Wednesday, June 19, 2013

di suatu petang yg indah

Assalamualaikum wbt

apa khbr semua ? mesti semua happy kan..saya nih tengah pening nak memikir cmana nak hiburkan budak2 berdua sepanjang summer nih..3 bulan tk sekolah...Muiz tiap2 pagi bangun mesti minta nak gi sekolah..aduhh..kesian tengok..rindu benar dia ngan cikgu and kawan2....

jadi tiap2 petang inilah keje baba..lepas hntar mama ke sekolah..baba dan anak2 akan menuju ke tempat-tempat yg macam nih la...

jom kita tgok apa diorang buat...



baba bawak diorang pegi main pasir hahaaha..budak jarang jumpa pasir..sesekali jumpa dibuatnya mcam air...mandi pasirrrrrr...hahaah balik rumah kena mama tonyoh habis satu badan...nak bersihkan rambut..badan...bukan senang...sabar jela..



 
 cuba tengok aqilah punya muka..kes bapak bawak la nih...comot bekas main pasir tadi terus masuk library macam tuh jer hahaaha...


lepas main pasir..bawak pegi library....fort Collins punya library...seronok la diorang...budak2 ni memang suka library....



 
sudut favorite budak2 nih....hehehe....abis basah baju...asyik duk minum air jerrr...


cantikkan library dia...ini ruangan untuk kanak2..banyak sangat buku...sonok budak2 nih baca buku...alhmdulillah..harap2 ada jugak la macam nih kat mlsysia...


summer nih kami ulang alik...time baba pergi buat keje kat LAB...mama duk umah main ngan diorang..time mama ada kelas..baba pulak melayan diorang...fair kan?? hihhihi

tinta mama
11.51 AM


No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..