Saturday, January 19, 2013

children museum


ASSALAMUALAIKUM..

 
salam tgh malam dari mama, dah pkul 2 pg nih..hari nih cuti2 Colorado hehehe "cuti" so bila dah "cuti" nih adalah sakit badan la..bad mood ckit,penat dsbg....start pkul 9 mlm lebih tadi mama tidoooo jer..pkul 12 baru bangun...apa berlaku kat anak2 ??? mmm tk tauuuuuuu..hahahaha...baba dia lah yg uruskan sambil buat asgment yg trbengkalai....TQ baba...baba memang dah faham sgt kalu hari2 mcm nih..:) hehehe...pkul 12 tgh malam bangun..siapkan anak2..pmpes,gosok gigi,susu ,....dah lewat sgt..kena tido dah...pkul 1..dah selamat tido semua..so mama yang baru bangun nih dah tk ngantuk la pulak...boleh la menulis dan bertinta...bercerita, berfb...
 
so cerita di pagi yg membuta nih ofkos la pasal anak2 hehehe...mggu lepas,adalah bawak anak2 pergi jalan2 kluar bndar..lama duk terperap kat kg fort Collins nih..sekali sekala nak tkar angin jugak...kami menuju ke museum kanak2...menarik jugak...bayaran masuk dia..satu kepala $9..kami 4 orang smua $36...tapi kalau ambik pass tahunan hanya $100...boleh masuk bila2 masa jer...piker punya pikir....baba pilih la utk bayar pas tahunan tp yang $136 setahun...children museum dan butterfly pavilion..dua tmpt...berbaloi tak yer??? mmmm..sgt2 berbaloi....anak2 mama nih memang sukakan rama-rama....

so mggu lepas sempat pegi museum jer..inilah aktiviti diorang kat dlm tuh...

yang pertama nih...main bubble....sonok la hai..sebab kat rumah mama tk bagi main..hahaha siap pakai spek bagai...Nampak macam saintis kecik pulak hehehe


cewah..nih baru nak start...blum panas enjin lagi hihhihi

tgh bncang macm mana nak main..jakunnn hahaha

cewahh..ada gaya saintis tk mama?? hhihih

 

 

wahh..dah jadi besarr..abg muiz dan pndaii...

mak cik tuh la mama kepada anak2 nih hihihi tgh bagi penerangan...

pandai abg muiz masukkan buih2 tuh kat dlm bekas...memang nak jadi ahli sains kot..

 
mmm seterusnya main lukis2 pulak....
 
abg muiz pantang jumpa pen,pensil,crayon..tkdelah benda lain..alphabet la...
 
semangatnyerrrr
 
seterusnya main shopping2.....
 
 tgh pikir nak beli apa
 
 dah beli dah..kena bayar pulak...
 
seterusnya ada alphabet soup..
 
 
ini adalah antara program yang ada kat dlm tuh ..budak2 memang ramaiiiii budak2...musim winter kan..nak main kat luar tk boleh..sini jelah tmpt nyerr...nti akan diupdate lagi bilik2 dan kelas2 menarik dlm museum nih hehehe..rasa berbaloi la bayar beratus2 kan...kami kat dlm 2 jam jer..dah kena siap2 nak solat..nak makan..( makan bekal yg di bawak jer dlm kete hhihihi) abg muiz meraung2 tknak balikkkk....hahaha...

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..