Sunday, April 22, 2012

sepetang di csu

assalamualaikum...khas buat mak cik pak cik aqilah and muiz...sila ubati kerinduan anda hehehehe jeng jeng jeng inilah aktiviti dipetang hari...

adegan 1

masing2 teruja bila tgok mama keluar bawak makanan hahaha
yohoooo..berebut2 nak makanan tuh..
lega dah dapat..keropok je ghupenyer igtkan apa hahahaha




adegan 2

muiz dan lalipop nyerrr...sebenar nyer candy nih saya haramkan utk muiz and aqilah..tp hukum tuh saya longgarkan apabila keluar rumah..haaha muiz nih ada satu penyakit tabiat..hehehe  bila gi playground taknak balik...biarpon dah berejam2 main..tkkan puas2 dia..so jalannya keluarkan lalipop tuh dan dengan automatik dia akan masuk sendiri dlm kete dan duduk atas car seat dan pakai sitbelt dengan mudahnya hahaaha..penawar mujarab...

adegan 3
makan dulu ambik tenaga...
ish nak lari2 jugak ikut abg...
ayohhh kita lariiiiiiiii...
penat duduk rehat...sebab apa tauuu???
sebab dah jatuh gedebukkk hahahaha makan rumputtt..
 adegan 4

mula 2 main ok...hahaha lepas tuuuuuu dia dah mula dahhhhhh huk huk 
cuba tgok apa yg berlaku....


aqilah start dulu kannn? hahaha
abg ,muiz membalas .....
abg muiz bertindak lgggg...
tu diaaa..aqilah dah naik anginnnnnn hahahahha
sabo jela ngan budak2 nih....sebenarnyer muiz nak ajak aqilah main ngan dia..tp aqilah dah penat kot..tp muiz paksa..aishhhh mana bleh paksa2 kan kan kan hahaha...ok..dah tamat la sesi sepetang di oval colorado state university...hehehehe....moga anda semua terhibur...hihihhi

selamat tgh malam semua..skrg dah pkul 12.50 tgh malam...nak tido dulu..jumpa lggg...assalamualaikum...:)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..