Monday, October 7, 2013

dah nak masuk thn ke 3 kami di sini!!

Assalamualaikum wbt
 

pejam celik pejam celik, lagi setahun lebih je tinggal utk balik ke mlysia..cepat masa berlalu..igt lagi thn pertama mula2 sampai sini..homesick giler2...th ke dua ok la ckit sebab dah masuk kelas..dah ada kawan...thn ke 3 nih rasa mcm dah mula seronok duk sini...hmmm..apa cerita tuh...? hihihi..rasa seronok sgt duk sini...banyak sebab nya..
 
  • jiran2 sini baik..diorang tk mengata..kita bebas buat apa jer..tkde org nak kata atau pndang serong...kita nak pakai kereta apa (buruk ke baru ke)..tkde org kisah..diorang tk kisah kita buat apa...sonok kan..
  • suka shopping..barang2 murah..(branded pon murah )hihihihi..balik mlysia nti boleh lg ke tak yer nak menyopping mcm kat sini... 
  • muiz seronok kat sekolah...cikgu kat sini Masya Allah..(like angel) baikkk sgt... dengar cerita cikgu kat mlysia garang2..takut nak balik
  • sekolah sini free,tkde baju seragam..tkde kalut2 nak iron sblum pegi school hihihhi best kan...
  • diorang ckp beranak kat sini best tapi saya masih memikirkan samada nak beranak kat ke taknak..hihihi...
  • ramai org dpt WIC..susu free ,cereal free, cheese free dan mcm2.. (tapi saya tk dapat,tkde rezeki..tkpela..rezeki kami dtg dengan cara lain..
banyak lagi la kalau nak di senaraikan..kesimpulan saya dah mula seronok duk sini..rasa mcm tknak balik mlysia dah...tapiiiii
 
bila fikir2 balik..mlysia tetap Tanah tumpah darahku.tanah airku...nak balikkkk....:)

aqilah masa mula2 datang harituh kecik lagi..8 bulan..skrg dah besar panjang..dah pndai ckp mcm2...kuat membebel pulak tuh..mama mesti kena dgr elok2 apa yg dia ckp..kalau silap dengar dan silap paham,maka mama pon jadi mangsa bebelan dia...hmmm...ataupon kami akan gelak besar sama2 sebab dia ckp lain..mama paham lain hahaha...

Muiz pulak masa datang dulu umur 2 thn..tgh nak belajar bercakap...skrg dah besar..bahasa melayu langsung tk paham..kalau mama ngan baba dia ckp melayu dia siap tegur lagi.." mama,baba.please speak in English..i cant understand what are you guys talking about"

budak2 zaman skrg..cerdik megalahkan mak bapak...



gmbr nih masa spring 2012..dah setahun lebih berlalu...


tinta mama
9.48 pm.

mood : rileks sekejap lepas anak2 tido..rasa mcm dunia nih ana yang punya hihihi
 
 

2 comments:

  1. Salam, anak akak xpandai ckp BM ye...;)

    ReplyDelete
  2. asiah..setakat ni masih blum faham lg la melayu...dah start ajar skit2 hihhi

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..