Friday, December 7, 2012

anak2 boring...

dengan nama Allah yang maha agung :)

hi kawan2..assalamualaikum pembuka bicara..dah lama dah update blog...kenapa yer? entah..nak kata busy tkdelah sgt...kalut melayan kanak2"ahli syurga" kat rumah nih...si kecil yang sokmo duk minta perhatian...nak main kena main sama...nak suh layan..boring agaknyer..cuaca dah sejuk..mama tkleh kuar rumah..ada satu penyakit kalu sejuk2 gini..bahaya kalu kuar selalu..jadi anak2 pon tk kluar la..sian kan...
punya la tkde keje nyer diorang..ada satu malam abg muiz suruh mama duduk diam2..jgn gerak dia ckp...(masa tuh mama tgh tgok tv) aqilah duk sebelah kanan mama,abg muiz sebelah kiri...duk main2 kepala mama...igtkan tgh buat apa...pastu diorang gelak besar kat mama...diorang turun pegi depan mama..gelak2..gelak kuat pulak..mama pon meraba la atas kepala kot2 ada benda pelik..rupanya diorang letak tisu punya la banyakkkkkkkk atas kepala mama dia dah jdi macam topi snow pulak hahahahaha...(dlm hati"sian anak2 mama..punya boring duk dalam rumah..sampaikan mama pon jadi toy diorang) 
ada satu masa tuh...mama tgh layan citer melayu dlm bilik..bunyi suara kanak2 ok jer kat luar..pastu senyap..aik tgh buat apa agaknyer diorang...kluar kat ruang tamu tkde..dlm bilik tkde...rupanya dalam bathroom..abis basah lantai bilik air tuh..banjirrrrrrrrrrrrrrr...rasa naik darah atas kepala nih hahaha...berpakat dua beradik tuh main air..adoiiii....
kdg2 berpakat buka peti ais..pastu bilang telor la..bilang oren berapa bijik ada...nasib baik setakat nih tkde lg telor pecah...mama dah bagi amaran banyak kali...hehhee....kdg2 di gulungkan carpet..pastu masuk dlm carpet tuh konon2 terowong la ...kdg2 masuk dalam almari pon ada...tgok2 hilang dua beradik nih..cari punya cari duk dalam almari....agak2 rasa macam khemah kot..mcm2 idea budak2 nih...mama ckp suka ati la anak2 oiii..asal jgn gaduh...yg best nyer semua benda dilakukan berdua.si abg mengarah,adik pulak yes jer..apa abg ckp..yes jer...aqilah nih dia lagi patuh pada abg muiz dia bnding mama dia...kalu mama ckp apa2 dia buat tklayan jer..tp kalu abg dia ckp..arahkan apa2..terus buat yes yes yes :)

baby kecik nih pon tau buat muka boring...anak2 mama yg dah besar2 apatah lg...mama faham :)


kita pn boring ..budak2 apatah lg...baba sibuk nyerr..tkde masa utk kami..huk huk..sabar2..lagi 2 mggu jer...pastu enjoy la..enjoy ke mana..entah...enjoy dalam rumah jugak hihihihihi...

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..