Tuesday, January 22, 2013

tasikk bekuu..

Assalamualaikum...

dah 5 hari mama cuti..nursey off...rehat minda..rehat tubuh bdan ... 5 hari jugak la budak2 nih duk bertnya.."mama,where's Zhui? huhuh" mama nak jawab apa ek...sebenarnya Zhui duk ngan ayah dia..ayah dia benti keje...tgh cari keje lain..jadi sementara nih ayah dia la yg jaga...dlm hati saya " Alhmdulillah...penat jugak tau menjaga budak bertiga nih...sekali dpt cuti rasa nak lompat2 ..seronokkk.." hahaha...
 
jadi sementara tak mengasuh nih..boleh la jalan2..pusing2 fort Collins..ahad lepas kami explore la satu tasik tuh..nama dia Red Feather Lake...cantik jugak tapi sejukkk dan tasik tuh beku..siap boleh jalan2 atas tasik tuh..
 
tgok budak2 nih ha..sonok main salji yg tebal kat situ..

macam tak pernah jumpa salji gayanya hihi

tasik belakang tuh beku..kalu nak lompat2 atas air batu tuh bolehhh..tp kena pakai kasut salji la..sat gi terkangkang jatuh sebab licinnn haha

 
cakkk..main apa dua beradik tuhh

sonok nyerr depaa

 

 

 
 
Nampak tak kat belakang tu..ado orang tgh mengail..ice fishing...air batu tuh kena gerudi dulu..pastu masukkan mata kail...banyak jugak ikan diorang kata....yang terkenal 'rainbow trout'...aneh dan ajaib kan..ikan boleh hidup kat nbawah air batu yg sejuk tuh..
 
haa..penat jugak main kat sini..sebab duk mengejar budak dua orang nih...kami sampai sini dlm pkul 2 ptg..singgah makan tghri kat sini tp makan dlm kete la...kat luar sejuk sgt..terketar2 tgn menjamah nasi..makanan macam biasa la..kami bila berjalan selalunya berbekal...bukan apa..senang.jimat belanja dan alas an yg paling kukuh..muiz aqilah belum lulus utk makan di kedai...(duk panjat meja,sepahkan makanan,tumpahkan air,turun bawah meja dan mcm2 lagi..) dekat pkul 4 ptg kami bertolak balik...
 
 
 
 
 
 
 
4 of us..:) berlatar belakangkan tasik air batu...
 
 
babaiiiii..jumpa lg...sayang dari mama,baba,aqilah , muiz..:)
 

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..