Wednesday, November 13, 2013

Muka buku...

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakatuh
 
selamat malam sahabat di united states of Amerika....selamat tengahri sahabat di Malaysia yang tercinta...:) harap semua sahabat dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah...alangkah indahnya hidup dalam kasih sayang Allah..Alangkah indahnya hidup berkasih kerana Allah...sesungguhnya Allah itu penyayang dan Allah suka pada yang berkasih sayang...
 
pada saat ini..sekali lagi diuji Allah :) mungkin kerana kasih sayang Allah pada saya maka Allah kirimkan saya ujian..ujiannya tkdelah berat sangat..cuma tk boleh mengdap laptop kerana migraine akan menyerang..kecik je kan..tkdelah seberat sahabat kita di Syria,mesir dan seumpamnya..apapon terima dengan senyum dan sabar..
 
 


inilah ofis saya kat rumah..dulu mcm ni la..asyik2 online jer memanjang..walaupon kdg2 saya tkde pon depan computer tuh..hihihih sekarang ni laptop nih hnya akan kedengaran nasyid-nasyid yang boleh membantu mengingatkan pada Allah..sambil lipat kain,sambil kemas katil..kemas rumah..oh..rasa sangat indah...:) jom kita kurangkan muka buku...

nak buka muka buku pon tk boleh lama2 dah..buka dalam 10 minit pastu kena tutup la...tengok..ada hikmah kan Allah bagi ujian...lagipon muka buku nih banyak melalaikan saya rasa (bagi saya la) walaupon tidak dinafikan banyak kebaikan dari dakwah,tazkirah,ukhwah dan sebagainya namun bila disalahgunakan maka kelalaian akan menyapa..

apa yang saya perasan,semenjak saya jarang bermuka buku nih...kerja rumah saya tkde yang terbengkalai,makan minum kuih muih semua cepat disediakan...rumah bersih dan tersusun walaupon selalu disepahkan anak2...yang penting kan hati rasa tenang jer.....banyak masa untuk baca al-Quran,banyak masa dengan anak-anak...

ini hanya pendapat saya la...kurangkan muka buku..banyakkan baca buku hihihih.... jom buka buku baru..


tinta mama
10.29 pm..

Tatkala anak-anak sudah melayarkan bahtera indah mereka..saat itulah mama boleh menarikan tinta mama yang tidak seberapa ini...salam sayang untuk semua...

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..