Thursday, April 5, 2012

potty..

Assalamualaikum....

saya mungkin mama yang ketinggalan dan kurang dlm ilmu bab menjaga anak2 hahaha...boleh terlepas pandang pasal potty training..ya Allah...muiz nih dah 3 tahun 3 bulan...haritu dah buat sekali..sehari jer..tp masa tu saya tak sihat muiz pulak terkencing atas carpet setiap sejam..aduhai tak larat nyer..so..stop dulu muiz..hiihihihi..kali nih baru nak buat betul2..itu pun muiz dulu mula..semalam lepas maghrib masa lepas poo poo...dia yg ckp no more diapers...aikkk..terkejut mama..hahahha...ok..so baba kata dah boleh start la ajar dia..dari pkul 7.30 tak pakai diaper...sampai pkul 12 mlm..tk nak kencing tak nak poo poo...gi toilet tp tersengih2...hahaha hasil nya tkde apa yg keluar..aduhai penat la mama ngan aqilah menunggu dlm toilet tuh...lama jugak setaip kali menunggu..,mmmm so tanya la abg nak pee ke taknak? dia ckp tak nak..ok..keluar.
.
risau jugak takut dia saja tahan kencing..tidak ke bahaya kan?? aduhai..cabaran betol la...
lepas tuh ada satu kisah la..dia main ngan aqilah.pastu dia buat apa tah kat aqilah..nangis la aqilah...baba marah la kat dia..menangis la si muiz nih pulak..lari pegi kat mama...tgh2 nangis saya perasan dia pegang2 dia punya "bird" hahaha saya apa lg terus dukung dia lari masuk toilet...tak sempat letak atas potty letak dlm bathtub jer...tgok2 dah basah skit..lepas tanggalkan pant..suruh la dia kencing..tp menangis meraung sekuat hati si muiz nih ha..ya Alllahhhh...saya ckp la..pee ye bang..mama here..it's okay...dia ckp dont want...saya tak puas ati tunggu jugak..dia nak melompat nak keluar dari bathtub saya tahan ckp "pee dulu " lepas tuh muiz ckp taknak sambil meraung..dan yg kelakar nyer dia ckp sakit..kelakar2 pon takut jugak betol ke sakit...siap suruh mama letak ubat dekat dia punya "bird" haisssh.. ini sakit betul2 ke main2...dlm masa duk nangis2 tuh tiba2 dia terkencing sambil tgn dia pegang dia punya bird ...meraung masa kencing tuh suruh mama letak ubat..sakit dia ckp...aduhaii...lepas kencing tuh basuh semua..barula tersenyum2 tersengih2...ya Allah..rupanya dia takut nak pee without diaper..sebab dah biasa pakai diaper kot...saya agak la..kalo betul2 dia sakit tkkan boleh sengih2 pulak lepas dah keluar air kencing tuh...rasanya emosi kot..baru nak belajar kencing sendiri...lepas basuh smua tanya dia abg sakit ker? dia ckp nooo sambil senyum....mmm memang sah2 dia takut nak kencing...boleh dia tahan kencing 4 jam...lepas nih tak tau apa jadi..sabar la wahai mama muiz... :)

semalam tido pakaikan cloth diaper..tkpela..mama nih memang..pemalas skit..hahaha..harini start lg hari ke 2..tk kencing jugak..so skrg dia tgh nap..tkde diaper..tktau apa citer tunggu la...bersambung cerita akan datang..tido tuh saya lapikkan plastik..takut basah abis tilam..tak kuasa nak menjemur nyaaa..huhuhu

sabar sabar sabar sabar sabar sabar...... dan senyummmmmmmmmm :)

( aqilah pon sama suruh tanggalkan pant dia..nak kencing atas potty jugak huhuhu..tunggu la aqilah weh...hihihih )

mama :)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..