Saturday, November 30, 2013

cerita si anak dara

Assalamualaikum wbt
 
malam nih boleh bersiaran dari rumah..biasa tk boleh nak update blog kalau diorang berdua (aqilah muiz) belum tido...sebab kalau diorang nampak mama duk depan laptop jer..mesti masing2 minat ngan laptop mama..sorang duk atas riba..sorang lg duk atas meja..alangkah indahnya hidup kan..hihih sekarang nih aqilah and abg muiz sibuk main rumah-rumah..mommy baby...kdg2 sorang jadi cikgu..sorang lagi jadi anak murid..kdg2 jadi customer ngan cashier..mcm2 la diorang idea..rumah jgn cerita la..kalau dah buat highway dengan block diorang tuh...memang nak berjalan pon tok boleh...rumah kami nih sekangkang kera je kan..sabo jela..jalan dua tiga langkah sampai dalam bilik..dua langkah lagi masuk bathroom,empat lima langkah ke dapur...begitulah keluasan rumah kami...tapi rumah kecil ini yang membahagiakan kami...Alhamdulillah...bersyukur.. kat sini ramai yang homeless..sian kan...jadi bersykur dengan apa yang ada :) pandang orang di bawah..jangan pandang orang yang di atas kita...kalau nak memudahkan kita bersyukur dengan apa yang ada..
 
nak kongsi satu perihal aqilah yg bertuah..
 



 
 

 
 
ingat lg tak pada permainan ini zaman kecik2 dulu..dulu kita guna tempurung kelapa ke apa eh? tk berapa ingat...rupanya2 idea budak2 sekarang sama jer mcm idea kita dulu..mcm diorang pernah tahu pulak kita pernah main benda camni..hihihi tapi kita dulu guna tmpurung kelapa keras...tkdelah sampai pecah..aqilah nih dia penutup bekas jelly mama..yg penutup tuh pulak ngam2 ada pemegang camtuh..sedng elok  pulak masuk kaki dia...hihhihi...best jugak..tapi mama risau takut pecah...sampai tertidur ngan benda nih...masa dia tidur nih..mama cabut cepat2...bila dia bangun..mama buat tk tahu..dia pon dah tak igt hihihih..aqilah oh aqilah...yang pelik nya aqilah jer yg duk  main..muiz tk minat pon...tapi ok jugak..kalau dua2 minat alamak perang dunia la kat dalam rumah sebab benda nih ada dua tuuu jer..Alhamdulillah...jumpa lg...
 
 
tinta mama
7.38pm
mood sedang baik sebab anak2 baik malam nih..tkde gaduh buat masa nih... :) ada setengah jam lagi mama bagi diorang masa..pukul 8 malam mesti gosok gigi...8 setengah mesti dah kena masuk bilik....
 
salam sayang untuk semua :)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..