Wednesday, December 26, 2012

duhai anak..

salam petang dari mama...baru je melepaskan aqilah dan baba ke klinik..so tinggal la dua kanak2 je kat rumah nih..abg muiz baru jer bangun dari nap...jam menunjukkan pkul 3.35 petang...sejam lg masuk maghrib...zoey duk termenung tu..tkde kawan hehe..apa tak nyer..kalu ada semua asyik bergaduh jer...igt nak tutup dah taska nih..penat tp mama nyer zoey nih ha duk merayu2..mitak tolong jaga..mmmm saya nih tk sampai hati pulak..punya la nak jaga hati orang kan..hati sendiri tiada siapa yg tahu..:) apapun..senyummmm :) hihihihi...
 
sebenarnya taska baru mula beroperasi hari ini..3 hari tutup sebab ketiga2 kanak2 dlm taska kat rumah nih demam..tenang sekejap 3 hari...abg muiz dan zoey alhmdulillah dan ok..cuma tinggal aqilah jer..dah tk demam cuma batuk  yang melampau..dah 3 hari tk makan..cuma minum air dan susu..itupon lepas minum susu muntah sebab batuk yg terlampau2...dah 2 hari duk tangguh2 nak klinik..baba nyer sibuk nyer la hai...anak batuk melampau..baba sibuk terlampau sampai nak bawak anak ke klinik pon tkde masa..|(dlm hati nih dah geram dah) so hari nih mama mogok melampau2 hahaha..baru la baba nyer tuh kelam kabut nak bawak ke klinik...tau takut...jgn tunggu mama nih jadi "Dinosour"....hati ibu kan mana bleh tahan tgok anak sakit...sebab itula orang kata ibu nih kurang penyabar..anak sakit..kelam kabut..anak nangis malam terus bangun...bapak nih penyabar..anak sakit buat dekkk jer..tkpe..kejap lg baik la tuh....huhu sabar jela kan...mama nih bukan jenis suka bebel ke apa..sabar jelah....diam jer apa2 hal tapiiiiiiii bila dah hbis sabar nih...jgn terkejut...hahaha...
 
sebab tuh boleh update blog nih..aqilah tkde..abg muiz dan zoey duk tgok tv...ada kuih dlm oven utk minum petang..tunggu masak jer..kalu tk..memang tkde masa nak buka blog...budak2 nih ada2 je nak cari gaduh..budak2 kan..memang camtu kan..iye ke? entah la...kdg2 mama tk layan jer...hahha...tapi kan bila kita tK layan kerenah diorang..tau pulak diorang selesaikan masalah diorang sndiri...mmmm lagi elok daripada kita duk layan manja2...(jahat tk mama? hihihihi sekali sekala je...) sebenarnya budak2 yg masih baya diorang tuh memang nak kena manja2..main2 gurau2 kan..tapi kadg2 kita nih dah terlampau penat..sebab peel diorang dah terlampau..huhuhu apapon sabar..
 
nih la budak bertiga nih...
 
 
 
 

tiga kanak-kanak riang di rumah mama.....diorang menggeledah tempat simpanan plastik kat dapur..jumpa bag walmart...jadilah toy diorang...hebat kan..hihihihi...semua benda kat rumah jadi toy..kadang2 mama sndiri pon jadi toy..huk huk sabar jela..
 
p/s : nak siapkan N3 nih pon ambik masa sejam..dipertengahan jalan muiz bangun tido tetiba je nak makan cupcake..ngigau ke apa budak nih...nangis guling2 mitk cupcake..dia igt nak siapkan cupcake 5 minit jer yer..esok jelah mama buat...lepas tuh mek zoey dtg ambik zoey..zoey pulak taknak balik sebab dia nampak mama kluarkan kuih bakar pndan dari oven..nak potong tk bleh lg sebab panasssss..nangis pulak nak makan..taknak balik selagi tkleh makan..hihihihi..best kan anak ramai..kejap yg nih nangis..dah ok yang satu nih..yg sana pulak nangis...nasib baik mek dia ada sekali..pandai2 la pujuk..tak sampai ati la tgok dia nangis..so mama potong la jugak kuih hijau tuh walaupun panasss gilerr...comot bebenor..nak ambik gambo tkde mood..huhuhu...lepas makan kuih tuh baru nak balik..siap bebekal lagi hihihihi...


 
 

1 comment:

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..