Thursday, May 9, 2013

rejab

Assalamualaikum wbt
 
 
 
kekadang bila rajin..hari2 buka blog...tapi bila dtg hantu "malas" bermggu2 tak buka blog nih heheh..tak istiqamah betul kan...masa dan saat ini..anak2 tgh main sekolah2.rumah2..masak2.. anak teruna saya pon masak jugak tauuu hahahaa...naik atas meja..(berckp seolah2 tgh bagi ceramah) buat rumah2 (guna segala jenis barang yg ada dalam rumah termasuk bantal) main masak2 (mama dah belikan smua kelengkapan termasuk dapur,alatan,semua dah ada...rajin ngan malas je hahaha..kdg2 mama tukang order..pastu tunggu kat krusi  diorang akan datang hntr makanan apa yg kita order..best kan...saya ckp kat suami..."alangkah indahnya kalau ini real" hihihihi....
 
sesekali melayan anak-anak..main sama-sama best jugak...dah tk mengasuh ni terasa banyak pulak masa bersama anak-anak...seronok diorang...abg muiz ada lagi 2 mggu persekolahan..lepas tuh cuti summer 3bulan..owhhh..saya tktau nak buat apa masa cuti nih...suami tersangat2 busy...tgh get ready utk prelimnry exam...Nampak gayanya kena beli banyak lagi alat masak2 supaya makin banyak aktiviti di dalam rumah..mama order jer sambil2 berfb..hihhi
 
diam tak diam dah nak masuk bulan rejab kan..maksudnya ada 2 bulan lagi untuk kita bertemu dengan bulan ramadhan yang ditunggu-tunggu..Allahu Akbar..cepat masa berlalu (saya suka masa cepat) hihihihi...moga dengan datangnya bulan rejab yang mulia ini akan mendekatkan diri kita padaNya...Ampunkan salah silap saya yer sempena bulan rejab yang mulia...doakan kita semua panjang umur untuk bertemu dengan Ramdhan...in sha Allah amen :)
 
 
 
pada yang belum hbis ganti puasa..cepat2 ganti...(peringatan untuk diri sendiri jugak hihihi )
 
salam sayang
 
tinta mama
9.50pm

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..