Sunday, October 13, 2013

kenangan

Assalamualaikum wbt..

mengimbau kenangan lama..
 
tahun 1993-1994..
 
masa nih darjah 5-6...kecik lg kan..tapi dah duk asrama..rumah dekat ja ngan sekolah tapi gatal jugak nak duk ngan kawan2..hihihi..seronok...sekolah kami satu2nya sekolah yg ada asrama kat kawasan tuh.."sekolah kebangsaan beris panchor" rindunya...
 
makan kat kantin..selalu pak cik tuh masak yang ada taugeh..memang tak sukaaaa sgt tapi terpaksa makan..sebab kalau tk makan lapo...bulan puasa..tiap2 hari ayah atau arwah nenek yang akan dtg hntr makanan...30 hari...kalau lmbt ckit diorang dtg mesti nangis kt tepi pagar hahaha..kelakar...bodohnya rasa...kdg2 malas basuh baju..suruh ayah mai ambik..mak basuhkan..dah kering ayah hntr balik...jahat tk?? pasukan football sekolah kami memang hebat..setiap kali ada pertandingan luar daerah ke atau mana2..mesti kami budak2 asrama akan jadi pengiring..sonokk..malam2 kluar lepak2 depan asrama...
 
rindunya saat itu..skrg ni nak ajar aqilah cara2 jaga kemasan katil..nti kalau nak masuk asrama tkdelah jadi mcm mama dia..pemalas haha..skrg dah tk malas..dah terlebih rajin...
 
Alhmdulillah..Aqilah umur 3 thn dah pndai kemas katil nya sndiri...bangun tido msti dia akan panggil mama masuk bilik diorang tunjuk kat mama "mama..look at that (tnjuk kat tilam dia..) kemasss woooo...hahahaha...tak sia2...lepas tuh mama kena high 5,say yeayyyy good job..selagi mama tk kata good job selagi tuh dia akan tuntut.."mama,say good job to aqilah " hahaha..mana boleh pksa2..suka ati mama la hihihih...Muiz suka sepahkan bantal2 yg ada...masa nak tido aqilah la yg tukang kemas...sian aqilah...sabar yer..mcm mana mama sabar ngan kerenah baba awak..mcm tu la awak kena sabar ngan kerenah abg awak hihih


tinta mama
..di siang hari di morgan library..
nunggu anak2 main...

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..