Tuesday, April 10, 2012

porty lg...

Asslamualaikum 

hari ke berapa dah entah la hahaaha...semalam muiz dah pndai ckp "mama nak pee.." masa tu mama tgh gosok gigi..dia masuk bathroom ckp nak pee...apa lg terus letak atas potty...dlm seminit kot..tiba2 tersengih2 jer...dah kencing ghupe nyerr hehehee..alhamdulillah..dia dah pandai tahan kencing utk ke toilet...ssshhhh...jgn gembira dulu..itu kisah semalam..hari nih pulak...pg tadi kami bawak dia gi shopping nak cari new bike utk dia..( dah pndai naik bike)saya pakaikan la cloth diaper..takut apa2 berlaku la sebab cdg nyer banyak jugak kedai nak masuk...balik shopping..lupa nak tanggalkan..dia pulak meragam nak nap..tertidola dia sampai ke petang dengan diaper tuh...so malam nih dia lupa balik nak pee kat potty..huk huk huk huk basah lg carpet mama....nasib baik carpet rege murah jer..hihihi

( moral nyer...kalo dah dlm potty training..jgn pakaikan dia..biarkan ajerrr...huhuhu  tkpela..saya nih memang suka mandai2...hihihihihi...taknak stress kan biasalah..tk stress pon..mama .....ok jerrrr hihihihi mlm pon saya pakaikan lg..tunggu lulus yg tengahri dulu baru buat yg malam pulak..org mandai2 kan gini la hehehee) 

masa tgh carik baju...ada la sorang mak cik tuh dtg bagi boucer 20% diskaun..mcm tau2 jer saya nak beli baju banyak..20% nih utk belian $40 ke atas sahaja...saya beli $42 dptla turun ke $ 33..ok la tuh kan..rezeki Allah tiada siapa menduga...hihihihi tu yang saya pegang itula bendanya
hari minggu haritu gi outlet cari baju utk dua anak buah kat malysia...nak kirim kat abe ji yg nak balik bulan 5 nih..hehehe tunggu yer anak2 buahku...





sementara mama pilih2 baju..inilah kegiatan anak2 dan baba kat belakang...

begitu ghalik sekali bermain..baba jadi juru photo...hihhihihi....bagus kan kedai cmni..takdelah kita duk kalut ngan anak2 masa nak pilih baju...


pahtu singgah kejap kat coach outlet...jalan2 jer...nak beli??? mmmm tunggu dulu akan sampai masanyerrr akanku beli banyak222...skrg nak buat apa..bukan ke mana pon...tak guna pon... hahahaha



ok jumpa lg...

sayang semuaaa...
assalamualaikum







No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..