Tuesday, January 29, 2013

betul kan...??

Assalamualaikum
 
ingin kongsikan satu artikel pendek...petikan dari ceramah ustazah norhafizah musa (Kfiqh) petikan nih saya ambik dari wall seorang teman di FB...
 
 
"Jiwa wanita ini dekat dengan rumahnya, sekalipun dia bekerja, hatinya tetap pada rumah dan isinya, suami dan anak2..

Wanita yang terlatih akan pandai memasak, mengemas dan menyediakan rumah yang baik untuk keluarganya.

Saya hairan, wanita yang kuat lantang memperjuangkan itu ini, tak pandai masak, baju tak berlipat bertingkat2.....
Apa yang diperjuangkannya pun saya tak tahu..

Wanita yan tak pandai memasak, mengemas ialah wanita yang KURANG LATIHANNYA..

Ibu bapa, latihlah anak sedari kecil agar terlatih mereka.."

~~saya pun masih kurang terlatih, dan saya takkan sekali2 menyalahkan Arwah Mak dan Ayah untuk ini kerana mereka menyiapkan dan melatih saya kuat dari sudut emosi dan cara fikir, dengan cara mereka tersendiri sekalipun mereka buta sekolah dan tak pernah sekolah pun..

Dan menjadi TANGGUNGJAWAB SAYA SENDIRI untuk kembali melatih diri dan seterusnya melatih anak2 untuk bersiap siaga untuk Rumah dan Perjuangan..

Bukan mudah, tapi USAHA berniatkan untuk Allah pasti Allah tolong..


p/s : saya bermula dari seorang student..kahwin masa belajar...saya duduk kolej university dan suami duduk di luar dan jumpa hanya hujung mggu..jadi masa tuh saya taktau semua nih..(pasal rumahtangga) saya tk pernah masak utk suami (pada masa tu) hihihi..hbis belajar..saya lahirkan muiz..dan duduk rumah ( full time house wife) suami saya tak benarkan saya posting mengajar ( alasannya kami dlm proses ke usa..) perasaan saya...hanya Allah yang tahu..seumur hidup..saya tk pernah duduk rumah sebagai seorang yg tkde keje..masak ke..kemas rumah ke..apa2 hal berkaitan dgn rumahtangga..saya tk pernahhh!!!....dan saya stresssss ....suami pegi keje..saya tido...pkul 11 saya bangun...pkul 12 suami balik bawak nasi tghri...( buruk kan perangai saya masa tuh hhahahaah) begitula rutin saya masa tuh...dan saya rasa kalau la saya berterusan begitu saya akan jadi gila hahaha..January 2011..kami berangkat ke usa...di sini lah titik permulaan hidup saya sebagai suri rumah yang dlm erti kata sebenarnya..kat sini tkde kedai makan berderet2 mcm kat bangi...jadi saya kena masak..pagi (sarapan) tghri ( makan tghri) petang ( tea time) malam ( dinner) tgh malam (supper) ohhh..ya Allah..mula2 stress la..lama2 setelah berfikir..merenung, saya melihat betapa besarnya hkmah Allah hantr saya mai usa...saya bukan lg cik siti yang dulu..saya skrg in sha Allah akan betul2 menghargai tanggungjawab saya...menghargai nikmat  menjadi seorang mama dan isteri..nimat menjadi suri rumah..saya bermula TAK PANDAI LANGSUNG MASAK ..masak nasi , goreng ikan, nasi goreng tuh boleh la hik hik hik..dan sekrang Alhmdulillah...mcm2 dah boleh buat..Suami saya kata "mama skrg nih dah tk macam mama yg dulu..hihih" bangga takkk??? mestilah...smua ini utk suami dan anak2..masak tkdela sesedap mana..tapi ckupla sekadar memenuhi selera dan keinginan tekak suami dan anak2...Alhmdulillah...mana saya belajar...ofkosla intenet...kdg2 nak buat kuih call mak..mak saya kata " mak pon tak tau" hahaha..pastu bila saya Berjaya buat kuih..saya akan call mak ....tau apa mak saya jawab ??? :) "mak pon tok reti nak buat kuih tuh " huhuhu..in sha Allah mak yer..balik nti dah tk payah dah beli kuih muih...semua kita buat sndiri...kalau ada masa la hehe..


sekian tinta mama...

sayang utk semua.. :)









2 comments:

  1. aah betul tu kak...terima kasih k.siti letak link blog Asiah kat blog akak..;)

    ReplyDelete
  2. sama2 asiah..baru ada masa nak belek2 blog...make up ckit...ejas situ sini...update yang mana patut...dah lama nak buat tuh tp busy benar..hehehe...alhmdulillah..sama2 kita berukhwah yer...moga berpnjangan..

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..