Saturday, November 16, 2013

kenangan oh kenangan

Assalamualaikum wbt
 
selamat pagi dan petang semua sahabt-sahabt...ptg tadi berkesempatan log in facebook.. (sekarang ih pon tgh online sebab tkde benda nak dibuat sementara menunggu anak-anak bermain..di mana?? mana lagi..library...tersadai lagiii...
 
tadi buka fb..ternampak gambar saya dekat fb..yang diupload ustaz saya masa di Darul quran dulu...ustaz saya tu merangkap sedara sebelah ayah saya..teringat pulak kenangan manis (sangat manisssss) masa kat sana..
 
 
yang ni dekat masjid..dalam masjid nih ada library darul quran..bila baca buku atau mengulang bacaan al-quran kat tepi tingkap library nih ..pandng jer ke luar tingkap akan nampak la tasik yang sgt cantikkk..masha Allah... 

inilah tasiknya..cantik kan...ke seberang tasik tuh bukit bukau yang memang indah..sejuk mata memandang..

haa..ini masa exam...tk pastila pulak exam yang bila..inlah gambaran dalam dewan peperiksaan tu..

tuan pengetua kami yang sgt baik hati...turut sama turun ke medan peperiksaan..meninjau anak-anak buahnya jawab peksa..ayahanda yang sangat kami sayang..
eh eh...tiba-tibakan..ada pulak seorang muslimah nih...(ustazzzz...ambik gmbr org curi2 ehhh..tk baik tauuu) hihhihih
kenal tak sapa tuu..sayala tuuu..tiba2 tengah terjelir lidah pulak...aduhh

inilah kelas tasmi' saya..bila masa entah ustaz ambik gmbr nih..saya yang hujung sekali tepi dinding.....

 
Ya Allah..hanya Engkau yang tahu betapa rindunya saya pada tempat ini..pada sahabat-sahabat di sini...pada ketenangan dan kedamaian di sini...permudahkanlah urusan saya untuk sampai  ke sini sekali lagi ya Allah...
 
nampak tak saya yg dalam kelas tasmi' tuh...kurus kan??masa nih kurus trang tang tang.. sekeping jer kan hihihhi (masa ni 43kg...skrg 57kg..hahh ambikkk) kelas tasmi' tuh ialah kelas menghafaz al-Quran..dari pkul 7 sampai pkul 9 pagi..(kalau tk silap la) dah lupa..banyak urat putus..lagipon dah lama..saya kat sini tahun 2001-2004..lama dah kan...masa dalam kelas tasmi' la pulun hafal ayat quran.pastu baca depan ustazah...
 
 
dalam banyak-banyak tempat yang saya belajar (dari sekolah rendah,sekolah menengah,diploma DQ.Ukm...DQ la tmpt yang paling indah untuk di kenang..sangat indah...andai diberi pilihan..saya nak kembali berbakti di sini...Allah..rindunya saya..
 
 
tinta mama
4.33pm..Morgan Library
 
 




 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..