Saturday, August 24, 2013

aduhai

Assalamualaikum wbt...

lama nya saya tak tulis apa2...bersawang dah..huhu bukan apa..skrg nih.encik darling dah submit prelim ...jadi tk kemana la..duduk je kat rumah sambil buat editing ckit2..bila dah encik darling ada kat rumah..tkde masa la saya nak ber blogging...heheh
 
tapi kan malam ni memang saya punya banyak masa...nak tahu kenapa??? jeng jeng jeng...encik darling tkde kat rumah..dia ikut rombongan halaqah masjid ke vail ( betuk dok entah eja ni) ..ahad baru balik..3 hari dua malam..jadi kami bertiga jelah ada kat rumah..muiz dengan games Nye..kdg2 nonton dvd ngan aqilah..masa nilah saya boleh buat kerja2 yang lama tertangguh hehe...

sekali sekala jauh2 ok jugak..teringat masa mula2 kawen..masa tuh saya thn 3 ukm...dia kat ampang..keje...saya kat ukm (kolej Dato onn..) hjung mggu jelah kami jumpa..kalau sebelum kawen..jumaat je mesti nak ikut program ke rancang nak jalan2 ke mana2...lepas kawen hjung mggu dah tk payah pikir apa dah..tunggu jer..petang khamis mesti ada orang mai jemput kat kolej...hihihi seronok2..

ada satu citer..satu malam tuu..saya ada kelas malam...jadi lewat la ckit dia datang...hbis je kelas saya call..saya tunggu la kat kolej...dalam masa setengah jam dia msg suruh turun bawah..katanya dah sampai..dengan bersemangat nya saya ni kemas semua buku ..turun la bawah dengan senyuman hihihhi dah sampai bawah,:ish tk Nampak pulak..mana dia tunggu...saya dah tunggu tempat biasa dia ambik...lama jugak nunggu...kot2 dia tk sampai lg..haish...lama sgt..tkleh jadi..saya call..." mana abg niiiiiiiii? dah penat tauuu..." tau tak dia ckp apa..."abg dah lama tunggu kat tempat biasa...." aikkkk...pelik tak?? nak tau apa citer sebenarnya yang berlaku...harituh dia bukan pegi jemput kat UKM..dia pergi rumah kakak saya kat Bandar tasik selatan...sebabnya mggu sebelum tu saya balik rumah kakak naik komuter...dia pergi ambik saya kat rumah sana jelah...jadi mggu dia lupa yang bini dia ni ada kat ukm...macam citer pak pander jelah kami ni..sorang sini sorang sana...berejam jugak masing2 menunggu....hahahaaha....adoiiii...lupa bini kat mana..confident pulak tuuu...

rindunyaaaa...cepat la balikkk...jom kita layan tgok gambar2 hilangkan kerinduan ini..




 
 
 
 
tinta mama
kesunyian di malam mggu..
 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..