukkkk) so saya cuba la pujuk..'kita pegi lain kali nak"..darling saya tersenyum.."nak pegi harini"huhuhu..apa mampu saya buat..so saya start la kemas2..masak2..dlm masa 2 jam siap..(makan utk tghari dan sikit utk petang) rasa macam nak mati penatnyer huhuh tp apa kan daya...kami kluar dah nak dekat sgt dengan zohor baru leh kluar....( zohor kat sini jam 11.45 tghri)

pusing2 rocky mountain ...terjumpa la tempat nih..



deer oh deer...


sejukkkk..rasa mcm dalam peti ais

inilah darling saya..

siap melintas jalan...semua kete benti utk ambik gmbar...
 dlm perjalanan balik baru nampak sign board..rupanya tempat namanya deer lake...mmm ataupun deer mountain..saya dah lupa hihhihihi...patut la banyakkk rusa..rupanya nama tempat nyer pon ada nama dia hehee...hebat kulit dia..kita punya terketar2..dia rilekkk jer..siap jalan2 makan2..main2 kat luar sana hehehe..sekali tgok nampak mcm kuda..dua kali tgok nampak lembu..tiga kali tgok..owh rusaaaa...hehehe

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..