Thursday, December 13, 2012

group DQ 01/04


 

salam smua :) di pagi hari yang hening...sejuk kat luar sana..tp tahun nih snow tkde sgt..baru dua kali..itupun snow dimusim luruh...mggu lepas kat denver (bandar colorado) dah turun snow lebat..tp fort collins menyepi jer hehe..apapon alhmdulillah sebab saya tk suka snow..sejukkk tak tahan...tapi anak teruna saya memang menunggu snow...bangun tido jer msti bka langsir..hari2 tnya..mama ,mana snow? (dia ckp kat saya cikgu dia kata bulan dec ada snow) pandai2...mgkin hjung bulan banyak la kot turun..masa tuh dah akan penat la abg muiz mangira banyak mana snow yg turun :)

baru2 nih saya telah berjaya mengumpulkan seramai yang boleh kawan2 masa belajar kat DQ dulu..bacth kami seramai lebih kurang 80 orang..namun ada jugak beberapa orang yang tk dpt dikenal pasti..hehe..apapun alhmdulillah..setakat yang berjaya dikumpul 60 orang..lagi 20 mgkin tkde FB,kawan2lain dah sibuk dengan kerjaya..ada yang dah ada jadi pegawai hal ehwal islam,ahli falak pon ada,ramai jugak jadi lecture..ada yg tgh sambung master,ada yang bakal sambung phd,kebanyakkan jadi ustaz/ustazah..saya jer yang special,,suri rumah spenuh masa..so saya yang tk berapa busy nih ambik jalan kumpulkan kami semua..moga apa yg saya lakukan ini diberkati oleh Allah..amin

group DQ 2001/2004....

bersama ust Asri..dalam kelas tarannum...tapi tk mahir2 pon lagi taranum sampai sekrang hihihi tapi kemana agaknya saya yer..tkde pulak dalam gambar..ponteng kelas kot ,atau tukang ambik gambar, atau ada kt celah pintu tuh hehehe entah saya pon tak tauu
seronok pulak rasanya ..boleh sama2 mengimbau kenangan lalu yang manis..masa tuh semua ayu berjubah..hehe...gambar kat atas nih saya copy dari group...samua gambar saya ada kat kg..banyakkk sgt..dulu kan mana ada kamera digital nih..smua gambar..dicuci masuk album...:)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..