Saturday, July 13, 2013

selamat jalan..

Assalamualaikum wbt

dah lama tk update blog..heheh apa khbr semua? belum terlambat kan nak ucap "selamat berpuasa" kepada semua !! heheh alhmdulillah..kita masih dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan satu bulan yang penuh dengan Rahmat dan keampunan...gunakan peluang ini untuk beribadah....beribadahlah seolah-olah inilah ramadhan terakhir kita..:)

ramadhan kali ini agak slow ckit...hehe bukan apa...kalau tahun lepas berjam-jam boleh duk dapur...mencipta dan menciplak resepi..hihihi...tapi tahun nih tk boleh berdiri lelama dah...sakit tumit la...sakit pinggang la..sakit macam-macam..nikmat sihat dan ditarik sikit demi sedikit...Allah..betapa selama ini sangat bersyukur Allah kurniakan nikmat itu...

sebelum puasa harituh dua family kat sini dah balik Malaysia (for good) saya masa ngantar diorang tuh rasa nak masukk jer dalam kotak2 diorang..so boleh balik Malaysia hihihhi...

family yang balik mula2 harituh kak nor dan abg fauzi...rumah diorang dekat Bandar sri putra jer..dekat je ngn rumah kami...jumpa kat bangi nanti yer kak nor..:)


 ini geng ibu-ibu bergambar...kak nor yang kat tgh..dua adri kanan..pakai tudung merah..

 ini aktiviti anak-anak masa sesi beramah mesra dan salam perpisahan..nti lama tk jumpa kan..so bagilah diorang main puas2...



 ini my darling ngan abang fauzi...diorang ni sebaya..hihihhi...

inilah kami...seronok tengok diorang happy..dah nak balik Malaysia la katakana :) dan saya sgt jelessss...

dan 3 hari sebelum puasa, giliran Ku dan Isa balik for good...family nih antara family yang paling rapat ngan kami...anak-anak pon dah jadi kawan baik...huhuhu selalu tido bersama..makan bersama...sedih kan...huhu

ini masa sesi beramah mesra..



 
 
 para ibu-ibu yang setia di sini....
 
 
tadi aibu-ibu..sekarang masa bapak-bapak pulak berpossing...cewaahh...yang paling tinggi tu sebenarnya yang paling mudaaaa..hehehe
 
 
alamakk..dah nak masuk dah..huhu bergambar untuk kali terakhir di sini..babababaabaai nti kita bergambar kat Malaysia pulak yerr
 
 


selamat jalan kepada semua (walaupun mereka semua dah selamt sampai Malaysia dan pon saat ini) panjang umur murah rezeki jumpa lagi kita di Malaysia TAHUN DEPAN...hehehe..saja nak besarkan perkataan tahun depan..nak tunjuk tak sabar nyer nak balik..hihihhi


tinta mama
hari ke 4 puasa (USA)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..