Sunday, July 14, 2013

anak amanah

Assalamualaikum wbt...

hari ni mama hepi dan tenang sekejap...waktu dah pukul 3 suku ptg...mama duk sorang2 dalam rumahku syurgaku ni...yeayyy,,mana pergi diorang semuaa?? jeng jeng jeng!!  hehehe...
 
sebenarnya dekat aprt ni ada buat satu kolam mandi besar...hari ni jelah..pkul 3 tadi baba balik dari masjid..terus suruh pakaikan anak2 swimming suit...terus bawak diorang pergi main air...seronok la diorang..musim panas nih..tapi hari ni cuaca agak mendung..tkpela..jgn hujan sudah...
 
sekali sekala kena jugak berjauhan dengan diorang..tapi tk boleh lebih dari 2 atau 3jam la..kalau lebih mesti nak cepat2 balik ( kalau mama yang tinggalkan diorang..gi kelas ke..gi shopping ker...) tapi kalau diorang tinggalkan mama tktau la...hihihi tapi kalau diorang pergi tanpa mama..waktu balik tu memang bising la..peluk mama..cium mama..mcam la tinggalkan mama bertahun2..hahaha...
 
pandangan mama tenang sekejap sebab rumah clear..kalu diorang ada nak berjalan pon tk boleh..mesti terpijak toys diorang...selalu jugak mama jatuh sebab pijak macam2 benda...aduhhh...sekejap pon jadilah..penawar hati mama..jap lg diorang balik rumah ni akan kembali seperti sediakala..hehehe..apapon mama bahagia...
 
inilah anak-anak..duk ngan mama 24/7....bukan senang yer nak jadi fully housewife..sabar...kdg2 sabar tuh hilang jugak tapi berusaha sedaya mungkin untuk kembalikan kesabaran walaupon di saat kritkal (sepahkan semua baju dalam almari diorang..penat mama lipat..curah bergayung-gayung air kat atas lantai..sampai reboh beleping mama..hahaha, panjat atas kerusi ambik semua losyen.bedak segala bagai kat dalam bilik mama....sepahkan semua buku-buku sekolah baba...mcam2 lagi la..)
 
 
 
 
 
(gambar ehsan pak cik google)
 
 
sesungguhnya amanah ini terlalu berat untuk dipikul namun terlalu manis dan berharga..moga Allag memberikan mama kekuatan untuk terus membesarkan mereka dengan kasih sayang.. 
 

1 comment:

  1. aah kak satu amanah yang terlalu berat untuk dipikul tapi amat berharga....;)

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..