Tuesday, May 7, 2013

screening

Assalamualaikum wbt
 
hari ni selesai satu kerja untuk anak dara saya yang sorang nih..aqilah ada screening utk masuk sekolah...saya igt sama mcm muiz dulu..rupanya simple jer sebab aqilah blum ckup 3 thun...alahai..lagi 3 mggu je pon nak ckup 3 thun hihihih muiz dulu mcm2 soalan dia Tanya...banyak pulak tuh..alhmdulillah lepas...nak tunggu yg anak dara ni pulak...debar2..lepas ke tak eh huhuh mama pulak berdebar..mcm la mama yang nak masuk school hahahaaha..
 
 
nilah ghupe budak yang baru lepas screening tuh.....besar dah anak dara saya nih..bulan 8 ni kalau tkde aral In sha Allah boleh masuk skolah la..kami request same school ngan abg muiz..tapi minta kelas lain2 la sebab nti takut tk lekat dalam kelas...kejap2 pegi cari abg..kejap2 pi cari abg..buat mcm kat rumah hihihhi yelah..sebab dua2 masih kat pre school...lainlah kalu abg muiz dah masuk tadika..jauh ckit kelas nyer...
 
doakan aqilah yer smua...moga cepat pandai...lepas ni dua2 dah masuk sekolah..tinggal mama termanggu2 kat rumah..mmm kena fikirkan aktiviti yang sesuai la...kalu tak pon tidur jer hihihhi kalu ada baby ok jugak kan??...boleh teman mama kat rumah..mmm idea yang bernas..:)
 
tinta mama
4.34 pm

1 comment:

  1. idea yg bgus tu kak....tambah bb lagi...hehe
    moga aqilah mjd ank yg baik ye, cepat pandai mbca...-♡

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..