Wednesday, January 8, 2014

tempat pertama

Assalamualaikum wbt
 
 
hi! salam sejahtera...moga semua sihat2 belaka..hari nih mood happy walaupon sgt penat melayan kerenah kanak-kanak riang di rumah nih..makin besar peel makin comel...makin kuat bergaduh,tapi kdg2 nampak makin ngam diorang berdua..hehehe boleh main sama2...sekejap nangis sekejap gelak...mama pon tk faham..orang yg ada anak akan faham..tapi org yg tkde anak,atau blum ada anak...satu hari nanti kalian akan faham..penat tapi gembira...
 
apa yg happy nyerrr?? oh lupa pulak.. ya Allah..syukur pada Allah...cuba baca saya copy paste inbox yg saya terima... jeng jeng jeng...
 
 

Assalamualaikum Tahniah, gambar comel dan ceria anak anda telah pun berjaya memenangi peraduan Ceria Bersama Manjakuhappy 2013 sebagai Pemenang Utama. Anda telah pun memenangi voucher sebanyak RM300.

 
haaa..tu dia..duk diam2 jer dpt rm300...dah guna dah voucher harituh..hbis dah..minta maaf yer..tk dpt la nak kongsi hihhihi....dpt dua pasang baju raya abg muiz dan 2 kopiah..dan dua pasang baju raya utk aqilah..aikkk..awal nya beli baju raya..hihhii faham2 jela kan..duduk jauh..time ada org nak dtg sini..terusla mengirim..kebetulan ada ummi sorang kakak kat sini nak mai usa...makan angin..so apa lg...kirim la..
 
terima kasih Allah..terima kasih manjaku collection...tahun lepas pakaian raya abg muiz dan aqilah memang saya beli online dari manjaku happy ni..baju dia memang sgt cantik..puas hati membeli...harga pon berpatutan...hjung thn harituh saya dpt email dari manjaku...minta hntr gmbr utk masuk pertandingan manjaku happy...nih first time tau..sblum nih tk pernah ambik kisah pasal apa2 pertndingan pon...tapi kali ni rasa mcm nak masukkk jer..kenapa entah hehehe...rupanya Allah nak bagi rezeki kat budak2 berdua nih...Alhamdulillah...
 
gmbr yang masuk nyer adalah gmbr nih...
 
 
 baju yg dipakai abg muiz dan aqilah tu dari manjaku collection la..cantik kan...saya suka kain dia...cotton apa entah nama dia utk baju aqilah tuh...aqilah memang suka baju kurung...utk baju muiz kalau tk silap saya namanya kurta...mcm baju ala2 Punjabi skit...comel...hihihhi....anak2 akan pakai apa yg mama suka..akan main mainan apa yg mama suka hihihih...most of them la..tklah smua toys beli ikut angin mama..kejam la namanya kan...tapi kalau baju kebanyakan nya ikut angin mama...hihihi...
 
dah dpt dah baju raya diorang,,tunggu bulan 3nti sampai la ke usa baju tuu,,nti saya kongsikan gmbr nyer kat sini..cantikkkk semuanya...jom kita jenguk2 web dia ...http://manjakuhappy.com/
 
tinta mama
10.55 PM
mood : tenang buat keje bila anak-anak tido.. :)
 


1 comment:

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..