Saturday, January 12, 2013

muiz is 4

assalamualaikum....
salam sejahtera...tinta mama berjalan ni selari dengan tinta anak2 mama kat sebelah nih.kami duduk satu meja tau hihihhi....muiz dengan number dan alphabet nyer...aqilah dengan picture nyer..(Mama tak faham aqilah lukis apa..nampak macam map..hahah peta usa kot) .tk bleh nak fokus menaip sebab muiz duk ghalit menanya.."mama..what come after A...bla bla bla bla.....sampaila Z"..dia tulislah apa yg mama dia ckp...abis lower case..buat upper case pulak...abis alphabet..masuk pulak number..kadang2 mama salah sebut sebab asyik menaip...dia tanya number apa lepas 20...tersalah ckp 24..marah la dia..hahhha bukan apa..mama tk fokus kat soalan muiz..mama duk fokus kat laptop nih ha ....hahaha muiz nih bukan tak tahu membilang number..tpi dia saje je nak suruh mama join dia punya keje..tkleh tgok mama senang lenang..huk huk ..skrg nih dia dah menulis sampai 35....hbisla nak jawab soalan dia sampai la 100..huhuhu...oppsss...dia dah stop!!!!..50 jer...so mama bleh fokus...nak tau kenapa dia stop...hihihii mama on mickey mouse kat lptop lagi satu..saje nak mancing dia kui kui kui..dia dgr jer suara mickey..terus tinggalkan paper dan crayon pegi jenguk mickey kesayangan dia tuh...tenang la sekejap dlm 20 minit kot..:)
Muiz dah menjangkau 4 tahun 31 december baru2 nih...kalu di kira ikut tahun..tahun nih 5 thun la kan hihihihi...alhamdulillah..makan dah berselera...(siap order lg nak makan apa...pastu siap tunggu kat dapur sampaila makanan yg dia order tuh siap...igt mama nih kedai mamak ke apa hahaha)
dari segi perkembangan qiraati pulak..lagi 10 muka surat nak hbis iqra 2..aduhaii..very slow..kadang2 satu muka tuh 3 hari baru habis..ikut mood...anak bujang mama yang bertuah nih..
perkembangan lain2..ummmm...dah ok la ngan aqilah...kalu dulu dlm sehari 50 kali bergaduh..skrg dah kurang la dlm 25  kali hik hik hik..sekarang smua perangai abg muiz masa kecik dah balik ke aqilah..aqilah pulak duk kacau abang dia..nyakat,saje nak buat abg muiz marah..mmm pening kepala...kalu dlm filem drama kan best...10 thun kemudian...2 years later....tup tup dah kawen..hihihi..mmmm..tak payah penat2 hahahah...sabar jela kan..mak bapak kita besarkan kita dulu pon mgkin lagi teruk...lagi2 mama nih adik beradik 10 orang...
percakapan...kalu mama ckp kelate ngan baba...mesti dia gelak hahahaaha..pastu dia ajuk dengan nada yang tk menjadi..bukan apa..sebab dia pahammm hihihihi...muiz ngan aqilah setakat nih yg dia faham melayu...tido,air, (dulu nasi dia paham ..sekarang dah tak igt kot)
sabar sabar sabar sabar....10000000000000000X

2 comments:

  1. tak speaking klate dahla ni ank2...nnt balik Msia baru pandai cakap Melayu ye...sy ad folo gak org kelate tgal kat Lincoln, nama dia Nadiah
    ni url blog dia http://ummsyuhada.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. asiah..kenal jugak nadiah tu..dia pernah dtg rumah Colorado nih ...dia org Selangor..suami dia org kelate...heheh balik mlysia nti pndai la budak2 nih bahasa melayu heheh

      Delete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..